Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

Nelayan China Temui Alatan Perisikan Dasar Laut Buatan Amerika Syarikat Di Perairannya

Alatan “Wave Glider” yang dikenalpasti diperbuat oleh syarikat Boeing itu ditemui Jiangshu Province yang terletak berhampiran dengan Laut Kuning (Yellow Sea) dan Laut China Timur (East China Sea).

0 2,437

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Beberapa hari lepas, nelayan China di Yangcheng, Jiangshu Province telah menemui satu alat canggih dinamakan “Wave Glider” yang boleh digunakan untuk perisikan tentera dan tugas-tugas saintifik awam terutamanya berkenaan dasar laut.

Alatan “Wave Glider” yang dikenalpasti diperbuat oleh syarikat Boeing itu ditemui Jiangshu Province yang terletak berhampiran dengan Laut Kuning (Yellow Sea) dan Laut China Timur (East China Sea).

Penemuan oleh nelayan China ini telah dilaporkan oleh stesen televisyen China, CCTV dan ia berlaku selepas nelayan Indonesia menemui “Underwater Unmanned Vehicle” (UUV) buatan China dipanggil “Sea Wing Glider” di perairan negara itu beberapa bulan lepas.

Insiden penemuan UUV buatan China oleh nelayan Indonesia telah dilaporkan beberapa kali sejak beberapa tahun kebelakangan ini, menimbulkan spekulasi bahawa Beijing sedang melakukan kerja-kerja pemetaan dasar laut di perairan Indonesia.

Pemerhati mendakwa tujuan pemetaan dasar-dasar laut secara haram oleh pihak China adalah untuk mencari laluan yang boleh digunakan oleh kapal-kapal selamnya.

Dan penemuan “Wave Glider” buatan Amerika Syarikat di perairan China beberapa hari lepas itu menunjukkan Beijing juga sedang berhadapan dengan usaha-usaha perisikan dasar laut oleh negara asing di dalam perairannya.

Wave Glider
“Wave Glider” yang ditemui oleh nelayan China. (sumber gambar Ace of Razgriz)

 

Malah kejadian penemuan alatan canggih seumpama itu bukanlah yang pertama kali di China, nelayan-nelayan itu telah beberapa kali menemui alatan terbabit tersangkut di dalam jaring-jaring bersama tangkapan mereka.

Pihak berkuasa China memberikan ganjaran kepada mana-mana nelayannya yang menemui alatan sensitif dan canggih itu.

Ok berbalik kepada penemuan terbaru “Wave Glider” oleh nelayan China itu, alatan itu menurut pakar dasar laut “Covert Shores” diperbuat oleh syarikat Liquid Robotics yang berpengkalan di Sunnyvale, di California dan Hawaii.

Liquid Robotics ini adalah sebahagian daripada syarikat Boeing, salah satu kontraktor pertahanan paling utama Amerika Syarikat.

Sama ada “Wave Glider” yang ditemui oleh nelayan China itu adalah untuk tujuan ketenteraan, ia memerlukan kajian lebih lanjut.

Bagaimanapun, penemuannya itu boleh diibaratkan sebagai “hadiah” kepada pihak tentera atau awam China yang boleh melakukan kajian lebih lanjut tentang teknologi canggih dibelakangnya dan menirunya.

Bagaimana “Wave Glider”ini beroperasi, tergantung kira-kira lapan meter di bawah “Wave Glider” ini adalah peralatan-peralatan sensor khusus yang digunakan untuk mencerap pelbagai maklumat perisikan dan saintifik dasar laut.

“Wave Glider” ini akan belayar di pre-determined routes membawa bersama-sama sensor khususnya untuk mencerap pelbagai maklumat.

Sila join group/channel Telegram Defence Security Asia di https://t.me/DefSecAsia atau channel di https://t.me/DefSecAsia1

— DEFENCE SECURITY ASIA

Comments
Loading...