Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

Malaysia Rancang Life Extension Program (LEP) Terhadap Kereta Kebal “Pendekar” PT-90M

Penerimaan kereta kebal Pendekar PT-90M oleh Tentera Darat Malaysia telah dilaksanakan secara berfasa mulai tahun 2007 hingga 2011 dan aset ini diletakkan di bawah pengoperasian Rejimen Ke-11 Kor Armor Diraja yang berpengkalan di Kem Syed Sirajuddin, Gemas.

0 3,993

(DEFENCE SECURITY ASIA) — Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin di dalam jawapan lisannya bertarikh pada 25 Mac lepas menyatakan bahawa Kementerian Pertahanan merancang untuk melaksanakan Life Extension Program (LEP) terhadap kereta kebal utama “Pendekar” PT-90M milik Tentera Darat Malaysia.

Menjawap soalan Datuk Seri Ikmal Hisham Abdul Aziz (PN-Tanah Merah), beliau berkata,program LEP itu akan  dijangka akan didaftarkan dalam Rancangan Malaysia ke-12 (RMK-12) atau RMK-13.

“Selain itu, pihak Tentera Darat Malaysia juga sedang merancang untuk melaksanakan Life Extension Programme (LEP) ke atas Kereta Kebal PENDEKAR dan dijangka akan didaftarkan dalam RMK-12 atau RMK-13,” kata beliau.

Ikmal Hisham yang juga merupakan bekas Timbalan Menteri Pertahanan mahu mengetahui  perancangan Tentera Darat Malaysia berkenaan pelan masa hadapan aset kereta kebal “Pendekar” PT-90M mengambil kira syarikat Original Equipment Manufacturer (OEM) iaitu Bumar Laberdy daripada Poland sudah menghentikan pengeluaran alat ganti kereta kebal jenis itu.

Beliau juga mahu mengetahui perancangan masa depan kereta kebal Pendekar PT-90M berikutan prestasi buruk kereta kebal dari model yang sama pada Perang Rusia – Ukraine.

Mohamed Khaled berkata, kereta  kebal Pendekat PT-90M merupakan aset bersifat ofensif berdaya musnah yang penting untuk pertahanan negara dan juga merupakan elemen deterrence pertahanan daratan.

PT-91
Latihan fording snorkelling kereta kebal Pendekar PT-91. (Gambar Daripada Berita Tentera Darat Malaysia)

 

Penerimaan kereta kebal Pendekar PT-90M oleh Tentera Darat Malaysia telah dilaksanakan secara berfasa mulai tahun 2007 hingga 2011 dan aset ini diletakkan di bawah pengoperasian Rejimen Ke-11 Kor Armor Diraja yang berpengkalan di Kem Syed Sirajuddin, Gemas.

“Bagi menentukan kereta kebal Pendekar PT-90M dapat diaturgerakkan untuk penugasan operasi dan latihan, kerajaan Malaysia telah mewujudkan Kontrak Perkhidmatan Senggaraan dan Pembekalan Alat,” katanya.

Beliau juga berkata bahawa dua ganti kereta kebal Pendekar PT-90M dilaksanakan menggunakan kepakaran tempatan bagi mengurangkan kebergantungan kepada Original Equipment Manufacture (OEM) dan juga masalah ‘no more production’ pada sesetengah komponen utama pada kereta kebal tersebut.

Kontrak senggaraan dan pembekalan alat ganti ini akan tamat pada September 2024 dan akan dilanjutkan sehingga September 2025.

Sebagai inisiatif lain, satu kajian bersama melibatkan pengguna, pasukan teknikal dan pemegang Kontrak Perkhidmatan Senggaraan dan Pembekalan Alat Ganti sedang dilaksanakanm kata Mohamed Khaled Nordin.

Pendekar PT-90

Pendekar

Pelaksanaan kajian ini dibuat ke atas 2 buah Main Battle Tank (MBT) bagi mengenalpasti permasalahan kritikal melibatkan Transmisi RENK, Komponen Elektronik Gunner Laser Range Finder (GLRF) dan Sistem Sokongan Kawalan Tembakan (Fire Control System), kata Mohamed Khaled.

Kajian telah dilaksanakan mulai Jun 2023 dan dijangka siap sepenuhnya pada Mac 2024.

Dengan adanya kajian ini, isu melibatkan permasalahan OEM kepada aset yang berstatus Obsolete dan tiada pengeluaran bakal diatasi dengan kewajaran kajian yang sedang dilaksanakan di peringkat Tentera Darat.  — DSA

Iklan

Comments
Loading...