Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

(VIDEO) “Kalau Sanggup, Teruskan Cita-Cita Sertai PASKAL”

Kriteria untuk menyertai pasukan elit TLDM ini adalah ketat dan hanya mereka yang terbaik sahaja mampu melepasi pelbagai cabaran sebelum bergelar sebagai anggota PASKAL.

0 3,321

(DEFENCE SECURITY ASIA) – – Umum mengetahui bahawa Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) memiliki pasukan elitnya sendiri dipanggil Pasukan Khas Laut (PASKAL), yang memiliki pelbagai kepakaran dan kemahiran dalam memastikan misi dan objektif yang digalasnya berjaya dicapai.

Kriteria untuk menyertai pasukan elit TLDM ini adalah ketat dan hanya mereka yang terbaik sahaja mampu melepasi pelbagai cabaran sebelum bergelar sebagai anggota PASKAL.

Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamad Hasan turut mengakui bahawa pemilihan anggota untuk menganggotai PASKAL adalah amat ketat.

“Bukan mudah mahu menjadi anggota elit PASKAL kerana dalam beratus individu yang memohon, mungkin hanya segelintir kecil yang mampu melepasi ujian ditetapkan,” kata beliau menerusi akaun Facebook miliknya.

Menurut Mohamad Hasan yang lebih dikenali dengan panggilan” Tok Mat” berkata, anggota PASKAL diwajibkan menjalani ujian kecekapan dan kecergasan setiap tiga bulan bagi menilai tahap kesiapsiagaan anggota.

PASKAL
(kredit FB Dato’ Seri Utama Haji Mohamad Bin Haji Hasan)

 

Antara ujian yang dijalankan terhadap anggota PASKAL itu sebagaimana yang digariskan oleh Tok Mat adalah:

— Larian 7.8km dalam masa 28 minit

— Berenang 1.5km tidak lebih dari 25 minit (kolam renang)

— Berenang 6.4km di lautan dengan peralatan tempur lengkap dalam masa 120 minit

PASKAL
(kredit FB Dato’ Seri Utama Haji Mohamad Bin Haji Hasan)

 

— Terjunan bebas malam/siang di lokasi tertentu bangunan,laut,bukit.

— Renang gaya bebas 1.5km dalam masa 31 minit.

— Selaman bebas tapa peralatan di kedalaman 7m.

— Ikhtiar hidup dalam air dengan kaki dan tangan diikat.(Drown proofing)

PASKAL
(kredit FB Dato’ Seri Utama Haji Mohamad Bin Haji Hasan)

 

“Kalau sanggup untuk menjalani kesemua ujian ini, anda boleh teruskan cita-cita untuk menyertai PASKAL,” kata Menteri Pertahanan itu lagi.

Menteri Pertahanan di bawah Kerajaan Perpaduan itu turut melakukan lawatan ke Pusat Latihan PASKAL di KD Panglima Garang.

Pusat latihan berkenaan yang terletak di Pangkalan TLDM di Lumut itu berkeluasan 4.4 hektar dan telah dibina melibatkan kos pembinaan sebanyak RM24 juta dilengkapi dengan pelbagai kemudahan.

Antaranya dilengkapi dengan model pelantar minyak, menara tempur dan hangar payung terjun untuk anggota PASKAL menjalani latihan.

Selain itu, kesemua kemudahan di tempat latihan PASKAL yang mula dibina pada 2015 dan siap pada 2018 juga merangkumi aspek-aspek ancaman maritim seperti memiliki kolam tempur dalam bagi membolehkan mereka menjalani simulasi sebenar jika pelantar minyak negara ini ditawan musuh, — DSA

PASKAL
(kredit FB Dato’ Seri Utama Haji Mohamad Bin Haji Hasan)

Apps

JOM!!!!! TEKAN DI SINI UNTUK MUAT-TURUN APPS DEFENCE  SECURITY ASIA DI GOOGLE PLAY STORE

 

 

Comments
Loading...