Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

Kapal Perisik Perancis “Dupuy de Lome” Kini Di Pelabuhan Klang

Operasi kapal "Dupuy de Lome" seberat 3,600 tan ini adalah dibawah kawalan Directorate of Military Intelligence atau dalam bahas Perancis-nya “Direction du renseignement militaire” (DRM), sebuah agensi yang fungsinya sama seperti Defense Intelligence Agency (DIA) Amerika Syarikat.

0 8,180

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Pelabuhan Klang hari ini menerima tetamu yang jarang-jarang singgah di negara ini iaitu sebuah kapal perisikan Tentera Laut Perancis, “FS Dupuy de Lome” (A759) (Auxiliary General Intelligence- AGI) yang sedang dalam “misi” di kawasan Indo-Pasifik.

Ia adalah sebuah kapal “Signal Intelligence (SIGINT)”, yang fokus utamanya adalah untuk memintas signal-signal yang dipancarkan oleh radar, sistem komunikasi radio dan satelit serta menganalisisnya untuk kegunaan pihak tentera Perancis.

Operasi kapal perisikan tentera laut Perancis seberat 3,600 tan ini adalah dibawah kawal selia Directorate of Military Intelligence atau dalam bahas Perancis-nya “Direction du renseignement militaire” (DRM), sebuah agensi yang sama seperti Defense Intelligence Agency (DIA) Amerika Syarikat.

Kapal perisikan yang menyimpan pelbagai “rahsia signal dan komunikasi (COMINT)” negara-negara sasarannya telah tiba di Pelabuhan Klang pagi tadi.

Harap-harap kapal perisik “Dupuy de Lome” itu “shut down” semua alat pemintasan signal-nya ketika memasuki negara ini.

Dupuy de Lome

Tujuan utama “persinggahannya” di Malaysia tidak diketahui, tetapi besar kemungkinan ia adalah untuk tujuan replenishment bekalan, diplomasi ketenteraan antara Perancis dan Malaysia memandangkan hubungan ketenteraan antara kedua-dua negara adalah amat baik.

Tidak banyak kapal yang memiliki kemampuan seperti “Dupuy de Lome” di dunia ini, so kehadirannya di Malaysia adalah sesuatu yang menarik pada ketika pertikaian di antara China dengan Amerika Syarikat dan sekutunya berkenaan Laut China Selatan sedang memuncak.

Admin berpandangan kehadiran kapal perisik Perancis di Pelabuhan Klang tidak lebih hanyalah satu “friendly visit” antara dua negara sahabat.

Malaysia adalah antara pengguna utama sistem pertahanan Perancis daripada kapal selam “Scorpene” kepada pesawat pengangkut strategik, Airbus A400M “Atlas” dan lain-lain, jadi hubungan ketenteraan antara kedua-dua negara itu sememangnya erat.

Pihak Defence Security Asia pernah melaporkan kehadiran kapal perisik “Dupuy de Lome” ini ketika ia singgah di Bangkok pada tahun lepas, tetapi selepas singgah di Bangkok ia “menghilangkan” diri sehinggalah ada pemerhati melaporkan bahawa kapal perisik itu dikesan sedang menjalankan operasi di luar pantai China.

Sepanjang masa ia berada di luar territorial waters milik China.

Dupuy de Lome

Selama beberapa bulan ia melakukan “kerja-kerjanya” di luar pantai China termasuk di luar Lianyun District, berkemungkinan sambil dipantau dengan ketat oleh pihak tentera China yang juga turut menghantar aset-aset perisikannya untuk merisik kapal perisik Perancis.

Kapal “Dupuy de Lome” Tentera Laut Perancis itu turut dikesan melakukan pelayaran ke pangkalan tentera Amerika Syarikat di Guam di Pasifik Barat pada Ogos lepas dan pelabuhan Sasebo di Jepun pada awal Oktober.

Pada bulan Oktober juga, kapal perisikan Perancis itu dikesan melakukan pelayaran di Selat Taiwan, satu tindakan yang dianggap kontroversial dan provokasi oleh pihak China yang tetap menganggap pulau itu adalah wilayahnya.

Tidak lama selepas melakukan pelayaran di Selat Taiwan, kapal perisik Perancis itu dikesan berada di Pelabuhan Manila di Filipina dan hari ini pada 3 November, ia mengesahkan kehadirannya di Malaysia pula.

Mungkin kapal perisik “Dupuy de Lome” itu selepas beroperasi selama berbulan-bulan di Indo-Pasifik termasuk Laut China Selatan, sedang dalam perjalanan pulangnya ke homeport-nya di Brest, Perancis.

Kapal FS Dupuy de Lome yang memasuki perkhidmatan tentera laut Perancis pada 2006 ini mengambil nama sempena seorang jurutera Perancis pada kurun ke-19 iaitu Henri Dupuy de Lome.

Kapal ini seberat diantara 3,100-3,600 tan mampu membawa krew sebanyak 150 orang termasuk kira-kira 80 orang anggota teknikal.

 

DEFENCE SECURITY ASIA

 

 

 

Comments
Loading...