Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

Kesan Bahan Letupan Ditemui Di Paip Gas Nord Stream, Kuatkan Teori Sabotaj

Pihak Russia dan Amerika Syarikat serta sekutu saling melemparkan tuduhan terhadap satu sama lain, mendakwa "musuh-musuh" mereka bertanggungjawab terhadap insiden letupan yang merosakkan paip gas Nord Stream yang membekalkan gas Russia kepada Eropah.

0 1,697

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Dalam laporan yang dikeluarkan baru-baru ini, penyiasat daripada Sweden mengesahkan bahawa mereka telah menemui kesan-kesan bahan letupan di kawasan paip gas Nord Stream di Laut Baltic yang rosak dalam satu insiden pada akhir September lalu.

Laporan oleh pihak keselamatan Sweden itu secara tidak langsung mengesahkan bahawa paip Nord Stream yang penting untuk penyaluran gas daripada Russia kepada Eropah itu telah “disabotaj” oleh pihak-pihak yang tidak dikenalpasti sehingga kini.

Dalam satu kenyataan, pendakwa Sweden Mats Ljungqvist berkata pasukan penyiasat juga menemui “objek-objek asing” di kawasan paip gas yang rosak itu yang menunjukkan kehadiran bahan letupan selepas analisis dijalankan.

Sejurus selepas kejadian yang berlaku pada September lepas, pegawai-pegawai kanan Eropah telah menyalahkan Russia atas apa yang berlaku di paip gas Nord Stream, menuduh Moscow memulakan “perang tenaga” dengan Eropah bagi menjejaskan sokongan masyarakat antarabangsa terhadap Ukraine.

Laporan oleh pihak penyiasat Sweden itu hanya mengesahkan lagi laporan awal oleh pihak-pihak di Sweden dan Denmark pada Oktober lalu yang mendakwa bahawa letupan di kemudahan paip gas Nord Stream berpunca daripada bahan letupan berkuasa tinggu.

Nord Stream
Paip gas Nord Stream

 

Paip gas Nord Stream yang rosak akibat letupan pada September lepas itu terletak di kawasan Zon Ekonomi Eksklusif (ZEE) Denmark.

Pihak Russia telah menafikan ia bertanggungjawab terhadap kejadian letupan yang berlaku di Nord Stream itu, dengan jurucakapnya Dimitry Peskov berkata bahawa Moscow amat mengambil-berat terhadap kejadian yang berlaku itu.

Pada Oktober lepas, pihak Russia secara terang-terangan mendakwa bahawa kejadian letupan di Nord Stream itu telah dilakukan oleh pihak perisikan Britain.

Dakwaan Russia itu bagaimanapun dinafikan oleh Britain.

Nord Stream

Siasatan yang dijalankan sejurus selepas kejadian itu menunjukkan letupan itu telah memusnahkan sebahagian besar daripada paip gas Nord Stream itu dengan anggaran 50 meter daripada paip gas itu “hilang.”

Paip gas Nord Stream itu dibina oleh Russia dengan kerjasama rakan-rakan asingnya untuk menyalurkan gas ke beberapa bahagian Eropah.

Letupan terhadap paip gas Nord Stream itu berlaku ketika kerajaan-kerajaan Eropah sedang bergelut dengan krisis tenaga dengan musim sejuk bakal menjelma tidak lama lagi.

apps

JOM!!!!! TEKAN DI SINI UNTUK MUAT-TURUN APPS DEFENCE  SECURITY ASIA DI GOOGLE PLAY STORE

 

Krisis tenaga Eropah itu berpunca apabila Russia memotong bekalan gas ke benua itu apabila hubungan antara Moscow dengan kerajaan di benua itu tegang berikutan konflik bersenjata di Ukraine.

Russia membekalkan kira-kira 40 peratus daripada penggunaan gas di Kesatuan Eropah tetapi bekalan gas Russia pada tahun ini telah berkurangan sebanyak 75 peratus. – – DSA

Jom!!!! follow TwitterTelegramFacebook dan download Apps Defence Security Asia di Google Playstore

 

 

 

Comments
Loading...