Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

Kapal Selam Berkuasa Nuklear Russia Turut Guna “Cope Cage” Halang Serangan Dron?

Baru-baru ini telah tersebar gambar menunjukkkan sebuah kapal selam berkuasa nuklear Russia turut dilengkapi dengan “cope cage”, binaan besi yang selalunya digunakan oleh kenderaan armor untuk menghalang serangan dron terhadap bahagian atas kenderaan itu.

0 2,111

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Baru-baru ini telah tersebar gambar menunjukkkan sebuah kapal selam berkuasa nuklear Russia turut dilengkapi dengan “cope cage”, binaan besi yang selalunya digunakan oleh kenderaan armor untuk menghalang serangan dron terhadap bahagian atas kenderaan itu.

Namun apa yang “memeranjatkan” adalah cope cage itu turut digunakan oleh kapal selam, menunjukkan kebimbangan akan serangan dron itu tidak hanya terbatas pada krew kenderaan armor tetapi dikongsi juga oleh krew kapal selam Russia.

Gambar hasil screen grab rakan video yang stesen televisyen Russia yang tersebar itu menunjukkan cope cage itu dipasang di bahagian tower kapal selam terbabit.

Krew kapal selam berkuasa nuklear “Tula” daripada kelas-Delta IV itu mungkin mereka bimbang akan menjadi mangsa serangan dron ketika mereka sedang berlabuh di mana-mana pangkalan terutamanya di Crimea di Laut Hitam.

Bagaimanapun kapal selam kelas-Delta IV itu berpangkalan di Gadzhiyevo yang terletak di wilayah Murmansk dan merupakan sebahagian daripada Armada Utara Tentera Laut Russia.

Ia terletak lebih daripada 1,000km daripada barisan hadapan konflik di Ukraine dan berkemungkinan adalah terlalu jauh daripada kemampuan serangan dron-dron berani mati pihak Kiev.

Cope Cage

Atau binaan besi cope cage itu merupakan persediaan sebelum kapal selam berkuasa nuklear “Tula” daripada kelas-Delta IV itu dikerah untuk bertugas di Laut Hitam.

Kapal selam “Tula” daripada kelas-Delta IV itu memiliki berat keseluruhan 15,500 tan dan dilengkapi dengan 16 buah peluru berpandu ballistik R-29RMU Sineva.

Terdapat juga pandangan bahawa binaan besi yang diletakkan di bahagian tower kapal selam berkuasa nuklear Russia itu bukan cope cage untuk menghalang serangan dron tetapi lebih kepada binaan untuk menghalang pancaran mata hari ketika ia berlabuh.

Walau apapun, ia akan imej pertama menunjukkan cope cage digunakan oleh platform-platform tentera laut, sekaligus menunjukkan serangan dron-dron berani atau dron FPV (First Person View) semakin menjadi ancaman kepada kesemua aset dan platform tentera.Cope Cage

Cope Cage

Sekali kebelakangan ini, Ukraine telah meningkatkan serangan dron-dron berani matinya terhadap infrastruktur ketenteraan dan awam milik Russia termasuk loji-loji penapis minyak yang berada jauh di dalam wilayah negara itu.

Serangan dron Ukraine terhadap pangkalan laut utama Russia di Laut Hitam semakin menjadi-jadi menyebabkan kemusnahan terhadap aset-aset tentera laut Russia termasuk kapal-kapal perangnya.

Ia menunjukkan jangkauan dron-dron berani mati Ukraine itu semakin bertambah dan berkemungkinan ia membimbangkan pegawai-pegawai kanan tentera Russia terhadap keselamatan aset-aset mereka walaupun berada ribuan kilometer daripada barisan hadapan. — DSA

Iklan

Comments
Loading...