Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

Panglima TUDM Lakukan Lawatan Rasmi ke Amerika Syarikat, Perkukuh Hubungan TUDM-USAF

“Lawatan ini bertujuan memperkukuhkan hubungan kerjasama ketenteraan antara Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dan USAF selain membincangkan pelbagai isu strategik yang melibatkan keselamatan serantau dan antarabangsa.” -- kenyataan media sosial TUDM

0 7,209
(DEFENCE SECURITY ASIA) – Panglima Tentera Udara Diraja Malaysia Jen Tan Sri Mohd Ashgar Khan Goriman Khan telah mengadakan lawatan rasmi ke Amerika Syarikat bagi memperkukuhkan lagi hubungan di antara TUDM dan United States Air Force (USAF).
Menurut kenyataan TUDM menerusi media sosialnya, lawatan rasmi ke Washington bermula pada 9 hingga 11 Sept itu adalah di atas jemputan Ketua Staf USAF Jen David Allvin.
Panglima TUDM telah menerima kawalan kehormatan di Joint Base Anacostia-Bolling, yang diiringi oleh Jen David Allvin.
“Lawatan ini bertujuan memperkukuhkan hubungan kerjasama ketenteraan antara Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dan USAF selain membincangkan pelbagai isu strategik yang melibatkan keselamatan serantau dan antarabangsa.”
Sepanjang lawatan tersebut, Panglima TUDM telah menghadiri beberapa siri taklimat mengenai pengoperasian Air Combat Command.
TUDM
(kredit TUDM)
Beliau turut mengadakan kunjungan hormat ke pejabat Jen David Allvin di Jabatan Pertahanan Amerika Syarikat (Pentagon), di mana kedua-dua pihak berbincang secara mendalam mengenai hubungan ketenteraan dua hala antara TUDM dan USAF.
Antara topik perbincangan utama adalah cabaran keselamatan serantau, pelaksanaan latihan bersama, eksesais, kursus, dan seminar yang melibatkan kedua-dua tentera udara, menurut TUDM.
“Antara topik perbincangan utama adalah cabaran keselamatan serantau, pelaksanaan latihan bersama, eksesais, kursus, dan seminar yang melibatkan kedua-dua tentera udara.
“Dalam pertemuan itu, Panglima TUDM turut membentangkan perancangan CAP55 (Capability 55), satu inisiatif penting dalam usaha pemodenan TUDM. Inisiatif ini bertujuan memperkasakan kuasa udara Malaysia bagi memastikan kedaulatan dan keselamatan negara sentiasa terjamin.”
Menurut kenyataan TUDM itu, pembentangan itu mendapat perhatian khusus daripada pihak USAF, yang melihat kepentingan pemodenan TUDM dalam kerangka keselamatan serantau.
TUDM
(kredit TUDM)
TUDM
(kredit TUDM)
Satu lagi aspek penting dalam lawatan ini adalah sesi “Staff Talks” yang diadakan antara kedua-dua pihak.
“Dalam sesi ini, beberapa taklimat telah disampaikan yang merangkumi isu kerjasama di antara kedua-dua pihak melalui State Partnership Program, Maritime Domain Awareness, Building Partnership Capacity, serta kolaborasi dalam maklumat perisikan.”
Kedua-dua delegasi menurut kenyataan TUDM itu, sebulat suara mengiktiraf kepentingan hubungan dua hala ini dalam meningkatkan keupayaan pertahanan kedua-dua negara.
Selain itu, Panglima TUDM dan delegasiny turut berkesempatan melawat pertunjukan statik pesawat F22 Raptor, yang merupakan simbolik kepada teknologi canggih yang dimiliki oleh USAF.
 Lawatan tersebut membuka ruang untuk TUDM mempelajari lebih lanjut mengenai teknologi udara terkini dan strateginya dalam mempertahankan ruang udara negara.
TUDM
(kredit TUDM)
Sebagai sebahagian daripada agenda lawatan, Panglima TUDM turut menghadiri upacara penghormatan di The Tomb of The Unknown Soldier, Arlington National Cemetery.
Pada hari terakhir lawatan, Panglima TUDM telah melakukan kunjungan hormat terhadap Duta Besar Malaysia ke Amerika Syarikat, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz dimana mereka telah berbincang tentang pelbagai perkara Pmelibatkan komitmen Malaysia dan Amerika Syarikat dalam memperkukuhkan hubungan dua hala meliputi aspek ekonomi, perdagangan, politik, serta keselamatan.
Isu-isu serantau turut dibincangkan dengan kedua-dua pihak menekankan pentingnya kerjasama yang erat demi kestabilan serantau. — DSA

Comments
Loading...