Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

Peluru Berpandu Ballistik Terbaru Russia Iskander-1000 Gerunkan Eropah, Disifat “Game Changer”

Dipanggil Iskander-1000, varian terkini peluru berpandu ballistik Iskander-M telah mengalami beberapa penambahbaikan dan kini berkemampuan membedil sasaran sejauh 1,000 km berbanding hanya 500km yang mampu dicapai oleh Iskander-M.

0 8,269
(DEFENCE SECURITY ASIA) – Russia dilaporkan telah memulakan pengeluaran besar-besaran (mass production) varian terkini peluru berpandu ballistik Iskander-M,  yang dikatakan adalah “game changer” dan bakal meletakkan sebahagian besar daripada benua Eropah di dalam sasarannya.
Dipanggil Iskander-1000, varian terkini peluru berpandu ballistik Iskander-M telah mengalami beberapa penambahbaikan dan kini berkemampuan membedil sasaran sejauh 1,000 km berbanding hanya 500km yang mampu dicapai oleh Iskander-M.
“Peluru berpandu baru ini (Iskander-1000) dijangka mampu menggandakan jarak tembakan sistem asal dari 500 kilometer (Iskander-M) kepada jarak yang lebih jauh, hasil penggunaan enjin baru yang lebih cekap serta peningkatan kapasiti bahan api sebanyak kira-kira 15 peratus.”
Peluru berpandu ballistik Iskander-1000 itu diperkenalkan pada Mei tahun lepas menerusi video sambutan ulangtahun ke-78 lokasi ujian peluru berpandu Kapustin Yar.
Antara peningkatan utama dalam peluru berpandu ballistik Iskander-1000 berbanding varian terdahulunya, Iskander-M adalah penggunaan enjin roket yang dipertingkatkan, berasaskan teknologi moden dan campuran bahan api baru, yang membolehkan kelajuan dan jarak tembakan lebih jauh.
Untuk memastikan peluru berpandu ballistik Russia yang digeruni itu tidak mampu dipintas oleh musuh, ia juga akan dilengkapi dengan sistem countermeasures yang canggih termasuk decoy pasif dan aktif untuk mengelirukan peluru-peluru berpandu pemintas.

Iskander

Selain itu, Iskander-1000 akan dilengkapi dengan sistem pemanduan (guidance) canggih yang menggabungkan Autnomous Inertial Navigation System dengan pembetulan satelit (satellite correction) serta berpotensi menggunakan pemanduan radar pada fasa akhir penerbangan bagi memastikan bedilan yang tepat terhadap sasaran.
Penambahbaikan serta penggunaan sistem Terrain Contour Matching (TERCOM) pada peluru berpandu ballistik Iskander-1000 ini adalah untuk memastikan ketepatan serangan yang tinggi dengan Circular Error Probable (CEP) tidak melebihi 16 kaki (4.88 meter).
Menurut penganalisis, peluru berpandu ballistik Iskander-1000 bukan sahaja merupakan peningkatan kemampuan daripada varian lama,tetapi ia adalah perubahan strategik di dalam kemampuan peluru berpandu Russia.
Jika Russia benar-benar mengerah peluru berpandu ballistik Iskander-1000, ia akan mengubah landskap strategik dengan dramatik sehingga menyebabkan NATO terpaksa kerahan sistem pertahanan peluru berpandunya.
NATO berkemungkinan terpaksa memindahkan sistem pertahanan udaranya seperti Patriot atau SAM-T lebih ke belakang dan jauh daripada sempadan Russia atau terpaksa memikirkan teknologi pertahanan udara yang baru.
“Peluru berpandu ballistik Iskander-1000 boleh digunakan untuk mensasarkan aset-aset bernilai tinggi seperti pangkalan-pangkalan udara seperti yang menempatkan pesawat F-16 di Ukraine atau lain-lain lokasi strategik di Eropah.”

Iskander

Penganalisis menyatakan antara lokasi di mana Iskander-1000 berkemungkinan ditempatkan adalah di Kaliningrad Oblast, sebuah exclave yang bersempadan dengan negara-negara anggota NATO iaitu Poland dan Lithuania.
Meletakkan Iskander-1000 di Kaliningrad itu akan memberikan Moscow kemampuan untuk mengancam sebahagian besar daripada kawasan tengah dan timur Eropah termasuk pangkalan-pangkalan tentera utama NATO.
“Langkah ini disifatkan seperti Russia memberi amaran tentang kemampuan Moscow membedil mana-mana lokasi di Eropah dan boleh juga digunakan untuk menyeimbangkan kemampuan sistem pertahanan peluru berpandu di Poland dan juga negara-negara Baltik.”
Satu lagi lokasi strategik di mana Iskander-1000 mungkin diletakkan adalah di sempadan Russia dengan Ukraine seperti wilayah-wilayah Crimea dan bahagian timur Ukraine yang masih lagi berada di bawah pemerintahan Russia.
“Mengerah peluru berpandu ballistik Iskander-1000 di kawasan terbabit bukan sahaja akan meningkatkan ketegangan, tetapi pada masa yang sama ia menunjukkan cabaran secara langsung terhadap keselamatan dan ketenteraan Ukraine,” kata penganalisis.
Penempatan Iskander-1000 berhampiran Ukraine,  akan memperlihatkan keupayaan Russia untuk melancarkan serangan jauh ke dalam wilayah Ukraine, dengan potensi menyasarkan pangkalan udara atau pusat kawalan, sekali gus mempengaruhi dinamik konflik yang sedang berlangsung.
Iskander
“Iskander-M”
Di bahagian utara, penempatan di sekitar St. Petersburg atau di Karelia boleh dipertimbangkan sekiranya Russia berhasrat untuk menghantar isyarat kepada Finland, terutamanya selepas negara itu menyertai NATO.
Dalam konteks ini, peluru berpandu tersebut akan berada dalam jarak sasaran tapak-tapak ketenteraan Finland, berfungsi sebagai langkah pencegahan terhadap sebarang ancaman yang mungkin timbul daripada keanggotaan baru NATO itu.
Walaupun maklumat rasmi daripada Russia tentang Iskander-1000 masih dirahsiakan, namun berdasarkan imej satellit dan laporan media ia menggambarkan bahawa sistem peluru berpandu itu berpotensi mengubah landskap keselamatan serantau.
Sementara menantikan maklumat yang lebih kukuh, satu perkara jelas: Iskander-1000 merupakan satu “game changer” yang berkemungkinan memaksa Eropah, Amerika Syarikat dan sekutu-sekutunya termasuk di Timur Jauh menilai semula strategi pertahanan peluru berpandunya.
— DEFENCE SECURITY ASIA
Leave A Reply

Your email address will not be published.