Pakistan “Locked On” 20 Buah Pesawat Pejuang India Pada 7 Mei, Tetapi Hanya Tembak Jatuh Enam Buah
Bekas Menteri Luar Pakistan Bilawal Bhutto Zardari Pakistan hanya menembak jatuh menembak jatuh enam pesawat pejuang India yang bertindak mengugurkan bom dan peluru berpandu terhadap negara itu.
(DEFENCE SECURITY ASIA) – Bekas Menteri Luar Pakistan Bilawal Bhutto Zardari mendedahkan bahawa pesawat-pesawat pejuang negara itu telah mengunci sasaran (locked on) terhadap 20 buah pesawat pejuang Tentera Udara India pada hari pertama konflik itu tetapi hanya bertindak menembak jatuh enam daripada pesawat pejuang terbabit.
Katanya, Pakistan hanya menembak jatuh menembak jatuh enam pesawat pejuang India yang bertindak mengugurkan bom dan peluru berpandu terhadap negara itu.
“Pada malam 7 Mei lepas, pesawat-pesawat pejuang Tentera Udara Pakistan telah mengunci sasaran (locked on) terhadap 20 buah pesawat pejuang India tetapi hanya menembak jatuh enam daripadanya yang mengugurkan muatan senjata mereka terhadap wilayah Pakistan.”
“Jika kita (Tentera Udara Pakistan) mahukan, kita boleh menembak jatuh kesemua 20 buah pesawat pejuang India yang telah dikunci sasaran itu (locked on). Ia menunjukkan kesabaran kita.”
“India mengambil masa hampir sebulan untuk mengakui bahawa ia telah kehilangan pesawat pejuang dalam konfliknya dengan Pakistan, membuktikan bahawa Pakistan berterus-terang dengan rakyatnya dan seluruh dunia serta media manakala India cuba menyembunyikan kebenaran,” kata bekas Menteri Luar Pakistan itu.
Bilawal Bhutto Zardari ialah seorang ahli politik Pakistan yang merupakan anak kepada dua tokoh politik paling berpengaruh dalam sejarah moden negara itu — bekas Perdana Menteri Benazir Bhutto dan Presiden Asif Ali Zardari.
Pada April 2022, beliau dilantik sebagai Menteri Luar Negeri Pakistan dalam kerajaan campuran yang menggantikan Imran Khan, menjadikannya antara menteri luar termuda dalam sejarah negara itu.

Beberapa hari lalu, buat pertama kali, India mengakui ia telah kehilangan pesawat pejuang dalam konflik ketenteraan dengan Pakistan beberapa minggu lalu, namun tidak mendedahkan bilangan pesawat pejuang yang ia telah hilang ketika konflik itu.
Pengakuan itu dilakukan oleh Ketua Staf Angkatan Tentera India Jen Anil Chauhan di Singapura.
“Apa yang penting adalah bukanlah soal pesawat pejuang itu telah jatuh, tetapi mengapa ia (pesawat pejuang) itu jatuh, “ kata beliau dalam satu temuramah dengan Bloomberg TV ketika sedang menghadiri Dialog Shangri-La di republik itu.
“Bilangan adalah tidak penting,” kata beliau.
“Apa yang baik adalah kita mampu memahami kesilapan-kesilapan taktikal yang telah kita buat, mengenalpasti dan memperbaikinya dan melaksanakan semula selepas dua hari selepas itu dan menerbangkan kesemua pesawat pejuang kita dan membedil sasaran pada jarak jauh,” kata beliau tentang konflik Pakistan-India yang tercetus pada 7 Mei lepas.
Pada 17 Mei lalu, Perdana Menteri Pakistan Shehbaz Sharif menyatakan bahawa Angkatan Tentera negara itu telah menembak jatuh enam buah pesawat pejuang Tentera Udara India termasuk tiga buah pesawat pejuang termoden negara itu, Rafale dalam konflik paling serius antara kedua-dua negara sejak beberapa tahun lepas.
Pesawat pejuang ke-enam Tentera Udara India jenis Mirage 2000 telah disahkan ditembak jatuh oleh pesawat pejuang Tentera Udara Pakistan pada malam 6- 7 Mei lalu di Pampore di timur Srinagar, India.

Sebelum itu, Pakistan mendakwa ia berjaya menembak lima buah pesawat pejuang Tentera Udara India terdiri daripada tiga buah pesawat pejuang Rafale, sebuah Su-30MKI dan sebuah pesawat pejuang MiG-29.
Pesawat pejuang keenam India, Mirage 2000 juga dipercayai ditembak jatuh oleh J-10C Pakistan menggunakan PL-15.
Menteri Luar Pakistan Ishaq Dar mendakwa bahawa kesemua lima buah pesawat pejuang Tentera Udara India (IAF) termasuk tiga buah Rafale buatan Perancis telah ditembak jatuh oleh pesawat pejuang J-10C Tentera Udara Pakistan (PAF) menggunakan peluru berpandu udara-ke-udara Beyond Visual Range (BVR) PL-15E.
“Pesawat pejuang Rafale yang digembar-gemburkan (tentang kehebatannya) telah gagal dengan amat teruk dan juruterbang Tentera Udara India membuktikan bahawa mereka tidak mahir,” kata beliau.
Pesawat-pesawat pejuang Tentera Udara India itu dipercayai ditembak jatuh oleh pesawat-pesawat pejuang J-10C atau JF-17 “Thunder” menggunakan peluru berpandu udara-ke-udara Beyond Visual Range (BVR) PL-15 yang dibangunkan oleh China.
Pesawat pejuang J-10C yang digunakan oleh Tentera Udara Pakistan itu dibangunkan oleh Chengdu Aircraft Industry Group (CAIG) manakala pesawat pejuang JF-17 itu dibangunkan secara usahasama antara CAIG dan Pakistan Aaeronautical Complex (PAC).
Pesawat-pesawat pejuang Tentera Udara India itu dipercayai ditembak jatuh oleh sama ada J-10C dan JF-17 “Thunder” menggunakan peluru berpandu udara-ke-udara BVR PL-15 yang dibangunkan oleh China.
Laporan sebelum ini menyatakan ada di antara pesawat-pesawat pejuang India itu ditembak jatuh daripada jarak sehingga 182km menggunakan peluru berpandu udara-ke-udara PL-15 yang dibangunkan oleh China itu.

Pesawat pejuang J-10C milik Tentera Udara Pakistan itu dipercayai masih berada di dalam ruang udara negara itu ketika ia bertindak melancarkan peluru berpandu udara-ke-udara PL-15 terhadap pesawat pejuang Rafale Tentera Udara India ketika hari-hari pertama konflik di antara kedua-dua negara kuasa nuklear itu.
Pertembungan di antara pesawat-pesawat pejuang Tentera Udara India dan Tentera Udara Pakistan pada hari-hari pertama konflik Pakistan-India itu disifatkan oleh pemerhati sebagai “pertempuran udara terbesar dalam sejarah” melibatkan 125 buah pesawat pejuang daripada kedua-dua negara.
Peluru berpandu udara-ke-udara jarak jauh PL-15 itu memiliki kelajuan Mach 4 dan dilengkapi dengan radar Active Electronically Scanned Array (AESA) dan direka untuk pertempuran luar jarak penglihatan (BVR).
Peluru berpandu PL-15 adalah sistem persenjataan udara-ke-udara Beyond Visual Range (BVR) buatan China yang direka untuk memberi kelebihan strategik kepada pesawat pejuang Tentera Udara China (PLAAF).
Dibangunkan oleh China Airborne Missile Academy (CAMA), PL-15 kini dianggap sebagai salah satu peluru berpandu BVR paling berbahaya di dunia, setanding dengan AIM-120D AMRAAM buatan Amerika Syarikat dan METEOR buatan Eropah.
Walaupun berhadapan dengan semakin banyak bukti-bukti yang sukar disangkal, namun tentera dan kerajaan India masih enggan mengakui ia kehilangan lima (dan kini enam buah) pesawat pejuangnya termasuk tiga buah pesawat pejuang termodennya, Rafale buatan Perancis akibat ditembak jatuh oleh Tentera Udara Pakistan.
Ketika ditanya tentang nasib tiga buah pesawat pejuang Rafale miliknya, Pegawai kanan Tentera Udara India Air Marshal A.K Bharti hanya berkata, “Kita berada dalam senario peperangan, kehilangan (losses) adalah sebahagian daripada pertempuran”, namun tidak memberikan penjelasan lanjut tentangnya.

Bagaimanapun bagi pemerhati pertahanan, jawapan pegawai kanan Tentera Udara India itu seolah-olah mengesahkan bahawa ia sememangnya telah kehilangan lima buah pesawat pejuang termasuk tiga buah Rafale.
Dakwaan Pakistan menembak jatuh pesawat-pesawat pejuang Tentera Udara India itu turut disokong oleh pegawai-pegawai Amerika Syarikat dan Perancis.
“Pesawat-pesawat pejuang J-10C Pakistan bertanggungjawab menembak jatuh sekurang-kurangnya dua buah pesawat pejuang Tentera Udara India,” menurut pegawai-pegawai kanan Amerika Syarikat kepada agensi berita antarabangsa Reuters.
Wartawan kanan CNN, Jim Sciutto menerusi akaun miliknya di platform X menyatakan bahawa pegawai tinggi perisikan Perancis mengesahkan sekurang-kurangnya sebuah pesawat pejuang Rafale milik Tentera Udara India telah ditembak jatuh oleh Pakistan.
Pegawai perisikan Perancis itu juga turut memberitahu CNN bahawa pihak berkuasa negara itu sedang melihat dakwaan bahawa lebih daripada sebuah pesawat pejuang Rafale milik India telah ditembak jatuh oleh Pakistan.

CNN dalam laporannya menyatakan bahawa pegawai Amerika Syarikat dalam penilaian mereka mengesahkan bahawa tentera Pakistan telah menembak jatuh sebuah pesawat pejuang milik India semasa serangan udara yang dilancarkan India ke atas wilayah Pakistan.
Stesen televisyen itu menyatakan bahawa pegawai kanan Amerika itu mempunyai akses kepada laporan penilaian terkini.
Sejak hari pertama konflik Pakistan-India, New Delhi berkeras menafikan bahawa Pakistan telah berjaya menembak jatuh pesawat pejuang miliknya, sehinggalah Ketua Staff Angkatan Tentera India Jen Anil Chauhan itu membuat perakuan di Singapura itu.
— DEFENCE SECURITY ASIA