Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

Jepun Cuba Imbangi “Kebanjiran” Senjata Buatan China Di Asia Tenggara?

Sebenarnya, tindakan Jepun “melonggarkan” peraturan larangan eksport senjata yang dilaksanakannya selepas ia kalah dalam Perang Dunia Kedua, merupakan sebahagian cara untuk mengimbangi “perluasan” (proliferation) senjata-senjata buatan China terutamanya di beberapa negara Asia Tenggara.

0 1,770

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Baru-baru ini, media antarabangsa melaporkan bahawa Jepun bercadang mengubah peraturan/undang-undang dalam negara bagi membolehkan ia mengeksport senjata ke 12 buah negara termasuk Malaysia serta beberapa negara lain di Asia Tenggara.

Selain Malaysia, negara-negara yang termasuk dalam radar kerajaan dan industri pertahanan Jepun termasuklah Vietnam,Thailand, Indonesia, Filipina dan negara-negara Eropah seperti Perancis, Itali, United Kingdom dan Itali.

Jepun juga mahu mengeksport sistem persenjataannya ke Amerika Syarikat.

TLDM
Tiga daripada empat kapal LMS Batch 1 milik TLDM yang dibina oleh syarikat China, CSOC.

 

Sebenarnya, tindakan Jepun “melonggarkan” peraturan larangan eksport senjata yang dilaksanakannya selepas ia kalah dalam Perang Dunia Kedua, merupakan sebahagian cara untuk mengimbangi “perluasan” (proliferation) senjata-senjata buatan China terutamanya di beberapa negara Asia Tenggara.

Senjata-senjata buatan China kini “membanjiri” Asia Tenggara terutamanya di negara-negara seperti Myanmar, Kemboja, Laos, Thailand dan beberapa negara lain termasuk Malaysia yang sememangnya mempunyai hubungan bilateral dan ekonomi yang baik dengan Beijing.

Sebagai contoh, beberapa tahun lepas, kita telah menganugerahkan kontrak lebih RM1 bilion kepada syarikat pembuat kapal China untuk membina empat buah kapal Littoral Mission Ship (LMS) untuk Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang kesemuanya telah pun siap dan kini berpengkalan di Kota Kinabalu.

China juga dikatakan berminat untuk membekalkan lebih banyak kapal-kapal LMS dibawah program LMS Batch II, Multi Role Support Ship (MRSS)  dan pelbagai kapal-kapal tentera laut yang lain, selain syarikat itu turut memasuki tender bagi pesawat FLIT/LCA.

Terbaru dikatakan Tentera Darat akan menggunakan sistem jambatan taktikal buatan negara China.

Elang Hitam
Spesifikasi dron “Elang Hitam” dikatakan menyamai CH-4 buatan China, tetapi Indonesia mengakuinya sebagai buatan tempatan.

 

Tentera Darat juga menggunakan sistem pertahanan udara (manpads) “FN-6” (tak pasti sama ada sistem itu masih digunakan atau sudah dibersarakan) dan kini terdapat ura-ura syarikat negara itu turut berminat untuk membekalkan sistem pertahanan MERAD (Medium Range Air Defence System) kepada Angkatan Tentera Malaysia.

Faktor kita yang “kedekut” di dalam hal pertahanan dengan bajet yang “ciput” sebenarnya merupakan daya tarikan kepada syarikat pertahanan China yang menawarkan sistem keluaran mereka pada kos yang amat amat kompetitif.

Negara-negara yang tidak “berduit” (dalam sektor pertahanan) seperti kita dan negara-negara Asia Tenggara lain (Myanmar, Kemboja, Laos) sememangnya menjadi “sasaran” China yang menawarkan sistem pertahanan mereka pada harga yang jauh lebih murah berbanding pesaing mereka.

Beijing bukan sahaja tawarkan sistem pertahanan mereka pada harga yang jauh lebih murah tetapi secara pakej apa yang ditawarkannya adalah jauh lebih menarik, menjadikan ia “too good to resist.”

Kalau tidak mahu beli dengan tunai, China juga menawarkan pakej pembiayaan (loan) yang amat menarik dengan kadar faedah yang amat rendah yang sukar disaingi oleh negara-negara Barat dan Eropah. (but came with strings attached)

MERAD
Sistem pertahanan udara jarak sederhana “FK-3” (HQ-22) buatan syarikat China.

 

Apa yang berlaku di Malaysia pada ketika ini, juga berlaku secara lebih kerap dan intensiti yang lebih tinggi di negara-negara seperti Myanmar, Laos dan Kemboja yang kini menjadi di antara pelanggan utama sistem persenjataan buatan China.

Thailand (yang sememangnya pelanggan utama senjata China) dan Indonesia juga menjadi sasaran dengan firma China menawarkan Transfer-of-Teknologi (TOT) yang menarik sehinggakan kedua-dua negara mampu menghasilkan pesawat tanpa pemandu mereka sendiri (90 peratus adalah copy daripada dron asal China).

Ini yang tidak mahu dilihat oleh Jepun dan Amerika Syarikat.

Tokyo dan Amerika Syarikat tidak mahu “kehilangan” Asia Tenggara kepada China dan mula berbuat sesuatu bagi memastikan ia mampu mengimbangi tindakan yang dilakukan oleh Beijing dan syarikat-syarikat pertahannya itu.

Selain mahu memastikan syarikat-syarikat Jepun mampu meraih kontrak-kontrak perolehan senjata yang lumayan di negara-negara Asia Tenggara yang kini “dimenangi” tanpa saingan oleh syarikat China daripada segi kos, Tokyo juga mahu memastikan rantau yang strategik itu secara geopolitik tidak menjadi “rantau satelit” kepada Beijing.

L-15
Pesawat L-15 buatan China yang ditawarkan kepada TUDM.

 

Klik Untuk Muat-Turun Aplikasi Defence Security Asia di Google Play Store: 

Google Play

Asia Tenggara yang menempatkan pelbagai kemudahan pembuatan untuk syarikat-syarikat Jepun adalah amat penting bagi jaringan bekalan (supply chain) negara Matahari Terbit itu dan ia tidak mahu kedudukan itu diancam oleh China.

Walaupun China bukan negara anggota ASEAN (hanya rakan mesyuarat sahaja), tetapi sedikit sebanyak ia boleh “mempengaruhi” keputusan serta tindakan badan itu terutamanya berkenaan Laut China Selatan menerusi rakan-rakan karibnya di dalam ASEAN seperti Kemboja, Myanmar dan Laos.

Dengan Kemboja kini adalah pengerusi (chair) ASEAN, hampir pasti tiada kenyataan “panas” mengutuk tindakan Beijing di Laut China Selatan akan dikeluarkan sepanjang tempoh Phnom Penh menjadi pengerusi. — DSA

 

Comments
Loading...