Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

Thailand Bekal 100 buah Kenderaan Perisai First Win 4×4 Kepada Tentera Darat Pakistan

Dibawah Memorandum Persefahaman yang ditandatangani pada September tahun lepas di Islamabad, agensi milik kerajaan Thailand, Thai Defence Industry Company (TDI) akan membekalkan kenderaan itu kepada syarikat Pakistan, Heavy Industries Taxila (HIT).

0 9,442
(DEFENCE SECURITY ASIA) – Thailand telah menandatangani perjanjian dengan Pakistan beberapa bulan lalu untuk membekalkan Tentera Darat Pakistan dengan 100 buah kenderaan perisai First Win 4×4.
Dibawah Memorandum Persefahaman yang ditandatangani pada September tahun lepas di Islamabad, agensi milik kerajaan Thailand, Thai Defence Industry Company (TDI) akan membekalkan kenderaan itu kepada syarikat Pakistan, Heavy Industries Taxila (HIT).
TDI merupakan syarikat usahasama di antara Defence Technology Institute (DTI) dengan Chaiseri.
Dalam satu kenyataan, ibu pejabat Angkatan Tentera Thailand menyatakan bahawa Memorandum Pesefahaman itu juga akan menyaksikan pemindahan teknologi produksi daripada Thailand kepada syarikat Pakistan,HIT.
Kemasukan klausa pemindahan teknologi dalam perjanjian itu berkemungkinan bakal menyaksikan syarikat Pakistan itu membina kenderaan perisai First Win 4×4 itu di dalam Pakistan.
Tarantula
Kenderaan Tarantula dengan Lipan Bara.
Syarikat Chaiseri akan membina kumpulan awal kenderaan perisai First Win 4×4 itu terlebih di kemudahannya di Thailand sebelum syarikat Pakistan, HIT itu membina sebahagian besar daripada kenderaan perisai itu.
“Perjanjian untuk menjual kenderaan perisai First Win 4×4 itu membuktikan potensi teknologi kenderaan perisai Thailand dalam pembangunan Tentera Darat Pakistan.,” menurut kenyataan Angkatan Tentera Thailand.
Kenderaan perisai First Win 4×4 mempunyai beberapa varian, tetapi varian kenderaan perisai itu yang diperolehi daripada Thailand itu tidak dapat dipastikan.
Kenderaan perisai First Win 4×4 merupakan kenderaan Mine Resistant Ambush Protected (MRAP) yang direkabentuk untuk beroperasi dalam pelbagai ancaman di medan peperangan termasuk periuk api dan Improvised Explosive Device (IED).
Kenderaan First Win 4×4 yang mula dibangunkan pada 2009 itu telah dibangunkan oleh Chaiseri Metal & Rubber Company.

Chaiseri

Pada 2015, Tentera Darat Malaysia juga adalah salah sebuah pelanggan syarikat Chaiseri apabila ia membelanjakan sejumlah RM140 juta untuk memperolehi sejumlah 20 buah kenderaan perisai First Win 4×4 itu yang turut diberikan nama “Lipan Bara” oleh Tentera Darat Malaysia.
Tentera Darat Malaysia masih mengoperasikan kenderaan perisai First Win 4×4 “Lipan Bara” yang sebahagiannya dibina dengan kerjasama Deftech.
Antara ciri-ciri penting kenderaan ini ialah berkemampuan mengangkut dua tan dengan kuasa enjin 300hp serta di lengkapi  senjata M134D-H Gattling Gun 7.62mm, alat amaran laser dan pelancar grenad 76mm namun terdapat juga tahap perlindungan dan kekebalan lain pada Lipan Bara yang dirahsiakan yang mana ianya menepati piawaian NATO protokol STANAG 4569.

Spesifikasi Teknikal Kenderaan Perisai First Win (Buatan Thailand)

1. Pengenalan:
First Win ialah kenderaan perisai 4×4 serba guna yang dibangunkan oleh Chaiseri Defense, sebuah syarikat pertahanan terkemuka dari Thailand.
Ia direka untuk menyokong operasi ketenteraan, pasukan keselamatan dalam negeri, serta misi pengaman di kawasan berisiko tinggi.
Reka bentuknya menekankan keupayaan operasi yang fleksibel dan tahap perlindungan maksimum.
2. Dimensi dan Berat:
  • Panjang: 6.0 meter
  • Lebar: 2.4 meter
  • Tinggi: 2.65 meter (tanpa sistem senjata)
  • Berat Kosong: 9 tan
  • Berat Maksimum (GVW): 11 tan
3. Enjin dan Prestasi:
  • Jenis Enjin: Diesel dengan turbo
  • Kuasa Kuda: 300 hp
  • Transmisi: Automatik, 6 kelajuan
  • Kelajuan Maksimum: 100 km/j (di atas jalan raya)
  • Jarak Operasi: Sehingga 600 km (bergantung pada beban dan keadaan permukaan jalan)
4. Kapasiti Kru:
  • Kru: 2 orang (pemandu dan komander)
  • Kapasiti Penumpang: 8–10 orang (bergantung kepada konfigurasi dalaman)
5. Perlindungan:
  • Tahap Perisai:
    • STANAG 4569 Tahap 2: Memberikan perlindungan balistik terhadap peluru menembusi perisai (API) 7.62 mm, serpihan letupan artileri, dan ancaman periuk api anti-kenderaan ringan.
    • Perisai Tambahan: Sistem perisai modular yang boleh ditingkatkan untuk menyesuaikan dengan ancaman medan perang semasa.
  • Ciri Perlindungan:
    • Struktur badan monokok berperisai sepenuhnya
    • Reka bentuk V-hull untuk mengurangkan impak letupan periuk api dan peranti letupan buatan sendiri (IED)
    • Sistem pemadam kebakaran automatik untuk meningkatkan keselamatan kru
6. Sistem Persenjataan:
  • Dilengkapi sama ada dengan stesen senjata kawalan jauh (Remote-Controlled Weapon Station – RCWS) atau turet manual
  • Menyokong pelbagai sistem senjata seperti mesingan 7.62 mm atau 12.7 mm serta pelancar bom automatik 40 mm
7. Mobiliti:
  • Konfigurasi Pacuan: 4×4 pacuan semua roda
  • Keupayaan Merentas Halangan:
    • Keupayaan mendaki cerun sehingga 60%
    • Keupayaan merentas cerun sisi sehingga 30%
    • Keupayaan meredah air sedalam 1.0 meter tanpa persediaan khas
8. Ciri Tambahan:
  • Sistem penghawa dingin tahan lasak untuk operasi di persekitaran ekstrem
  • Pilihan sistem kamera pemantauan 360 darjah
  • Sistem komunikasi taktikal bersepadu
  • Reka bentuk dalaman ergonomik untuk keselesaan kru semasa operasi jarak jauh
First Win telah digunakan secara meluas oleh Angkatan Tentera Diraja Thailand dan turut dieksport ke beberapa negara untuk misi ketenteraan dan keselamatan dalam negeri.
Fleksibilitinya dipertingkatkan lagi dengan pelbagai varian khusus, termasuk ambulans perisai, kenderaan komando, dan kenderaan sokongan logistik.
— DEFENCE SECURITY ASIA

Leave A Reply

Your email address will not be published.