Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

Pameran LIMA 2023 Pada 23-27 Mei

Apa yang menarik setiap kali berlangsungnya Pameran LIMA adalah pengumuman tentang perolehan dan majlis menandatangani pelbagai perjanjian sama ada LOA (Letter of Agreement), LOI (Letter of Intent) atau sekadar Memorandum of Understanding (MoF). Masa inilah kita akan tahu,siapa beli apa, pada harga berapa dan sebagainya.

3,450

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Selepas ditangguhkan pada tahun lepas akibat pandemik COVID-19, Pameran Antarabangsa Maritim dan Aeroangkasa Langkawi 2023 (LIMA 2023) yang akan membuat kemunculan kembali pada tahun depan.

Seperti biasa, LIMA 2023 itu akan berlangsung di Pulau Langkawi bermula 23 hingga 27 Mei tahun depan dengan penyertaan sekurang-kurangnya 600 syarikat pempamer membabitkan 20 buah negara

“LIMA tertunda sejak tahun 2021 disebabkan pandemik COVID-19 dan keputusan supaya ia dapat dianjurkan kembali ialah berdasarkan kejayaan penganjuran Defence Services Asia (DSA) pada Mac lalu serta kebersediaan negara selepas memasuki Fasa Peralihan Ke Endemik.

LIMA
Segmen maritim pada Pameran LIMA

 

“Mengambil kira maklum balas semasa yang Malaysia terima dari rakan antarabangsa setakat ini, dijangka berlaku peningkatan seterusnya berpotensi menjadikan jumlah pempamer, astaka negara terbabit, pelawat perdagangan dan awam, tetamu serta aset di LIMA 2023 sebagai yang terbesar pernah direkodkan,” katanya sebagaimana dipetik oleh media tempatan hari ini.

Syarikat Alpine Integrated Solution Sdn Bhd dilantik sebagai penganjur bersama LIMA 2023.

Apa yang menarik setiap kali berlangsungnya Pameran LIMA adalah pengumuman tentang perolehan dan majlis menandatangani pelbagai perjanjian sama ada LOA (Letter of Agreement), LOI (Letter of Intent) atau sekadar Memorandum of Understanding (MoF).

Masa inilah kita akan tahu,siapa beli apa pada harga berapa dan sebagainya.

Biasanya Kementerian Pertahanan akan mengambil kesempatan daripada Pameran LIMA untuk mengadakan majlis menandatangani perjanjian (LOA, LOI atau MoF) melibatkan apa yang dikategorikan sebagai “big ticket purchase” seperti pesawat pejuang atau kapal perang.

Su-30MKM

Klik Untuk Muat-Turun Aplikasi Defence Security Asia di Google Play Store: 

Google Play

Mungkin pada LIMA 2023, kita akan melihat majlis menandatangani perjanjian pembelian pesawat FLIT/LCA, Unmanned Aerial System (UAS) atau kapal-kapal Littoral Mission Ship (LMS) Batch II. Mungkin….

Sementara itu, Hishammuddin berkata, terdapat beberapa pembaharuan yang bakal ditonjolkan pada Pameran LIMA tahun depan itu.

Antaranya, pertunjukan dan perlumbaan dron, menampilkan segmen teknologi angkasa, Forum Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Syarikat Penerbangan, program menyeluruh untuk remaja termasuk berkaitan pendidikan.

Menteri Pengangkutan Wee Ka Siong pula berkata, penganjuran LIMA berkemampuan merancakkan kembali sektor komersial maritim serta aeroangkasa yang terjejas akibat pandemik COVID-19.

Sektor maritim dan aeroangkasa komersial berpotensi untuk diketengahkan merangkumi perkhidmatan dan produk utama, teknologi, akademik serta peluang pekerjaan.

“Berdasarkan statistik daripada pihak Jabatan Laut, hampir 100,000 kapal melalui Selat Melaka tahun lalu menjadikan antara laluan tersibuk dunia yang mengendalikan kira-kira 25 peratus barangan dagangan global,” katanya. — DSA

 

Comments are closed.