Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

Jabatan Pertahanan Amerika Beri Trak Taktikal Berat “HEMTT” Kepada Tentera Malaysia

Angkatan Tentera Malaysia bakal memperolehi trak taktikal berat dipanggil "Heavy Expanded Mobility Tactical Trucks" (HEMTT) menerusi program Foreign Military Sales (FMS) Jabatan Pertahanan Amerika Syarikat.

0 13,127

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Syarikat pertahanan Amerika Syarikat, Oshkosh Defense telah memperolehi kontrak bernilai US$16.7 juta (RM68.47 juta) daripada Jabatan Pertahanan Amerika Syarikat untuk membekalkan tiga jenis trak “Heavy Expanded Mobility Tactical Trucks” (HEMTT) dan peralatan pengangkutan berat (Heavy Equipment Transporters  – HET)  kepada tiga buah negara iaitu Lubnan, Iraq dan Malaysia.

Kontrak bagi HEMTT daripada jenis-jenis  M1120A4, M977A4 dan M978A4 serta  M1070A1 HET adalah sebahagian daripada program Foreign Military Sales (FMS) Jabatan Pertahanan Amerika Syarikat.

Pengumuman mengenai kontrak Jabatan Pertahanan Amerika Syarikat itu telah diumumkan pada 22 Sept yang lepas dan perlu diselesaikan pada 31 Januari 2022.

Syarikat, Oshkosh Defense merupakan pembida tunggal bagi kontrak Jabatan Pertahanan Amerika Syarikat itu.
Kenderaan HEMTT jenis M1120A4 mempunyai kemampuan untuk mengangkut barangan seberat 11 tan, manakala kenderaan HEMTT daripada jenis M977A4 pula mempunyai kemampuan untuk mengangkut barangan seberat 10 tan.
Oshkosh
Trak HEMTT oleh Oshkosh Defense.

 

Sementara itu, kenderaan HEMTT jenis M978A4 pula berkemampuan mengangkut bahan api sebanyak 2,500 gelen dan kenderaan HEMTT jenis M1070A1 pula adalah tank transporter yang mampu mengangkut barangan seperti kereta kebal utama seberat 75 tan.

Menurut majalah pertahanan Amerika Syarikat, Defense News, kontrak itu melibatkan keseluruhannya kira-kira 80 buah kenderaan berat itu dihantar kepada tiga negara terbabit, dengan setiap satu kenderaan itu dianggarkan bernilai US$200,000 (RM820,000).

Lubnan dijangka menerima sekurang-kurangnya 23 buah kenderaan berat terbabit manakala bilangan trak yang bakal diperolehi oleh Iraq dan Malaysia tidak diketahui setakat ini.

Kenderaan HEMTT merupakan kenderaan berat lapan tayar dan trak taktikal bertugas untuk menyediakan pengangkutan untuk kenderaan berat serta sistem persenjataan bagi angkatan tentera.

Kenderaan HEMTT ini datang di dalam empat varian termasuk kargo, tanker dan traktor.

Oshkosh
Trak HEMTT oleh Oshkosh Defense.

 

DEFENCE SECURITY ASIA

Comments
Loading...