Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

“Look Turkiye” Untuk Perolehan Kapal-Kapal LMS Batch II?

Defence Security Asia diberitahu oleh sumber-sumber industri bahawa "kemungkinan" kontrak pembinaan tiga buah kapal LMS Batch II diberikan kepada syarikat Turkiye adalah amat tinggi berikutan kemampuan tinggi negara itu dalam bidang pembuatan kapal-kapal tentera laut serta kecenderungan "Look Turkiye" dalam bidang pertahanan pada ketika ini.

0 6,539

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Kerajaan dan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) akan memulakan usahaperolehan tiga kapal Littoral Mission Ship (LMS) Batch II pada tahun ini sebagaimana yang diumumkan oleh Perdana Menteri dan Menteri Kewangan Datuk Seri Anwar Ibrahim pada pembentangkan Belanjawan 2023 Jumaat lepas.

Perolehan tiga buah kapal LMS Batch II itu adalah untuk menambah empat buah kapal LMS Batch I buatan China yang telah diperolehi setakat ini.

Laporan media pertahanan antarabangsa sebelum ini menyatakan bahawa peruntukan berjumlah RM2.4 bilion bakal disediakan bagi memulakan pembinaan tiga daripada lapan buah kapal LMS Batch II itu yang dikatakan akan lebih “lebih besar dan lebih berkeupayaan” berbanding kapal-kapal LMS Batch 1.

Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamad Hasan berkata perolehan tiga buah kapal LMS Batch II itu adalah bagi menampung “lompong keupayaan” yang dihadapi oleh Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) akibat kelewatan pembinaan kapal-kapal Littoral Combat Ship (LCS).

Menurutnya perolehan kapal-kapal LMS Batch II itu akan dilakukan secara Government-to-Government (G-to-G) bagi mengelak sebarang kelewatan dalam pembinaannya sebagaimana yang berlaku pada program LCS.

Turkiye
Kapal korvet C92 oleh Dearsan Shipyard

 

“Kita sedang berunding secara ‘Government-to-Government’  (G-to-G) dengan negara yang ada kepakaran (membuat kapal perang LMS terbabit), yang membuat template dan platform mereka sendiri.”

“Keadaan kita mendesak, kita tidak mampu memperolehi kapal-kapal LMS sepertimasa konsep (perolehan) LCS. Jadi kita buat terus daripada negara yang memiliki model (kapal) dan design mereka sendiri.”

“Itu akan mempercepatkan proses perolehan (kapal LMS itu) dan mengurangkan risiko terdapatnya kelewatan pembinaan sekiranya (kapal itu) dibuat di limbungan kapal yang tidak mempunyai design mereka sendiri.”

Kita tidak mahu buat seperti LCS,” kata Menteri Pertahanan yang lebih dikenali dengan panggilan “Tok Mat” di Parlimen baru-baru ini.

Panglima Angkatan Tentera Jeneral Tan Sri Affendi Buang dilaporkan berkata sebelum ini bahawa perolehan kapal-kapal LMS Batch II itu dikategorikan sebagai “projek kritikal dan perlu diberikan keutamaan yang tinggi.”

LMS
Tiga daripada empat kapal LMS Batch 1 milik TLDM yang dibina oleh syarikat China, CSOC.

 

Banyak syarikat-syarikat pembuat kapal perang daripada dalam dan luar negara telah pun menyatakan minat mereka untuk terlibat sama dalam program perolehan lapan buah kapal LMS Batch II untuk TLDM.

Untuk program kapal LMS Batch II ini, apa yang dapat kita lihat adalah minat daripada syarikat-syarikat pembuat kapal daripada Turkiye adalah amat tinggi.

Turkiye memiliki banyak syarikat pembuat kapal tentera laut yang berwibawa dan berpengalaman luas dan adalah tidak memeranjatkan jika ia sedang melihat dengan penuh minat program perolehan kapal-kapal LMS Batch II oleh Malaysia.

Defence Security Asia diberitahu oleh sumber-sumber industri bahawa “kemungkinan” kontrak pembinaan tiga buah kapal LMS Batch II diberikan kepada syarikat Turkiye adalah amat tinggi berikutan kemampuan tinggi negara itu dalam bidang pembuatan kapal-kapal tentera laut serta kecenderungan “Look Turkiye” dalam bidang pertahanan pada ketika ini.

Walaupun belum ada lagi keputusan daripada kerajaan setakat ini tetapi admin berkeyakinan diatas beberapa faktor bahawa syarikat-syarikat Turkiye mempunyai kelebihan untuk memenangi kontrak pembinaan kapal-kapal LMS Batch II (berkemungkinan atas usahasama dengan syarikat tempatan).

Turkiye
Kapal korvet C92 milik Tentera Laut Turkmenistan yang dibina oleh syarikat pembuat kapal Turkiye.

 

Industri pembuatan kapal-kapal tentera laut Turkiye berkemampuan membina hampir kesemua jenis kapal yang diperlukan oleh Tentera Laut Turkiye daripada kapal selam hinggalah kepada Amphibious Assault Ship (kapal pengangkut pesawat mini) seperti “Anadolu” seberat 27,000 tan yang kini sedang menjalani ujian laut (sea trial).

Pada pendapat admin, Turkiye hanya “menunggu masa” sebelum negara itu membina kapal pengangkut pesawat.

Antara syarikat-syarikat Turkiye yang mungkin akan menyertai tender bekalan kapal-kapal LMS Batch II apabila ia dibuka secara rasmi nanti adalah STM.

Sebagaimana diberitahu oleh pengarah pembinaan tentera laut syarikat itu, Mehmet Selahettin Deniz kepada sebuah media pertahanan antarabangsa tahun lepas, hasil daripada pembincangannya dengan TLDM,  ia telah diminta untuk mengemukakan rekabentuk bersesuaian dengan kapal LMS itu.

Syarikat STM telah mengemukakan rekabentuk kapal korvet kelas-“Ada” yang dioperasikan oleh Tentera Laut Turki pada ketika ini.

Ada
Kapal korvet kelas-Ada Tentera Laut Turki

 

Tentera Laut Turki mengoperasikan empat buah kapal korvet kelas-Ada pada masa ini manakala kapal kelas yang sama juga sedang dibina untuk Tentera Laut Ukraine.

Kapal korvet kelas-Ada ini merupakan kapal korvet anti-kapal selam dan peronda yang dibangunkan khusus untuk Tentera Laut Turki dibawah program pembinaan kapal kebangsaan, MILGEM.

Kapal korvet kelas-Ada ini dijana oleh sistem Combined Diesel and Gas (CODAG) terdiri daripada satu gas turbin dan dua gas diesel bagi membolehkan kapal mencapai kelajuan maksimum 30 knot dan beroperasi pada radius 3,500 batu nautika dalam kelajuan 15 knot.

Ia boleh membawa 93 orang krew kapal.

Dengan panjang keseluruhan kapal 99.56 meter, kapal korvet kelas-Ada memiliki berat 2,400 tan.

Satu lagi syarikat pembuat kapal Turkiye yang dijangka menawarkan kepakarannya untuk pembinaan kapal-kapal LMS Batch II adalah Dearsan Shipyard yang beroperasi daripada pangkalannya di Istanbul.

NSM
Kapal-kapal LMS Batch II TLDM dijangka dilengkapi dengan peluru berpandu Naval Strike Missile (NSM)

 

Mula beroperasi pada tahun 1980, Dearsan Shipyard mendakwa ia berkemampuan membina sembilan jenis kapal berlainan pada masa yang sama.

Antara kapal-kapal tentera laut yang ditawarkan oleh Dearsan Shipyard kepada pelanggannnya adalah kapal korvet C92 yang memiliki panjang 91 meter dan berat keseluruhan  1,600 tan.

Kapal korvet C92 oleh syarikat Turki ini mampu meluncur selaju 26 knot dengan radius operasi 3000 batu nautika.

Kapal korvet ini mampu  membawa 100 orang anak kapal terdiri daripada pegawai dan lain-lain anggota.

Misi utama kapal korvet Turki ini adalah anti-submarine warfare, anti-surface warfare,anti-air warfare dan lain-lain,manakala misi secondary pula termasuklah pengumpulan perisikan, rondaan/iringan, peperangan tidak simetri dan mencari dan menyelamat.

Bagi sistem persenjataannya pula, kapal korvet C92 ini dilengkapi dengan pelbagai senjata daripada meriam utama 76mm, 30mm, 25mm, peluru berpandu anti-pesawat, peluru berpandu anti-kapal, torpedo dan lain-lagi.

Ia juga dilengkapi dengan pelbagai sistem sensor dan navigasi seperti Combat Management System (CMS), Air and Surface Surveillance Radar, Sonar, Electronic Support & Counter Measure , Infra Red Search and Track dan lain-lain lagi.

Ada
Kapal korvet Tentera Laut Turkiye daripada kelas-Ada.

 

Pada tahun lepas, Tentera Laut Turkmenistan telah mentauliah satu daripada tiga buah kapal korvet C92 yang dibina oleh Dearsan Shipyard dengan rakan kerjasamanya, Gulhan.

Selain, membina kapal korvet C92, syarikat Dearsan Shipyard juga membina kapal korvet C74 yang hanya mempunyai berat 1000 tan dan berkemampuan membawa seramai 55 orang anak kapal terdiri daripada pegawai dan lain-lain anggota.

Dearsan Shipyard juga membina kapal friget yang dinamakan “F-142” yang mempunyai berat keseluruhan 5,500 tan dan panjang sehingga 141 meter serta dilengkapi dengan pelbagai jenis sistem persenjataan dan sensor. — DSA

apps

DOWNLOAD APPS DEFENCE  SECURITY ASIA

 

Sebarang pertanyaan tentang pengiklanan, boleh hubungi admin di/To advertise can contact admin at: haikalhamas73@gmail.com

 

 

Comments
Loading...