BHIC Dapat Kontrak Meriam Bofors 57MM/L70 Bernilai RM15.7 Juta
BHIC mengatakan syarikat BHIC Bofors Asia Sdn Bhd (BBA) telah menerima surat penganugerahan kontrak daripada Kementerian Pertahanan bertarikh 1 Sept untuk bekalan dan penyerahan alat ganti, penyelenggaraan dan latihan untuk meriam Bofors 57MM/L70.
(DEFENCE SECURITY ASIA) – – Kementerian Pertahanan telah menganugerahkan kontrak bernilai RM15. 7 juta kepada anak syarikat Boustead Heavy Industries Corporation Bhd (BHIC) bagi membekal dan menyerahkan meriam Bofors kepada Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM).
Dalam satu pengumuman kepada Bursa Malaysia, BHIC mengatakan bahawa syarikat BHIC Bofors Asia Sdn Bhd (BBA) telah menerima surat penganugerahan kontrak daripada Kementerian Pertahanan bertarikh 1 Sept.
Kontrak adalah untuk bekalan dan penyerahan alat ganti, penyelenggaraan dan latihan untuk meriam Bofors 57MM/L70.
Kontrak itu bernilai RM15. 723 juta, tidak termasuk cukai perkhidmatan dan barangan dan ia adalah untuk tempoh tiga tahun sejak tarikh BBA menerima kontrak itu.
“Satu kontrak formal di antara Kementerian Pertahanan dan BBA akan ditandatangani pada suatu tarikh kelak,” menurut pengumuman itu.
Ia menambah bahawa kontrak itu dijangka akan menyumbang secara positif terhadap pendapatan masa depan BHIC.
BBA adalah syarikat usahasama di antara BHIC Defence Technologies Sdn Bhd (BHICDT) yang merupakan anak syarikat kepada Boustead Penang Shipyard Sdn Bhd, yang dimiliki oleh BHIC dan BAE Systems Bofors Holdings Sdn Bhd (BAESB).
BHICDT memiliki 51 peratus kepentingan di dalam BBA manakala kepentingan selebihnya dimiliki oleh BAESB.
TLDM menggunakan varian meriam Bofors 57MM/L70 yang terkini iaitu MKIII menggunakan stealth cupola untuk kapal-kapal Littoral Combat Ship (LCS) yang sedang dibinanya pada ketika ini.
Antara spesifikasi meriam Bofors 57MM/L70 MKIII adalah ia berkemampuan untuk melepaskan empat pusingan tembakan di dalam tempoh satu saat.
Comments are closed.