Ancaman Dron Meningkat: Mengapa ATM Perlu Mempertimbangkan MANPADS QW-19 untuk Pertahanan Udara Barisan Hadapan

Ancaman dron berani mati, helikopter penyerang dan pesawat CAS yang semakin meningkat di Ukraine dan Timur Tengah membuka mata Malaysia terhadap keperluan sistem MANPADS moden seperti QW-19 bagi memperkukuhkan pertahanan udara altitud rendah ATM.

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Konflik yang berlaku di Ukraine dan Timur Tengah pada ketika ini telah menunjukkan betapa ancaman daripada dron berani mati,dron ISR (Intelligence, Surveillance and Reconnaisance), helikopter penyerang dan pesawat Close Air Support (CAS) semakin membimbangkan.

Sistem-sistem terbabit yang secara relatifnya adalah berkos rendah, bukan sahaja memberikan ancaman yang tinggi kepada aset dan anggota tentera yang bertugas di daratan, tetapi ia semakin mendominasi keadaan semasa di medan peperangan, kerap kali menjadi faktor penentu dalam hala tuju konflik yang sedang berlangsung.

QW-19
QW-19 MANPADS

 Meskipun beroperasi pada kelajuan yang rendah  sistem-sistem ini ini memiliki keupayaan untuk menembusi lapisan sistem pertahanan tradisional dan menjejaskan sasaran strategik yang bernilai tinggi, sekali gus memberikan impak yang mendalam terhadap keseluruhan operasi.

Sistem pertahanan udara konvensional, yang dibangunkan untuk menangani ancaman daripada sistem-sistem terbabit kini didapati kurang berkesan dalam menangani ancaman baharu yang dihadapi oleh anggota di darat.

Perkembangan yang berlaku di Ukraine, Timur Tengah dan rantau lain mengukuhkan lagi keperluan mendesak terhadap penyelesaian pertahanan udara yang mudah alih, kos efektif serta serba boleh.

Bagi angkatan tentera moden, Man Portable Air Defence System (MANPADS) yang berkemampuan tinggi merupakan elemen kritikal dalam menjamin kesinambungan operasi di medan tempur, khususnya ketika berdepan ancaman udara berprofil rendah seperti dron berani mati, helikopter penyerang dan pesawat CAS.

MANPADS yang berkemampuan tinggi sepatutnya menjadi suatu kemestian untuk menjamin kelangsungan operasi, kerana ia bakal menjadi faktor kritikal menjadi penentu kemenangan di medan peperangan.

Ia adalah aset yang perlu dimiliki oleh setiap angkatan tentera yang moden dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) tidak terkecuali dalam keperluan memiliki MANPADS yang moden dan berkemampuan tinggi.

Dalam konteks ini, sistem MANPADS Generasi 3.5,  QW-19 keluaran syarikat CASIC, or China Aerospace Science and Industry Corporation,bukan sahaja menawarkan kelebihan teknikal yang signifikan, tetapi turut memperkukuh konsep ‘tactical overmatch’ dengan keupayaan mengesan serta memintas sasaran yang cuba mengelak daripada dikesan menerusi aplikasi taktik tertentu.

Sebagai sebahagian daripada keluarga Qianwei (Vanguard), QW-19 mencerminkan aspirasi China bukan sahaja untuk memperkukuhkan doktrin pertahanan udara berlapis Tentera Pembebasan Rakyat (PLA), tetapi juga untuk memperluaskan penguasaan dalam pasaran pertahanan global menerusi sistem yang direka khusus bagi memenuhi keperluan medan tempur moden.

QW-19 diperkenalkan pada awal dekad 2010-an dan kemunculannya menandakan lonjakan ketara dari segi kecanggihan.

Berbeza dengan MANPADS terdahulu, QW-19 direka khusus untuk menangani ancaman udara asimetri masa kini termasuk dron yang beroperasi pada altitud amat rendah, smart munitions serta helikopter yang terbang rendah mengikuti bentuk muka bumi.

QW-19
QW-19

Kemunculan QW-19 berlaku seiring dengan pengiktirafan global bahawa sistem pertahanan udara tradisional—seperti bateri peluru berpandu darat-ke-udara berpandukan radar berskala besar—adalah terlalu mahal dan terlalu perlahan untuk menangkis taktik tepu (saturation tactics) yang digunakan oleh dron-dron berani mati serta gerombolan UAV (drone swarms) bersaiz kecil.

Dilengkapi dengan sistem penderia inframerah terkini dan keupayaan “all-aspect engagement”, QW-19 memberikan perlindungan fleksibel sama ada dalam operasi konvensional mahupun senario asimetri, di mana ancaman dron-dron kecil dan sukar dikesan semakin mendominasi ruang udara di kawasan konflik.

Integrasi teknologi bateri baharu serta sistem elektronik berdaya tahan peperangan elektronik (EW-Resistant) turut menjadikan QW-19 lebih berkesan berbanding MANPADS generasi terdahulu.

Kesimpulannya, pengoperasian QW-19 akan memberikan Rejimen Artileri Diraja bukan sahaja kelebihan taktikal, tetapi juga dimensi baharu dalam mempertahankan pasukan tempur daratan daripada ancaman udara altitud rendah dan sederhana yang semakin kompleks.

Perolehan QW-19 juga memberi isyarat politik yang jelas mengenai hubungan strategik Kuala Lumpur–Beijing, di samping menunjukkan kesediaan Malaysia menilai sistem-sistem pertahanan alternatif daripada pelbagai pihak.

Spesifikasi Teknikal

QW-19 menampilkan keseimbangan antara kebolehgunaan mudah alih, tahap kemusnahan serta ketahanan terhadap kaedah gangguan (countermeasures) moden.

  • Berat: 16.5 kilogram (termasuk sistem, peluru berpandu dan tiub pelancar), sebanding dengan FIM-92 Stinger keluaran Amerika Syarikat.
  • Dimensi: Panjang peluru berpandu 1.526 meter; panjang tiub pelancar 1.576 meter; diameter 71 milimeter.
  • Jarak Effektif: 0.5 – 6.0 km, berkesan untuk menangkis ancaman jarak dekat hingga sederhana.
  • Ketinggian Maksimum: sehingga 4.5 km, membolehkan pemintasan ke atas dron yang terbang rendah hampir paras pokok serta helikopter dan pesawat sokongan rapat (CAS).
  • Kepala Peledak: High-Fragmentation dengan proximity fuse berkemampuan menewaskan sasaran tanpa perlu terkena secara langsung
  • Sistem Penjejak: Seeker inframerah dwi-jalur dengan sokongan ultraviolet, direka dengan keupayaan rintangan tinggi terhadap flare decoy dan gangguan ECM, menjamin kestabilan kuncian sasaran
  • Fius: Gabungan fius hentakan dan fius jarak laser, berkesan menentang platform kecil serta lincah.
  • Kelajuan: 600–660 meter sesaat (Mach 2).
  • Masa Tindak Balas: 10 saat dari keadaan “cold start” sehingga pelancaran, membolehkan reaksi pantas terhadap ancaman.

Keupayaan pencari dwi-jalur serta fius komposit merupakan kelebihan utama QW-19, membolehkannya menangkis flare, menjejak UAV kecil serta menyerang sasaran dari pelbagai sudut sama ada hadapan, sisi atau belakang.

Implikasi Terhadap Malaysia

Pengoperasian QW-19 akan memberi beberapa impak strategik kepada kesiapsiagaan Angkatan Tentera Malaysia (ATM):

  • Dominasi Counter-UAV – Malaysia akan memiliki keupayaan pertahanan anti-dron yang selari dengan keperluan operasi semasa, sekali gus menutup jurang kritikal terhadap ancaman UAV kamikaze dan ISR yang semakin berleluasa di rantau ini.
  • Perlindungan Aset Strategik – Termasuk pangkalan udara TUDM, kapal TLDM dan konvoi TDM yang kini terdedah kepada ancaman udara rendah, sekali gus meningkatkan keupayaan “force protection” dalam operasi bersama mahupun ketika penugasan di kawasan berisiko tinggi.
  • Pengukuhan Kedudukan Serantau – Pengoperasian QW-19 akan menempatkan Malaysia sebagai salah satu pengguna MANPADS paling moden di Asia Tenggara, memperkukuh kredibiliti ketenteraan negara di mata rakan serantau serta kuasa besar.
  • Keselarasan dengan Sistem Pertahanan Udara Nasional (SPUN) – QW-19 memenuhi aspirasi strategik pertahanan negara yang menekankan pembangunan sistem pertahanan udara berlapis, dengan VSHORAD menjadi lapisan kritikal dalam melindungi aset strategik serta pasukan darat.
  • Peningkatan Daya Tahan Asimetrik – Keupayaan QW-19 membolehkan ATM menangkis taktik serangan tepu berprofil rendah yang digunakan dalam konflik moden, sekali gus meningkatkan daya tahan operasi dalam senario peperangan asimetri.
  • Pemindahan Teknologi dan Latihan – Sekiranya perolehan disertakan dengan kerjasama industri pertahanan China, ia berpotensi membuka ruang kepada latihan teknikal, pemindahan teknologi serta peluang meningkatkan keupayaan industri pertahanan tempatan dalam bidang sistem VSHORAD.
  • Kesan Diplomatik dan Geopolitik – Perolehan QW-19 boleh memberi isyarat politik yang jelas mengenai hubungan strategik Kuala Lumpur–Beijing, sesuatu yang bakal mendapat perhatian daripada kuasa besar lain dari Barat yang turut menawarkan sistem MANPADS alternatif.

Kelebihan Operasi

QW-19 dibangunkan berdasarkan pengajaran daripada konflik semasa dan memberikan kelebihan ketara:

  • Menentang Helikopter Penyerang – Helikopter penyerang seperti AH-64 Apache, Mi-28 dan Z-10 yang lazimnya beroperasi dengan profil haba tinggi dan altitud operasi rendah boleh dikesan serta dimusnahkan dengan lebih berkesan oleh QW-19, menjadikan ia ancaman langsung kepada platform rotary-wing generasi terkini.
  • Keupayaan Anti-UAV dan Dron Kamikaze – UAV dan dron kamikaze yang semakin dominan di medan peperangan dapat dipintas melalui proximity fuze yang tidak bergantung kepada “direct hit”, sekali gus meningkatkan keberkesanan terhadap sasaran kecil, berkelajuan tinggi serta sukar dikesan radar.
  • Sekatan Terhadap Pesawat CAS – Kehadiran QW-19 berupaya mengehadkan operasi pesawat sokongan rapat (CAS) yang terbang rendah bagi melaksanakan serangan darat, sekaligus mengurangkan risiko ke atas pasukan darat dan infrastruktur kritikal.
  • All-Aspect Engagement – Sistem pencari dwi-jalur inframerah membolehkan QW-19 menyerang sasaran dari pelbagai sudut termasuk hadapan, sisi atau ekor, tidak lagi bergantung kepada serangan “tail-chase” semata-mata seperti MANPADS generasi awal.
  • Ketahanan Anti-Gangguan – Pemprosesan isyarat digital membolehkan sistem seeker membezakan antara tandatangan haba sebenar dengan umpan palsu, suatu faktor penentu ketika berdepan pesawat yang dilengkapi sistem anti- inframerah (IR) berteknologi tinggi.
  • Tindak Balas Pantas – Dengan masa peralihan tempur hanya 10 saat daripada keadaan “cold start” ke pelancaran, QW-19 memberi kelebihan reaksi segera terhadap serangan mengejut oleh helikopter, UAV atau munisi berpandu tepat.
  • Mobiliti Tinggi – Berat keseluruhan hanya sekitar 16.5 kilogram membolehkan sistem ini dioperasikan oleh pasukan infantri kecil atau unit bergerak tanpa menjejaskan tempo operasi, berbeza dengan sistem VSHORAD berplatform kenderaan yang lebih besar dan mahal.
  • Integrasi dengan C2 Taktikal – QW-19 boleh digabungkan dengan sistem arahan dan kawalan seperti TH-S311, membolehkan pengoperasian secara berangkaian (networked) bersama radar pemerhati untuk meningkatkan kesedaran situasi dan keberkesanan tembakan bersepadu.
  • Kos-Efektif – Berbanding sistem peluru berpandu darat-ke-udara berskala besar, QW-19 menawarkan penyelesaian pertahanan udara jarak dekat yang lebih murah tetapi masih berupaya mengimbangi ancaman moden, menjadikannya sesuai bagi doktrin pertahanan berlapis.

QW-19 memberikan keupayaan kepada pasukan barisan hadapan untuk bertindak balas dengan pantas terhadap ancaman udara secara mengejut—satu keupayaan yang semakin diperlukan ketika dron kamikaze dan UAV semakin mendominasi konflik moden.

QW-19
QW-19

 

Kesimpulan

QW-19 mewakili evolusi teknologi MANPADS yang memenuhi realiti medan tempur moden yang kini sarat dengan ancaman dron, helikopter serang dan pesawat CAS.

Dengan jarak efektif sehingga 6 km, kelajuan peluru berpandu pada kelas Mach 2 serta sistem penjejak inframerah dwi-saluran, ia mampu menyediakan perlindungan udara jarak dekat yang kritikal kepada ATM.

Keupayaan ini menjadikan QW-19 relevan untuk melindungi aset strategik negara termasuk pangkalan udara TUDM, kapal TLDM dan konvoi darat TDM daripada ancaman udara berprofil rendah.

Jika Malaysia memilih untuk mengoperasikan QW-19, ia bukan sekadar perolehan sistem persenjataan tetapi sebuah kenyataan strategik bahawa ATM serius menghadapi ancaman moden.

Perolehan ini akan meningkatkan kredibiliti pertahanan udara negara dan menempatkan Malaysia sebagai salah satu pengendali MANPADS paling moden di Asia Tenggara.

Selain aspek taktikal, ia turut membawa potensi kerjasama industri pertahanan, latihan teknikal serta pemindahan teknologi yang boleh memperkukuh ekosistem industri tempatan.

Secara keseluruhan, QW-19 bukan hanya sistem senjata tetapi simbol anjakan paradigma kepada kesiapsiagaan pertahanan udara Malaysia dalam menghadapi peperangan masa depan yang semakin kompleks dan berlapis.

Tambahan pula, pengoperasian QW-19 selari dengan aspirasi Sistem Pertahanan Udara Nasional (SPUN) yang menekankan keperluan pertahanan berlapis dengan elemen VSHORAD sebagai komponen teras.

Ia juga akan menambah nilai kepada usaha Malaysia membina kredibiliti serantau dalam bidang pertahanan udara, sekali gus memperkukuh hubungan strategik dengan negara-negara pengeluar sistem ini.

Dalam konteks geopolitik, pemilihan QW-19 boleh memberi isyarat jelas tentang hala tuju strategik Malaysia, di samping menunjukkan kesediaan ATM untuk menyesuaikan diri dengan corak peperangan baharu yang semakin didominasi oleh teknologi dron dan peperangan asimetri.

Secara ringkas, QW-19 adalah pelaburan yang bukan sahaja mengukuhkan pertahanan udara negara tetapi juga meluaskan ruang diplomasi pertahanan serta pembangunan industri strategik tempatan untuk jangka panjang.

DEFENCE SECURITY ASIA

Leave a Reply