Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

Netanyahu “Amat Bimbang”, “Ketakutan”, ICC Bakal Keluar Waran Tangkap Terhadapnya Minggu Ini

Media-media Israel menyatakan bahawa terdapat kemungkinan Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) akan mengeluarkan waran tangkap kepada Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu, Menteri Pertahanannnya Yoav Gallant dan Ketua Staf Angkatan Tentera Israel Jeneral Herzi Halevi pada minggu ini juga.

1,802

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu dilaporkan “amat bimbang” dan berada dalam keadaan ketakutan terhadap kemungkinan Mahkamah Jenayah Antarabangsa (International Criminal Court – ICC) mengeluarkan waran tangkapnya terhadapnya dan dua pemimpin Israel yang lain.

Media-media Israel menyatakan bahawa terdapat kemungkinan ICC akan mengeluarkan waran tangkap kepada Netanyahu, Menteri Pertahanannnya Yoav Gallant dan Ketua Staf Angkatan Tentera Israel Jeneral Herzi Halevi pada minggu ini juga.

Menurut akhbar Israel “Maariv”, disebabkan kerana bimbang akan ditangkap dan dibicarakan  di ICC maka Netanyahu telah membuat panggilan kepada beberapa pemimpin dunia termasuk Presiden Amerika Syarikat Jo Biden meminta “pertolongan” supaya mahkamah jenayah itu tidak mengeluarkan waran tangkap terhadapnya.

Sementara itu satu lagi media negara itu, Times of Israel dalam laporannya berkata, Amerika Syarikat berusaha keras menggunakan saluran diplomatik pada saat-saat akhir untuk mengelak ICC daripada mengeluarkan waran tangkap kepada Netanyahu dan juga dua pemimpin negara itu.

Sebuah portal berita Israel dikenali dengan nama “Walla” pula berkata bahawa Netanyahu berada di dalam keadaan “stress yang luar biasa” disebabkan kemungkinan beliau, Menteri Pertahanan dan Ketua Staff Angkatan Tenteranya dikenakan waran tangkap oleh ICC.

Gaza
Serangan udara tentera Israel di Semenanjung Gaza sehingga kini telah mengorbankan lebih35,000 penduduknya, kebanyakkan adalah wanita dan kana-kanak.

 

“Netanyahu mengetuai usaha tanpa henti menggunakan telefon untuk mengelakkan waran tangkap itu dikeluarkan oleh ICC, terutamanya (usaha tanpa henti) dengan pentadbiran Presiden Amerika Syarikat Jo Biden,” menurut pengalisis portal berita “Walla”, Ben Caspit sebagaimana dipetik oleh Times of Israel.

Jikalau waran tangkap itu benar-benar dikeluarkan terhadap Netanyahu dan dua pemimpin Israel yang lain, maka ia menjahanamkan lagi reputasi dan status Israel di mata, selain menyebabkan pemimpinnya merengkok dalam penjara untuk suatu tempoh yang lama sekiranya didapati bersalah.

Sementara itu penganalisis di sebuah lagi media “Haaretz”, Amos Harel pula menulis bahawa kerajaan Israel melakukan segala usaha kerana ia menjangkakan bahawa pendakwa ICC Karim Khan akan mengeluarkan waran tangkap kepada Netanyahu, Gallant dan Halevi pada minggu.

Sebagaimana Israel, Amerika Syarikat merupakan negara-negara yang tidak menandatangani Statut Rome berkenaan ICC dan sedang berusaha untuk menghalang usahanya mengeluarkan waran tangkap terhadap pemimpin Israel.

Pada Januari lalu, Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) memerintahkan Israel untuk mengambil tindakan mencegah pembunuhan beramai-ramai dalam konfliknya di Semenanjung Gaza, selain menggesa gencatan senjata segera.

ICJ dalam keputusan bagi kes yang difailkan oleh Afrika Selatan berkata Israel perlu memastikan anggota tenteranya tidak melakukan pembunuhan beramai-ramai dan mengambil langkah untuk memperbaiki situasi kemanusiaan bagi orang awam Palestin di wilayah itu.

Golani

Israel diheret ke Mahkamah Keadilan Antarabangsa selepas Afrika Selatan menuduh rejim Zionis itu mendalangi tindakan pembunuhan beramai-ramai di Gaza.

Dalam penghujahan setebal 84 muka surat kepada ICJ, Afrika Selatan menggesa hakim supaya memerintahkan Israel menggantung serta-merta operasi ketenteraannya di Gaza.

Ini kerana, Afrika Selatan mendakwa Israel terbabit dalam jenayah pembunuhan beramai-ramai terhadap rakyat Palestin.

Afrika Selatan memulakan prosiding di ICJ pada Disember tahun lepas, memohon ‘mahkamah dunia’ itu menyiasat jenayah pembunuhan beramai-ramai didakwa dilakukan rejim Zionis di Gaza, termasuk memutuskan segera bahawa Israel melanggar Konvensyen Genosid 1948. — DSA

Comments are closed.