Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

Anggota 10 Para Sertai Eks Desert Tiger Di UAE

Menurut kenyataan 10 Briged Para menerusi akaun media sosialnya baru-baru ini, Eks Desert Tiger  memberi pendedahan kepada berkenaan operasi di padang pasir untuk menambah pengetahuan dan kompetensi anggota, selain mengeratkan hubungan ketenteraan antara Malaysia dan UAE,

0 3,331

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Satu kompeni daripada 9 RAMD (Para) kini sedang terlibat dalam Eks Desert Tiger 6/23 yang berlangsung di Emiriah Arab Bersatu (UAE) bermula daripada semalam (8 Feb) sehingga 1 Mac.

Menurut kenyataan 10 Briged Para menerusi akaun media sosialnya baru-baru ini, Eks Desert Tiger  memberi pendedahan kepada berkenaan operasi di padang pasir untuk menambah pengetahuan dan kompetensi anggota.

Ia juga mengeratkan hubungan ketenteraan antara Malaysia dan UAE, selain sejajar dengan Tonggak Pertama Perintah Ulung PTD Ke-28 iaitu Kelangsungan Misi dan Kesiagaan.

Panglima Briged Ke-10 (Para) Brig Jen Khairul Azmizal Ahmad Natal dalam ucapannya ketika menyerahkan bendera Tentera Darat Malaysia kepada Pegawai Memerintah 9 RAMD (Para) baru-baru ini mengingatkan mereka supaya mempamerkan tahap profesionalisme dan disiplin yang tinggi demi menjaga nama baik Tentera Darat amnya dan 10 Briged (Para) sepanjang berlangsungnya eksesais itu.

Sebagai persediaan, kompeni ini telah melaksanakan Pre-Deployment Training (PDT) dalam Eks Urban Tiger Siri 1/23 di kawasan am Kem Terendak melibatkan aturgerak penyusupan taktikal secara Air Assault, seterusnya Ground Tactical Manoeuvre sebelum melaksanakan fasa ofensif dan defensif dalam konteks Operation in Build-Up Area (OBUA) sejak sebulan lalu.

Para
Anggota tentera Malaysia ketika menyertai Eks Desert Tiger beberapa tahun lepas.

 

Anggota tentera Malaysia telah menyertai bersama Eks Desert Tiger dengan anggota tentera UAE sejak beberapa tahun lepas.

Selain itu, dibawah Ops Yaman 2, sekumpulan anggota tentera Malaysia dan pesawat pengangkut C-130 Hercules juga pernah ditempatkan di Riyadh, Arab Saudi bermula daripada 11 Jun 2015 bagi membawa keluar rakyat Malaysia daripada negara bergolak, Yaman.

Bagaimanpun kerajaan telah menamatkan tugasan anggota tentera di Arab Saudi itu pada tahun 2018.

Menteri Pertahanan pada ketika itu, Mohamad Sabu berkata keputusan menarik balik tentera negara daripada Arab Saudi diambil kerana Malaysia mengamalkan dasar berkecuali dan tidak memihak kepada mana-mana ideologi politik kuasa besar dunia. — DSA

apps

JOM DOWNLOAD APPS DEFENCE  SECURITY ASIA

 

Sebarang pertanyaan tentang pengiklanan, boleh hubungi admin di/To advertise can contact admin at: haikalhamas73@gmail.com

 

 

Comments
Loading...