Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

Pakar Persenjataan Jepun Menangi “Perlumbaan” Kaji Serpihan Peluru Berpandu BVR PL-15 China ??

Pakar-pakar Jepun mahu melihat dengan lebih dekat sistem persenjataan canggih China bagi membolehkan ia mengetahui dengan lebih mendalam tentang teknologi persenjataan aset ketenteraan negara itu, sekaligus memastikan kemampuan tenteranya menangani ancaman ketenteraan Beijing.

0 8,992
(DEFENCE SECURITY ASIA) – Jurutera radar dan pakar Peperangan Elektronik (EW) Jepun dilaporkan merupakan pihak keselamatan asing yang diberikan kebenaran oleh pihak India untuk melihat dengan lebih dekat serpihan-serpihan peluru berpandu udara-ke-udara Beyond Visual Range (BVR) PL-15 yang ditemui oleh penduduk awam India.
Menurut media pertahanan India, pakar-pakar Jepun berpeluang untuk melihat dengan lebih dekat salah satu sistem persenjataan buatan China yang paling canggih dan teknologi apa yang menjadikannya amat berbahaya.
Pakar-pakar Jepun mahu melihat dengan lebih dekat sistem persenjataan canggih China bagi membolehkan ia mengetahui dengan lebih mendalam tentang teknologi persenjataan aset ketenteraan negara itu, sekaligus memastikan kemampuan tenteranya menangani ancaman ketenteraan Beijing.
“Pakar-pakar Jepun itu akan menerima data-data mengenai Seeker Algoritma, Datalink Encryption dan Electronic Countermeasures.”
Seeker Algorithms diibaratkan seperti “Otak” di kepada peluru berpandu.
Algoritma pada seeker adalah komponen kritikal yang menentukan keupayaan peluru berpandu seperti PL-15 untuk mengesan, mengenal pasti dan mengekori sasaran dengan ketepatan tinggi, terutama dalam persekitaran udara yang kompleks dan padat dengan gangguan elektronik.
Bagi peluru berpandu jarak jauh seperti PL-15 yang menggunakan AESA radar seeker, algoritma pemprosesan isyarat lanjutan membantu dalam membezakan sasaran sebenar daripada gangguan seperti flare, chaff, atau umpan elektronik (decoys), sekaligus mengurangkan peluang miss distance.
PL-15
Serpihan peluru berpandu PL-15 
Keupayaan algoritma untuk melakukan target discrimination dan adaptive tracking bermakna PL-15 boleh menyerang pesawat musuh yang dilindungi oleh teknologi stealth, jamming, atau sedang melakukan manuver ekstrem pada kelajuan supersonik.
Seeker Algorithms juga penting dalam terminal homing phase, apabila peluru berpandu menghampiri sasaran dan perlu membuat keputusan split-second untuk pelarasan arah bagi impak maksimum.
Manakala, sistem datalink pula membolehkan peluru berpandu seperti PL-15 menerima maklumat secara masa nyata (real time) daripada pesawat pejuang (seperti J-10C, J-20) atau sistem AEW&C seperti KJ-500, walaupun selepas pelancaran (beyond visual range launch).
Tanpa enkripsi yang kukuh, datalink peluru berpandu mudah digodam atau diganggu oleh kuasa luar, membolehkan musuh menjejaskan sasaran, mengubah arah peluru berpandu atau mengelirukannya dengan maklumat palsu (spoofing).
Encryption-grade military datalink, termasuk protokol frequency hopping dan low probability of intercept (LPI), memastikan komunikasi antara peluru berpandu dan platform induk kekal selamat, sulit dan berdaya tahan terhadap pengintipan serta gangguan elektronik.
Ciri ini amat penting dalam peperangan udara moden yang melibatkan network-centric warfare, di mana keberkesanan sesuatu peluru berpandu tidak hanya bergantung pada sistem onboard, tetapi juga maklumat taktikal yang dikongsi secara rangkaian.
Walaupun peluru berpandu udara-ke-udara sering menjadi sasaran ECM oleh pesawat musuh, sistem ECM pasif dan aktif juga boleh diintegrasikan dalam peluru berpandu itu sendiri untuk menangkis soft kill seperti radar jamming, deception atau spoofing.
PL-15E
PL-15E 
PL-15 dipercayai dilengkapi dengan electronic counter-countermeasures (ECCM) untuk mempertahankan seeker daripada gangguan isyarat serta mengekalkan target lock dalam persekitaran elektromagnetik yang bersaing (contested EM spectrum).
Sistem ECCM ini termasuk algoritma pemprosesan radar yang boleh menapis gangguan dan mengekalkan pengesanan melalui teknik seperti angle tracking, home-on-jam dan monopulse processing.
Lebih canggih lagi, beberapa peluru berpandu moden mungkin mengandungi jam-resistant inertial navigation systems (INS) dan sensor pasif tambahan seperti infrared terminal guidance, menjadikannya lebih tahan terhadap serangan ECM musuh.
Gabungan seeker algorithms canggih, datalink encryption selamat dan sistem ECM/ECCM yang maju menjadikan peluru berpandu seperti PL-15 bukan sahaja senjata kinetik, tetapi juga senjata electromagnetic superiority.
Dalam senario dogfight generasi kelima dan ke atas, kelangsungan peluru berpandu bukan sekadar pada kelajuan atau jarak tembakan, tetapi pada keupayaannya untuk mengharungi dan menang dalam medan tempur elektronik.
Kelebihan ini memberikan negara pengguna seperti China dan sekutunya (termasuk Pakistan dengan PL-15E) kelebihan taktikal dalam mengancam atau mengekang pesawat musuh seperti Rafale, F-16, atau bahkan F-35, terutama apabila digandingkan dengan platform tempur canggih seperti J-20 atau J-10C.
Dibangunkan oleh China Airborne Missile Academy (CAMA), PL-15 kini dianggap sebagai salah satu peluru berpandu BVR paling berbahaya di dunia, setanding dengan AIM-120D AMRAAM buatan Amerika Syarikat dan METEOR buatan Eropah.
J-10C
J-10C dengan PL-15
Menurut penganalisis ketenteraan serantau, kehadiran peluru berpandu udara-ke-udara jarak jauh PL-15 yang berkeupayaan tinggi dengan jarak jangkauan sehingga 300 kilometer akan memberikan Pakistan kemampuan melancarkan serangan terhadap sasaran musuh pada jarak jauh.
Baru-baru ini, Taiwan dilaporkan menjadi negara terbaru yang ingin bekerjasama dengan India untuk memeriksa dan mengkaji serpihan peluru berpandu udara-ke-udara jarak jauh Beyond Visual Range (BVR) PL-15 buatan China yang ditemui di kawasan pedalamannya.
Taiwan mahu melihat dengan lebih dekat peluru berpandu PL-15 itu supaya ia dapat mengkaji kekuatannya dan kelemahannya serta membangunkan taktik dan strategi untuk menanganinya jika ia terpaksa berdepan dengannnya.
Setiap hari pesawat-pesawat pejuang Tentera Udara Taiwan terpaksa berdepan dengan pesawat-pesawat pejuang Tentera Udara China (PLAAF) sperti J-20 “Mighty Dragon”, J-10C yang dilengkapi dengan peluru-peluru berpandu udara-ke-udara PL-15 ketika dalam misi rondaannya.
“Akses kepada serpihan peluru berpandu udara-ke-udara PL-15 itu akan membantu Taiwan secara langsung dalam membangunkan countermeasure atau memperbaiki peluru berpandu tempatan yang sedang dibangunkannya pada ketika ini.”
Laporan sebelum ini menyatakan bahawa, beberapa agensi perisikan Barat dan sekutu mereka dilaporkan telah “menunjukkan minat” untuk bekerjasama dengan India dalam mengkaji dan menganalisis serpihan peluru berpandu udara-ke-udara jarak jauh Beyond Visual Range (BVR) PL-15 buatan China yang ditemui di beberapa lokasi di India.
Pesawat-pesawat pejuang Tentera Udara Pakistan terutamnya J-10C dan juga JF-17 diketahui menggunakan peluru berpandu udara-ke-udara jarak jauh BVR PL-15 itu semasa konflik Pakistan-India baru-baru ini.
PL-15
PL-15E BVRAAM
Tentera Udara Pakistan mendakwa pesawat-pesawat pejuang J-10C miliknya telah menembak jatuh enam buah pesawat pejuang Tentera Udara India menggunakan peluru berpandu PL-15 sepanjang konflik Pakistan-India itu.
Selain pesawat pejuang J-10C , pesawat pejuang JF-17 Tentera Udara Pakistan turut dilengkapi dengan peluru berpandu udara-ke-udara BVR PL-15.
Hasil daripada kejayaannya menembak jatuh enam buah pesawat pejuang India itu, nama peluru berpandu PL-15 meniti di bibir para media, pemerhati dan penganalisis yang mahu mengetahui lebih lanjut tentang peluru berpandu udara-ke-udara buatan China yang hebat itu.
Enam buah pesawat pejuang Tentera Udara India yang berjaya ditembak jatuh oleh Pakistan pada konflik itu termasuk tiga buah pesawat pejuang Rafale, sebuah Sukhoi Su-30MKI, sebuah MiG-29 dan juga sebuah Mirage 2000.
Walaupun pesawat-pesawat pejuang J-10C Tentera Udara Pakistan itu berjaya menembak jatuh enam buah pesawat pejuang India, namun terdapat juga peluru berpandu udara-ke-udara BVR PL-15 itu tersasar.
Terdapat serpihan-serpihan peluru berpandu PL-15 termasuk yang masih dalam keadaan yang baik telah ditemui oleh tentera India.
Media-media India melaporkan penduduk tempatan telah menemui serpihan peluru berpandu PL-15 milik Pakistan itu di perkampungan Kamahi Devi di daerah Hoshiarpur di wilayah Punjab dan di beberapa lokasi lain.
Pakistan
Pesawat pejuang JF-17 Pakistan dilengkapi dengan peluru berpandu udara-ke-udara jarak jauh PL-15.
Dan serpihan-serpihan peluru berpandu udara-ke-udara jarak jauh PL-15 yang ditemui oleh pihak India inilah yang cuba diperolehi oleh agensi perisikan negara-negara Barat tertentu untuk tujuan pengumpulan maklumat.
Menurut media pertahanan India, agensi-agensi perisikan negara Barat yang mahu “melihat dengan lebih dekat” serpihan peluru berpandu PL-15 buatan China itu adalah daripada negara-negara Amerika Syarikat, United Kingdom, Kanada, Australia dan New Zealand yang dipanggil “Five Eyes.”
Selain negara-negara kerjasama perisikan “Five Eyes”, negara-negara lain termasuk Perancis dan Jepun juga dilaporkan telah menunjukkan minat untuk bekerjasama dengan India bagi membolehkan mereka menganalisis serpihan peluru berpandu udara-ke-udara PL-15 buatan China itu.
Analisis itu akan membolehkan negara-negara Barat melihat dengan lebih dekat dan terperinci teknologi pertahanan tercanggih China yang kini sudah mampu bersaing malah melebihi teknologi pertahanan Barat.
Bagi agensi perisikan seperti CIA, NSA, serta perisikan tentera Amerika Syarikat dan sekutunya, serpihan peluru berpandu seperti PL-15 merupakan ‘harta karun’ yang sangat berharga untuk dianalisis dari pelbagai sudut teknikal dan strategik.
Antara matlamat utama mereka adalah untuk menjalankan ujian forensik ke atas komponen peluru berpandu, termasuk sistem panduan, enjin pendorong (engine propulsion), pencari radar (radar seeker), dan sistem komunikasi data.
PL-15E
PL-15E
Melalui analisis ini, mereka boleh mengetahui dengan lebih terperinci tentang frekuensi radar, jenis gelombang pencari sasaran, dan keupayaan gangguan elektronik peluru berpandu tersebut — maklumat penting untuk membina sistem gangguan (jamming) dan kaedah pertahanan elektronik yang lebih berkesan.
Agensi risikan juga mahu memastikan sama ada spesifikasi sebenar peluru berpandu PL-15 — termasuk dakwaan jarak maksimum lebih 300km dan keupayaan anti-stealth — benar-benar sahih atau sekadar propaganda ketenteraan China.
Maklumat ini penting untuk memperkemaskan strategi udara Barat, terutamanya dalam menghadapi potensi konflik di Indo-Pasifik yang melibatkan aset China atau sekutunya.
Pakar-pakar perisikan juga akan meneliti sama ada terdapat komponen buatan Russia dalam sistem peluru berpandu tersebut, memandangkan China sebelum ini menggunakan teknologi enjin dan radar dari Moscow.
penemuan ini akan memberi dorongan kepada syarikat pertahanan Barat seperti Raytheon, Lockheed Martin dan MBDA untuk membangunkan peluru berpandu baharu atau sistem pertahanan udara yang mampu menandingi ancaman PL-15.
Secara keseluruhan, penganalisis ketenteraan melihat insiden ini bukan sekadar isu teknikal, tetapi satu perkembangan strategik yang memberi kesan besar terhadap keseimbangan kuasa udara di Asia Selatan, dan mempercepatkan perlumbaan senjata antara kuasa besar dunia.
— DEFENCE SECURITY ASIA

Leave A Reply

Your email address will not be published.