Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

Kes Bunuh Tawau: Ketua Staf Perisikan ESSCOM Antara Didakwa

Menurut laporan media tempatan, Senior Assistant Commissioner Datuk Mat Zaki Md Zain, 58, didakwa bersubahat dengan enam individu itu membunuh lelaki terbabit, Nurman Bakaratu, 61,  kawasan ladang kelapa sawit di Jalan Anjur Juara, Jalan Apas, Batu 5, di antara 7.30 malam dan 11.30 malam pada  13 Januari lepas.

0 7,514

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Ketua Staf Perisikan Eastern Sabah Security Command (ESSCOM) merupakan salah seorang daripada enam anggota polis dan seorang orang awam yang didakwa Mahkamah Majistret hari ini atas tuduhan membunuh dan bersubahat membunuh seorang pemandu e-hailing di sebuah ladang sawit di Tawau bulan lalu.

Menurut laporan media tempatan, Senior Assistant Commisioner Datuk Mat Zaki Md Zain, 58, didakwa bersubahat dengan enam individu itu membunuh lelaki terbabit, Nurman Bakaratu, 61,  kawasan ladang kelapa sawit di Jalan Anjur Juara, Jalan Apas, Batu 5, di antara 7.30 malam dan 11.30 malam pada  13 Januari lepas.

Lima anggota polis lain adalah Rosdi Rastam, 44, Dennis Enit, 44, Fabian Rungam, 43, Khairul Azman Bakar, 47, Mohd Azlan Sakaran, 39, manakala orang awam pula dikenali sebagai Vivien Fabian, 34.

Enam individu itu dituduh mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang dibaca bersama Seksyen 34 akta sama, manakala Mat Zaki pula didakwa di bawah Seksyen 109 Kanun Keseksaan yang dibaca bersama Seksyen 302 akta sama.

Kedua-duanya memperuntukkan hukuman mati, jika sabit kesalahan.

Tawau

Tiada pengakuan direkodkan daripada semua tertuduh selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Dzul Elmy Mohd Yunus.

Tiada ikat jamin juga ditawarkan kepada tertuduh dan mahkamah menetapkan sebutan semula kes 11 April ini.

Pasukan pendakwaan terdiri daripada Timbalan Pendakwa Raya, Muhamad Iskandar Ahmad, Khairul Azreem Mamat, Muhammad Ilmami Ahmad, Rohaiza Abdul Rahman, dan Mohammad Fakhrurazzi Ahmad Salim.

Manakala peguam Chen Wen Jye, Ram Singh dan Kimberly Ye mewakili Khairul Azman, sementara Kamarudin Chengki dan Timothy Daut mewakil Rosdi Rastam.

Sementara itu mahkamah membenarkan permohonan bon jaminan mahkamah terhadap dua lagi pegawai polis, Usman Lanaga, dan John Kennedy Sanggah, serta seorang awam, Shim Vui Nyen sebagai saksi pendakwaan.

Sebelum ini,Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Idris Abdullah berkata, pihak polis telah melengkapkan siasatan kes tersebut dan kertas siasatan lengkap telah dimajukan ke Pejabat Peguam Negara.

“Semua suspek akan dituduh di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang dibaca bersama dengan Seksyen 34 Kanun Keseksaan dan Seksyen 109 kanun yang sama kerana bersubahat.

“Kesalahan ini memperuntukkan hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan,” katanya menerusi kenyataan, di sini.

apps

JOM DOWNLOAD APPS DEFENCE  SECURITY ASIA

 

Pada 30 Jan, seorang penganggur Nurima Juli, 33, didakwa di Mahkamah Majistret Tawau atas pertuduhan membunuh Nurman Bakaratu, 61, di ladang sawit berhampiran Jalan Anjur Juara, Jalan Apas, Batu 5, di sini antara 7.30 dan 9 malam, 13 Jan lepas.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani dilaporkan berkata bahawa polis memberi akan menjalankan siasatan telus dan terperinci tanpa mengira pangkat dan jawatan disandang mereka yang ditahan untuk membantu kes pembunuhan seorang lelaki di Tawau, Sabah.

Beliau berkata pihaknya tidak akan berkompromi dengan mana-mana pegawai serta anggota yang terbabit dan tindakan mengikut undang-undang akan diambil. — DSA

Comments
Loading...