Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

Amerika, Israel tentang usaha Arab Saudi perolehi teknologi nuklear awam

Arab Saudi dikatakan telah meletakkan tiga syarat sebelum normalisasi hubungan diplomatik dengan Israel – akses kepada sistem persenjataan moden Amerika Syarikat seperti THAAD, mewujudkan pertahanan bersama antara Arab Saudi-Amerika dan persetujuan bagi membolehkan Riyadh memperolehi teknologi tenaga nuklear.

0 3,452

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Arab Saudi dilapor mahukan Amerika Syarikat “memberikan” teknologi nuklear untuk awam kepadanya sebagai balasan terhadap persetujuannya untuk menjalin hubungan diplomatik dengan seteru lama, Israel.

Laporan media menyatakan bahawa Putera Mahkota Arab Saudi Mohamed bin Salman telah menyatakan permintaan negara itu terhadap teknologi nuklear itu ketika bertemu dengan Setiausaha Negara Amerika Syarikat, Anthony Blinken di Riyadh baru-baru ini.

Putera Mahkota itu juga berkemungkinan mahukan lebih banyak akses kepada sistem persenjataan Amerika Syarikat sebagai pertukaran terhadap persetujuan untuk menjalin hubungan diplomatik dengan Tel Aviv.

Arab Saudi dikatakan telah meletakkan tiga syarat sebelum normalisasi hubungan diplomatik dengan Israel – akses kepada sistem persenjataan moden Amerika Syarikat seperti THAAD, mewujudkan pertahanan bersama antara Arab Saudi-Amerika dan persetujuan bagi membolehkan Riyadh memperolehi teknologi tenaga nuklear.

Untuk memperolehi teknologi nuklear daripada Amerika Syarikat, pentadbiran Presiden Jo Biden perlu mendapatkan kelulusan terlebih dahulu daripada kongres negara itu, sebelum ia dibenarkan untuk berkongsi teknologi itu dengan Arab Saudi.

Salman
Putera Mahkota Arab Saudi

 

Kongres Amerika Syarikat yang dikuasai oleh pelobi-pelobi Yahudi, hampir pasti akan menghalang sebarang perjanjian yang akan menyaksikan Arab Saudi memperolehi teknologi nuklear daripada Washington.

Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu juga bakal menerima tentangan hebat sekiranya bersetuju untuk membenarkan Amerika Syarikat berkongsi teknologi nuklear dengan Arab Saudi.

Walaupun berdepan dengan desakan demi desakan daripada Riyadh untuk teknologi nuklear awam,namun Amerika Syarikat dikatakan tetap berkeras untuk tidak berkongsi teknologi itu dengan  Arab Saudi.

Pendirian Washington itu adalah sama dengan Tel Aviv yang berkeras tidak mahukan Amerika Syarikat memberikan teknologi nuklear kepada Arab Saudi.

Selain itu Riyadh juga mahu bersaing dengan Iran yang telah memiliki berbelas stesen janakuasa nuklear. 

Seorang bekas pegawai kanan Suruhanjaya Tenaga Atom Israel melahirkan kebimbangannya bahawa persetujuan membenarkan Arab Saudi memperolehi teknologi nuklear akan mencetus perlumbaan senjata nuklear di Timur Tengah.

Iron Dome
Benjamin Netanyahu

 

“Ia tidak kira berapa banyak jaminan yang kita terima daripada agensi IAEA (International Atomic Energy Agency),” kata Ariel Eli Levite yang pernah bertugas dengan Agensi Tenaga Atom Israel dari tahun 2002 hingga 2007.

Kebimbangan Israel adalah risiko loji tenaga nuklear Arab Saudi itu menjadi sasaran kumpulan-kumpulan pengganas.

Satu lagi kebimbangan Tel Aviv berkait-rapat dengan kemungkinan reactor awam di loji nuklear itu ditukar untuk menjalankan operasi berkaitan ketenteraan.

Levite itu menuduh Arab Saudi bahawa negara itu bukan sahaja berminat dengan teknologi nuklear untuk penjanaan kuasa elektrik tetapi juga teknologi pengkayaan uranium (uranium enrichment) untuk tujuan ketenteraan.

Berdepan dengan pelbagai rintangan untuk mendapatkan teknologi loji nuklear,  Arab Saudi dilapor akan mempertimbangkan tawaran oleh China untuk membina loji janakuasa nuklear di negara Timur Tengah itu, dalam satu lagi bukti menunjukkan hubungan diplomatik yang semakin akrab di antara Riyadh dan Beijing.

Nuklear
Loji nuklear Emiriah Arab Bersatu

 

Agensi kerajaan, China National Nuclear Corp (CNNC) telah mengemukakan tawaran untuk membina sebuah loji janakuasa nuklear di wilayah timur Arab Saudi berhampiran dengan sempadan negara itu dengan Qatar dan Emiriah Arab Bersatu (UAE), menurut pegawai-pegawai Riyadh.

Agensi kerajaan, China National Nuclear Corp (CNNC) telah mengemukakan tawaran untuk membina sebuah loji janakuasa nuklear di wilayah timur Arab Saudi berhampiran dengan sempadan negara itu dengan Qatar dan Emiriah Arab Bersatu (UAE), menurut pegawai-pegawai Riyadh.

Arab Saudi bercadang membina 16 buah loji janakuasa nuklear di negara itu untuk tempoh 25 tahun pada kos US$80 bilion dalam usahanya untuk mengurangkan kebergantungannya kepada minyak dan gas, walaupun rizab minyak dan gas oleh negara Arab Saudi itu adalah kedua terbesar di dunia.

Selain itu Riyadh juga mahu bersaing dengan Iran yang telah memiliki berbelas-belas stesen janakuasa nuklear.  DSA

DOWNLOAD APPS DEFENCE  SECURITY ASIA

 

Sebarang pertanyaan tentang pengiklanan, boleh hubungi admin di/To advertise can contact admin at: haikalhamas73@gmail.com

 

 

Comments
Loading...