Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

Amerika Syarikat Kerah Lebih Banyak Kapal “Littoral Combat Ship” (LCS) Ke Indo-Pasifik

Pada ketika ini, tentera laut negara itu mengerahkan dua buah kapal LCS di Indo-Pacific iaitu USS Tulsa (LCS-16) dan USS Charleston (LCS-18) tetapi bilangan itu akan bertambah pada akhir tahun ini dan tahun depan.

0 2,045

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Tentera Laut Amerika Syarikat akan mengerah lebih banyak kapal-kapal Littoral Combat Ship (LCS) kelas-Independence ke rantau Indo-Pacific untuk menangani sikap agresif kapal-kapal perang China.

Pada ketika ini, tentera laut negara itu mengerahkan dua buah kapal LCS di Indo-Pacific iaitu USS Tulsa (LCS-16) dan USS Charleston (LCS-18) tetapi bilangan itu akan bertambah pada akhir tahun ini dan tahun depan.

Pada akhir tahun ini menurut Komander 7th Fleet yang berpengkalan di Jepun Vice Admiral Bill Merz akan terdapat empat buah kapal LCS manakala pada akhir tahun depan bilangannya akan bertambah kepada lapan buah.

“Apabila anda meletakkan kapal-kapal itu di kawasan operasinya, ia menunjukkan prestasi yang amat baik. Ia adalah lebih baik daripada kapal destroyer. Ia juga (kehadiran LCS) juga membebaskan kapal-kapal destroyer untuk melaksanakan tugas-tugas destroyer,” kata beliau sebagaimana dipetik oleh USNI News.

Perairan di rantau Indo-Pasifik adalah domain kepada kapal-kapal destroyer “Arleigh Burke”, yang sering kita lihat beroperasi sama ada secara bersendirian atau sebagai pengiring kepada kapal-kapal pengangkut pesawat Amerika Syarikat.

LCS

Menurut beliau, kapal-kapal yang berpengkalan di Singapura akan terlibat dengan lebih banyak operasi membabit tentera Marines dan konsep “Expeditionary Advanced Base Operations.”

Apa pakej persenjataan bagi kapal-kapal LCS ini?

Beliau memberi contoh kapal LCS USS Gabrielle Giffords yang dilengkapi dengan persenjataan meriam 30mm dan 57mm serta lapan butir peluru berpandu anti-kapal “Naval Strike Missile” (NSM).

Menurut Merz lagi, USS Gabrielle Giffords sememang amat sesuai beroperasi di Indo Pasifik terutamanya di Laut China Selatan.

LCS

“USS Gabriell Giffords seolah-olah memiliki bahagian selatan Laut China Selatan ketika operasi kapal pengangkut pesawat USS Theodore Roosevel terpaksa digantung kerana kes COVID-19.  Ia berjaya menganggu beberapa operasi tentera laut China, prestasi USS Gabrielle Giffords adalah amat menakjubkan,” kata komander itu.

Menurut pegawai-pegawai tentera Amerika Syarikat, tentera China memberi perhatian yang berat terhadap operasi kapal-kapal LCS yang bukan sahaja mempunyai kelajuan tetapi juga sistem persenjataannya.

DEFENCE SECURITY ASIA

Comments
Loading...