Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

Penerbangan Kontroversi Pelosi Ke Taiwan Cetus Peperangan Elektronik Amerika-China

Akhbar itu yang memetik sumber-sumber ketenteraan Beijing dan penganalisis tentera berkata, di dalam “pertempuran” melibatkan elemen peperangan elektronik kedua-dua pihak bertelagah itu, tentera China dilaporkan telah mengalami kekalahan.

0 1,465

Jom folo TwitterTelegramFacebook dan download Apps Google Playstore Defence Security Asia.

 

 

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Akhbar terkenal berpengkalan di Hong Kong “South China Morning Post” mendedahkan bagaimana tentera Amerika Syarikat dan China telah terlibat dalam siri peperangan elektronik berkisar kepada pesawat membawa speaker Nancy Pelosi ke Taiwan baru-baru ini.

Akhbar itu yang memetik sumber-sumber ketenteraan Beijing dan penganalisis tentera berkata, dalam “pertempuran” melibatkan elemen peperangan elektronik di antara kedua-dua pihak itu, pihak tentera China dilaporkan telah mengalami kekalahan.

Stesen televisyen tempatan China, CCTV melaporkan bahawa tentera China telah menggunakan unit-unit tentera laut dan tentera udaranya untuk melakukan usaha-usaha “pemantauan dan pengesanan” yang komprehensif terhadap pesawat yang membawa Pelosi sebaik sahaja ia berlepas daripada Kuala Lumpur menuju ke Taiwan pada 2 Ogos.

Taiwan

CCTV yang memetik pegawai kanan tentera China Mejar Jeneral Meng Xianging berkata usaha-usaha “pemantauan dan pengesanan” itu bertujuan sebagai deteren.

“Bagaimanapun, sumber di dalam Angkatan Tentera China menyatakan bahawa usaha mereka itu yang menggunakan pesawat-pesawat pejuang dan kapal destroyer Type 055 menemui kegagalan.”

“Tentera China mengerah pesawat peperangan elektronik seperti J-16D dan kapal perang untuk mengesan pesawat membawa Pelosi itu tetapi mereka gagal. Hampir kesemua peralatan peperangan elektronik yang digunakan oleh tentera China tidak boleh berfungsi seperti biasa kerana mereka telah diganggu oleh elemen-elemen peperangan elektronik kapal pengangkut pesawat Amerika Syarikat yang dikerah oleh Pentagon untuk mengiringi pesawat membawa Pelosi itu,” menurut akhbar terbabit.

Pesawat membawa Pelosi “Spar19” (USAF C-40C)  telah mengambil laluan yang jauh untuk ke Taiwan sebaik sahaja ia berlepas daripada Taiwan.

Pesawat itu tidak menggunakan laluan di Laut China Selatan, sebaliknya ia menuju ke Bornoe selepas berlepas daripada Kuala Lumpur sebelum membelok ke utara di ruang udara Filipina untuk menuju ke Taiwan.

Type 055
Type 055 Tentera Laut China.

 

Amerika Syarikat telah meletakkan empat buah kapal perangnya termasuk kapal pengangkut pesawat USS Ronald Reagan (CVN-76) di timur Taiwan sebagai persediaan terhadap kunjungan kontroversial speaker negara itu, Nancy Pelosi ke pulau yang didakwa oleh China sebagai miliknya.

Menurut pegawai tentera laut Amerika Syarikat,  USS Ronald Reagan kini berada di Laut Filipina di timur Taiwan selepas menghabiskan masa selama beberapa hari  di Laut China Selatan.

“Ia (USS Ronald Reagan) adalah sebahagian daripada kerahan rutin (routine deployment),” kata pegawai itu kepada agensi berita Reuters.

J-16
Pesawat J-16D Tentera China khusus untuk peperangan elektronik.

 

Kapal pengangkut pesawat USS Ronald Reagan yang berpengkalan di Jepun turut diiringi oleh kapal-kapal perang Amerika Syarikat yang lain iaitu, kapal cruiser peluru berpandu, USS Antietam dan kapal pemusnah, USS Higgins.

Sebuah lagi kapal Amphibious Assault Ship USS Tripoli juga berada berhampiran dengan Taiwan.

Kedua-dua buah kapal pengangkut pesawat China, Shandong dan Liaoning juga dikatakan meninggalkan pangkalan masing-masing di Qingdao dan Sanya menuju ke destinasi tidak diketahui dipercayai untuk “menyambut” kedatangan Pelosi.

Rivet Joint
Pesawat RC-135W Rivet Joint milik Tentera Amerika Syarikat.

 

Klik Untuk Muat-Turun Aplikasi Defence Security Asia di Google Play Store: 

Google Play

Sementara itu seorang penganalisis kuasa udara (air power analyst) He Yuang Ming berkata, adalah tidak mengejutkan bahawa kapal-kapal perang China telah gagal untuk mengesan pesawat membawa Pelosi itu.

“Walaupun radar milik kapal destroyer China jenis Type 055 itu diwar-warkan memiliki radius pengesanan sejauh 500km, tetapi kemungkinan besar keupayaan sebenarnya adalah jauh lebih rendah daripada itu.”

“Ini ditambah pula kawasan yang amat luas, Type 055 sebuah kapal yang baru membuatkan anak-anak kapalnya tidak berapa mahir dengan peralatan dan kelengkapannya, ia memang tidak mengejutkan mereka gagal mengesan pesawat Pelosi itu,” katanya. — DSA

 

Jom folo TwitterTelegramFacebook dan download Apps Google Playstore Defence Security Asia.

 

 

 

Comments
Loading...