Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

Unit Khas Penyelam Tentera Laut S’pura, NDU Mula Operasi Bot Kombat Baru

Bot kombat Combatant Craft Large (CCL) Tentera Laut Republik Singapura itu akan digunakan oleh unit khas penyelam tentera lautnya, Naval Diving Unit (NDU) yang bertanggungjawab melaksanakan misi-misi seperti memusnah bahan letupan bawah permukaan air, anti-terrorisme dan pelbagai misi khas yang lain. Salah satu unit NDU, Special Boat Group akan mengoperasi bot kombat CCL tersebut.

3,382

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Tentera Laut Republik Singapura (RSN) dilaporkan telah mula mengoperasikan bot kombat yang baru dikenali dengan nama “Combatant Craft Large” (CCL), kira-kira dua tahun selepas ia diperkenalkan oleh kementerian Pertahanan negara itu.

Kementerian Pertahanan Singapura telah memaklumkan kepada laman web pertahanan antarabangsa, Janes bahawa bot kombat CCL itu telah memulakan operasinya.

Bot kombat CCL milik RSN itu akan digunakan oleh unit khas penyelam tentera lautnya, Naval Diving Unit (NDU) yang bertanggungjawab melaksanakan misi-misi seperti memusnah bahan letupan bawah permukaan air, anti-terrorisme dan pelbagai misi khas yang lain.

NDU Singapura

Unit khas, Special Boat Group berada di bawah naungan NDU, Tentera Laut Singapura akan mengoperasi bot kombat CCL tersebut.

Pada 2021, unit khas penyelam Tentera Laut Singapura itu telah menyambut ulangtahunnya yang ke-50.

Dengan keseluruhan panjang bot kombat itu mencecah 26 meter, CCL memberikan kemampuan kepada anggota unit khas NDU untuk melaksanakan lebih banyak misi dan operasi keselamatan maritim (MARSEC – Maritime Security).

Bot kombat CCL itu telah direkabentuk dan dibina dalam negara, dengan kerjasama Defence Science & Technology Agency (DSTA).

Antara ciri-ciri bot kombat CCL itu adalah ia lincah dan memiliki kemampuan di atas air yang baik.

NDU Singapura
Anggota Naval Diving Unit (NDU),Tentera Laut Singapura.

 

Selain direkabentuk bagi memastikan ia lincah, ia juga memiliki kelajuan yang tinggi iaitu melebihi 35 knot boleh membolehkan bot itu dan anggota unit khasnya tiba di lokasi  sasaran dengan cepat, selain boleh beroperasi di kawasan perairan yang sibuk.

Enjinnya bot kombat CCL Tentera Laut Singapura itu terdiri daripada — 2 x MTU Engines dan 2 x Rolls Royce Kamewa Waterjets.

Bot kombat CCL yang digunakan oleh anggota NDU itu juga dilengkapi dengan sistem sensor dan komunikasi  yang moden.

Ia dilengkapi dengan sistem penderia elektro-optik (3rd Generation EO dengan Eye-safe laser) yang terkini bagi membolehkan ia beroperasi pada waktu siang dan malam.

NDU Singapura

Selain itu ia juga dilengkapi dengan sistem komunikasi komprehensif bagi membolehkan pertukaran maklumat tanpa halangan dan koordinasi dengan kapal-kapal Tentera Laut Singapura yang lain  serta pangkalan lautnya.

Untuk sistem navigasinya, ia memiliki — Radio Detection and Ranging (Radar), Electronic Chart Display and Information System (ECDIS), Maritime Automatic Identification System (MAIS) dan Gyro Compass.

Mengenai radius operasi bot kombat CCL itu pula, ia boleh beroperasi melebihi 400 Batu Nautika,manakala bagi sistem persenjataannya pula, ia dilengkapi dengan mesingan 12.7mm OTO Melara Remote Weapon System. — DSA

apps

DOWNLOAD APPS DEFENCE  SECURITY ASIA

 

Sebarang pertanyaan tentang pengiklanan, boleh hubungi admin di/To advertise can contact admin at: [email protected]

 

 

Comments are closed.