Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

Amerika Bangunkan Bom Graviti Nuklear Terbaru, B61-13 Dengan Kekuatan 350 Kiloton

Latihan serangan balas besar-besaran nuklear oleh Russia pada 25 Oktober itu melibatkan pelancaran peluru berpandu nuklear daripada silo-silo darat, kapal selam nuklear dan pesawat pengebom strategik itu berlaku ketika Barat diketuai Amerika Syarikat mengancam “kewujudan” Russia akibat peperangan di Ukraine.  

0 1,199

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Hanya beberapa hari selepas Russia melakukan latihan serangan balas peluru berpandu ballistik nuklear yang disaksikan oleh Presiden Vladimir Putin, kini Amerika Syarikat melakukan “serangan balas” dengan mengumumkan ia akan membangunkan bom graviti nuklear baru yang “lebih berbahaya.”

Jabatan Pertahanan Amerika Syarikat dalam satu pengumuman berkata, ia akan membangunkan varian terbaru kepada bom graviti nuklear B61.

Dipanggil “B61-13, varian bom graviti baru itu akan menggantikan bom-bom graviti nuklear yang lama dan dibina selari dengan lanskap keselamatan dan pertahanan yang sudah berubah pada ketika ini serta selaras dengan Nuclear Posture Review 2022.

Pada 25 Oktober yang lalu, Russia telah melaksanakan latihan serangan balas nuklear menggunakan platform-platform udara, darat dan laut yang menurut penganalisis pertahanan merupakan suatu “pertunjukkan kekuatan” kepada musuh-musuhnya.

Latihan serangan balas besar-besaran nuklear itu melibatkan pelancaran peluru berpandu nuklear daripada silo-silo darat, kapal selam nuklear dan pesawat pengebom strategik itu berlaku ketika Barat diketuai Amerika Syarikat mengancam “kewujudan” Russia akibat peperangan di Ukraine.  Nuklear

Bom graviti B61-12 sebelum ini dipercayai mempunyai peledak 50 kiloton dan penganalisis pertahanan mengatakan varian bom graviti nuklear B61-13 terbaru dijangka mempunyai kekuatan ledakan sama seperti bom graviti B61-7 iaitu 350 kiloton.

Dengan kekuatan ledakan sebanyak 350 kiloton, varian terbaru bom graviti nuklear B61-13 itu adalah suatu peningkatan daripada bom graviti nuklear B61-12 yang hanya dibangunkan pada tahun 2021 pada kos pembangunan sebanyak US$9.6 bilion.

Amerika Syarikat dipercayai memiliki di antara 400 hingga 50 buah bom-bom graviti nuklear daripada pelbagai varian.

Pembangunan bom graviti nuklear yang baru itu juga bagi membolehkan tentera Amerika Syarikat menangani pesaing utamanya pada ketika ini iaitu Russia dan China, sekiranya peperangan nuklear tercetus.

“Ia (bom graviti nuklear baru B61-13) akan memberikan Presiden Amerika Syarikat lebih banyak opsyen untuk menyerang sasaran-sasaran tentera musuh yang lebih luas dan diperkukuhkan,” kata jabatan itu dan menambah, ia akan menamatkan perkhidmatan bom-bom graviti nuklear lama sepertu B61-7 dan B83-1.

Sarmat
Peluru berpandu ICBM Russia, RS-28 “Sarmat”

 

Menurut Jabatan Pertahanan Amerika Syarikat, bom graviti nuklear B61-13 akan menggunakan aspek-aspek keselamatan dan ketepatan sebagaimana yang terdapat di dalam bom graviti nuklear B61-12 ketika ini.

Varian terbaru bom graviti nuklear B61-13 yang akan dibangunkan itu akan dibawa oleh pesawat pengebom strategik negara itu yang sedang dibangunkan, B-21 Raider, namun, ia tidak akan dibawa oleh pesawat pejuang generasi kelima, F-35. — DSA

DEFENCE  SECURITY ASIA APPS

 

To advertise contact admin: haikalhamas73@gmail.com

 

 

Comments
Loading...