Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

Russia Ancam Bedil Bangunan Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC)

"Setiap manusia perlu menjawap kepada Tuhan dan peluru berpandu. Adalah mungkin untuk membayangkan bagaimana peluru berpandu Oniks dilancarkan daripada kapal perang Russia di Laut Utara (North Sea) membedil bangunan Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) di The Hague," kata Dmitry Medvedev.

0 5,633

(DEFENCE SECURITY ASIA) – – Bekas Presiden dan Perdana Menteri Russia Dmitry Medvedev mengancam untuk melancarkan serangan peluru berpandu hypersonik terhadap Mahkamah Jenayah Antarabangsa di The Hague, kerana mengeluarkan waran tangkap terhadap Presiden Russia Vladimir Putin.

“Setiap manusia perlu menjawap kepada Tuhan dan peluru berpandu. Adalah mungkin untuk membayangkan bagaimana peluru berpandu Oniks dilancarkan daripada kapal perang Russia di Laut Utara (North Sea) dan membedil bangunan Mahkamah Jenayah Antarabangsa di The Hague. Ia tidak boleh ditembak jatuh, “kata beliau di dalam akaun Telegramnya dan dipetik oleh agensi berita Tass.

Medvedev merupakan penyokong setia kepada Putin dan pernah menjawat jawatan sebagai Presiden Russia daripada tahun 2008 hingga 2012.

ICC
Dmitry Medvedev

 

Beliau kini adalah Timbalan Pengerusi Majlis Keselamatan Persekutuan Russia

Menurut beliau lagi, mahkamah itu adalah badan antarabangsa yang teruk dan tidak tertakluk kepada mana-mana negara anggota NATO dan sebab itulah sebarang serangan terhadapnya tidak akan mencetuskan peperangan.

“Sebab itulah mereka (ICC) dalam ketakutan. Tidak akan ada pihak yang merasa kasihan terhadap mereka. Oleh para hakim-hakim di ICC, sila lihat dengan teliti di langit,” kata Medvedev.

Beliau juga menyifatkan pengeluaran waran tangkap terhadap Putin oleh ICC sebagai” keruntuhan terakhir sistem undang-undang antarabangsa. “

ICC
Mahkamah Jenayah Antarabangsa di The Hague

 

ICC mengeluarkan waran tangkap kepada Putin Jumaat lepas atas pertuduhan jenayah perang membabitkan tindakan membawa keluar kanak-kanak Ukraine secara tidak sah.

ICC yang berpangkalan di The Hague, turut mengeluarkan waran tangkap ke atas Pesuruhjaya Presiden untuk Hak Asasi Kanak-Kanak di Russia, Maria Lvova-Belova, atas pertuduhan sama.

Pendakwa Raya ICC, Karim Khan memberitahu AFP, perkembangan terbaharu itu menyaksikan Putin kini boleh ditahan sekiranya beliau menjejakkan kaki di mana-mana negara anggota ICC.

Beliau berkata, waran tangkap itu dikeluar ‘berdasarkan bukti forensik, penelitian dan apa yang pernah dinyatakan oleh dua individu terbabit.’

Bukti yang kami kemukakan memfokus kepada jenayah terhadap kanak-kanak. Kanak-kanak adalah golongan paling rentan dalam masyarakat,” katanya.

Oniks
P-800 Oniks

 

Menurut ICC, hakim mendapati ada ‘alasan munasabah’ untuk mengesyaki Putin bertanggungjawab atas jenayah, sekali gus membenarkan permohonan waran tangkap yang dibuat oleh Khan pada 22 Februari lalu.

Presiden ICC, Piotr Hofmanski, berkata pelaksanaan waran terbabit ‘adalah bergantung pada kerjasama antarabangsa.’

Namun, Moscow menolak perintah itu sebagai ‘tidak sah atau terbatal’. – – DSA

Apps

DOWNLOAD APPS DEFENCE  SECURITY ASIA

 

Sebarang pertanyaan tentang pengiklanan, boleh hubungi admin di/To advertise can contact admin at: haikalhamas73@gmail.com

 

Comments
Loading...