Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

Panglima TUDM Terbangkan Sendiri Su-30MKM Laksana Misi Pemintasan Pesawat Asing dan Force Down

Misi Pemintasan Pesawat dan Force Down merupakan salah satu tindakan pantas skuadron pesawat pejuang dalam melaksanakan tugasan memintas pesawat asing yang menceroboh ruang udara negara.

0 4,377
(DEFENCE SECURITY ASIA) — Panglima Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Jen Tan Sri Mohd Asghar Khan Goriman Khan telah menerbangkan sendiri pesawat pejuang Sukhoi Su-30MKM untuk melaksanakan Misi Pemintasan Pesawat Asing dan Force Down.
Menurut kenyataan media sosial yang dikeluarkan oleh TUDM hari ini, ia adalah sempena Lawatan Kerja Jawatankuasa Kerja Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (JKK SSPA) ke Pangkalan Udara Kuantan pada 4 Februari 2025.
Misi Pemintasan Pesawat dan Force Down merupakan salah satu tindakan pantas skuadron pesawat pejuang dalam melaksanakan tugasan memintas pesawat asing yang menceroboh ruang udara negara.
Demonstrasi ini dilaksanakan bertujuan untuk memberi pendedahan kepada delegasi yang hadir tentang pengoperasian ATM amnya dan TUDM khasnya.
Ia adalah seiring dengan setiap cadangan penambaikan SSPA bagi perkhidmatan ATM yang telah dikemukakan kepada JKK SPPA Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).
TUDM
Kredit TUDM
TUDM
Kredit TUDM
TUDM
Kredit TUDM
TUDM
Kredit TUDM
TUDM
Kredit TUDM
Penglibatan Panglima Tentera Udara, pegawai dan anggota TUDM telah membuktikan kesiagaan aset dan warga TUDM di peringkat Strategik, Operasional dan Taktikal mampu diatur gerak sebilang masa dalam menjaga kedaulatan negara.
Demonstrasi lain yang turut dilaksanakan adalah Low Level Tactical Navigation, Free-Fall Tactical Infiltration, Combat Search and Rescue Mission, Ground Attack Tactic and Close Air Support Mission, Night Flight Tactical Operation dan Night Air Combat Tactic and Close Air Support Mission.
Demonstrasi yang dilaksanakan ini sebahagiaannya turut disertai oleh wakil JPA yang hadir bagi memberi peluang kepada mereka merasai sendiri cabaran dan rsisiko yang dihadapi oleh setiap pegawai dan anggota ATM dalam melaksanakan setiap misi.
— DEFENCE SECURITY ASIA
Leave A Reply

Your email address will not be published.