Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

25 Pesawat Tentera China Ceroboh ADIZ Taiwan, Pencerobohan Tertinggi Setakat Ini

Di antara pesawat-pesawat terlibat dalam pencerobohan itu termasuk beberapa buah pesawat pengebom yang berkemampuan membawa senjata nuklear.

0 1,939

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Sebanyak 25 buah pesawat tentera China menceroboh Air Defence Identification Zone (ADIZ) Taiwan hari ini, pencerobohan terbanyak pesawat-pesawat tentera China terhadap zon pertahanan udara pulau itu setakat ini.

Di antara pesawat-pesawat terlibat dalam pencerobohan itu termasuk beberapa buah pesawat pengebom yang berkemampuan membawa senjata nuklear.

Taiwan
Lokasi pencerobohan 25 pesawat tentera China di ADIZ Taiwan.

 

Menurut Kementerian Pertahanan Taiwan, pesawat-pesawat tentera China yang dikesan menceroboh ADIZ pulau itu adalah Y8 anti-submarine warfare (2), KJ-500 amaran awal (1), J-16 (14), J-10 (4) dan pesawat pengebom H-6K (4).

Taiwan mengerah pesawat-pesawat pejuangnya untuk “shadow” pencerobohan oleh pesawat China itu manakala sistem pertahanan udaranya turut melakukan pemantauan.

Menurut peta yang dikeluarkan oleh Kementerian Pertahanan Taiwan,  penerbangan pesawat-pesawat tentera China itu berlaku berhampiran Pulau Pratas yang dimiliki oleh Taiwan di Laut China Selatan.

Pulau Pratas

Terdapat kebimbangan dikalangan pemimpin Taiwan bahawa China sedang bersiap sedia untuk melancarkan operasi tentera untuk menakluk Pulau Pratas.

Bagi meningkatkan persediannya untuk menangani sebarang kemungkinan, tentera Taiwan akan melakukan latihan di Pulau Pratas minggu depan menggunakan peluru-peluru hidup.

Minggu lepas, pemimpin Taiwan memberi amaran akan menembak jatuh mana-mana dron tentera China yang sejak kebelakangan ini beroperasi begitu hampir dengan Pulau Pratas.

Taiwan
Antara pesawat-pesawat tentera China yang menceroboh ADIZ Taiwan.

 

Pencerobohan 25 buah pesawat tentera China terhadap ADIZ Taiwan hari ini berlaku di kala ketegangan di Laut China Selatan semakin meningkat berikutan pelayaran/latihan kapal pengangkut pesawat China,”Liaoning” dan empat buah kapal pengiringnya di perairan itu.

“Liaoning”dan kapal-kapal pengiringnya termasuk kapal destroyer termodennya dikesan mengadakan latihan di perairan berhampiran Taiwan.

Tidak cukup dengan itu, kapal pengangkut pesawat Amerika Syarikat USS Theodore Roosevelt dan Makin Island Amphibious Ready Group juga berada di Laut China Selatan.

— DEFENCE SECURITY ASIA

Comments
Loading...