Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

Pesawat JF-17 Myanmar “Terbengkalai”, Hadapi Masalah Teknikal Serius

Menurut laporan portal Myanmar “The Irrawaddy” yang memetik kenyataan daripada pegawai tentera udara negara itu dan penganalisis pertahananan mengatakan bahawa pesawat-pesawat JF-17 milik Tentera Udara Myanmar berhadapan dengan pelbagai masalah teknikal yang serius sehingga menyebabkan ia terbengkalai.

0 5,938

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Pada 2018, Myanmar bersetuju untuk memperolehi 16 buah pesawat pejuang JF-17 buatan China dan Pakistan, dengan negara Asia Tenggara itu dilaporkan mula menerima pesawat-pesawat itu pada 2018.

Pesawat itu dibangunkan secara bersama oleh Pakistan Aeronautical Complex dan Chengdu Aerospace Corporation daripada China dengan menggunakan enjin buatan Russia serta avionik dan airframe China.

Myanmar menjadi negara pertama di luar Pakistan memiliki pesawat pejuang JF-17, yang dianggarkan bernilai di antara US$15 juta hingga US$25 juta sebuah (RM60 juta hingga RM100 juta sebuah), jauh lebih murah berbanding pesawat pejuang generasi ke-empat yang lain di pasaran.

Bagaimanapun menurut laporan portal Myanmar “The Irrawaddy” yang memetik kenyataan daripada pegawai tentera udara negara itu dan penganalisis pertahananan mengatakan bahawa pesawat-pesawat JF-17 milik Tentera Udara Myanmar berhadapan dengan pelbagai masalah teknikal yang serius sehingga menyebabkan ia terbengkalai.

Pesawat-pesawat JF-17 yang berfungsi untuk melaksanakan misi-misi pemintasan, serangan darat dan pengeboman kini berhadapan dengan masalah teknikal yang amat serius sehingga menyebabkan Tentera Udara Myanmar menghentjkan khidmatnya sementara ia menyelesaikan masalah terbabit.

JF-17
Pesawat JF-17 Tentera Udara Pakistan

 

Bagaimanapun portal itu menyatakan bahawa Tentera Udara Myanmar tidak mempunyai kepakaran teknikal untuk menyelesaikan masalah itu.

Menurut juruterbang Tentera Udara Myanmar yang dipetik oleh portal terbabit, pesawat JF-17 berhadapan dengan masalah beberapa bahagian airframe pesawat itu mengalami keretakan apabila ia berhadapan dengan tekanan graviti yang kuat.

Selain itu, radar pesawat itu buatan China KLJ-7 A1 dikatakan mempunyai darjah ketepatan yang amat rendah selain kesukaran untuk mendapatkan bekalan alat ganti.

LCA
Pesawat JF-17 Tentera Udara Myanmar.

 

Memandangkan pesawat JF-17 itu menggunakan enjin buatan Russia, Klimov RD 93, maka ia juga berhadapan dengan masalah mendapatkan bekalan alat ganti berikutan sekatan ekonomi yang dikenakan terhadap Russia kerana menceroboh Ukraine.

Disebabkan masalah-masalah teknikal yang dihadapinya, Tentera Udara Myanmar dikatakan masih tidak dapat menggunakan pesawat JF-17 yang dibelinya itu walaupun sudah hampir empat tahun memilikinya.

Pada ketika ini, Tentera Udara Myanmar terpaksa bergantung dengan pesawat-pesawat kombat seperti Yak-130, MiG-29  dan K-8 buatan China untuk menangani masalah konflik dalam negeri yang  sedang dihadapinya pada ketika ini. — DSA

apps

JOM!!!!! TEKAN DI SINI UNTUK MUAT-TURUN APPS DEFENCE  SECURITY ASIA DI GOOGLE PLAY STORE

 

 

Comments
Loading...