Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

Penilaian Fizikal, Rundingan Harga LCA Telah Selesai

Minggu lepas, Defence Security Asia melaporkan bahawa pasukan penilai TUDM berada di Korea Selatan untuk melakukan penilaian fizikal (physical evaluation) terhadap pesawat FA-50 yang dibangunkan oleh Korea Aerospace Industries (KAI).

0 6,618

(DEFENCE SECURITY ASIA) — Kementerian Pertahanan telah menyerahkan laporan berhubung perolehan 36 pesawat tempur ringan (Light Combat Aircraft -LCA) Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) kepada Kementerian Kewangan untuk tindakan selanjutnya. 

Menteri Kanan Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata setakat ini penilaian fizikal dan rundingan harga telah selesai dan hanya menunggu keputusan daripada Kementerian Kewangan. 

“Memang kita perlukan LCA dan percaya tidak akan timbul masalah sekiranya saya guna kaedah sebelum ini, iaitu aset yang ditentukan oleh end user sendiri (TUDM), ini janji saya kepada Air Force,” katanya sebagaimana dipetik oleh Bernama.

FA-50
Pesawat FA-50 Tentera Udara Korea Selatan

 

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas menghadiri Majlis Pemakaian Beret, Penyerahan Bendera Malaysia dan Penghantaran kumpulan pertama Pasukan pengaman Batalion Malaysia (MALLBATT 850-10) Pasukan Interim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNIFIL) ke Lubnan, di Pangkalan TUDM Subang.

Turut hadir, Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan Datuk Seri Muez Abd Aziz dan Panglima Angkatan Tentera Malaysia (ATM) Jen Tan Sri Affendi Buang.

Mengulas mengenai dakwaan tiada lawatan penilaian yang dibangkitkan oleh pembida tender perolehan LCA itu, beliau berkata perkara itu akan dibangkitkan terutama menjelang Pilihan Raya Umum (PRU).

“Kalau ingin menuduh perlu sertakan bukti, kalau salah tetap salah, jadi panjangkan bukti kepada agensi berkaitan biar mereka siasat,” katanya.

Sebelum ini, sejumlah lapan syarikat antarabangsa dilaporkan membida tender pembekalan 36 jet LCA TUDM setakat ini.

Tejas
Aksi pesawat “Tejas” pada Singapore Air Show 2022.

 

Minggu lepas, Defence Security Asia melaporkan bahawa pasukan penilai TUDM berada di Korea Selatan untuk melakukan penilaian fizikal (physical evaluation) terhadap pesawat FA-50 yang dibangunkan oleh Korea Aerospace Industries (KAI).

Menurut sumber, kumpulan pegawai penilai TUDM itu tiba di Korea Selatan pada Isnin lepas (17 Okt) dan telah dibawa ke kemudahan KAI untuk memulakan penilaian fizikal mereka terhadap pesawat pejuang ringan itu.

“Mereka turut meninjau kemampuan pesawat FA-50 itu menerusi sesi penilaian penerbangan,” kata sumber itu dan menambah bahawa pesawat FA-50 itu adalah milik Tentera Udara Korea Selatan (ROKAF).

M-346
Pesawat M-346 varian FA (Fighter Attack)

 

Pegawai-pegawai TUDM itu mengunjungi pangkalan udara 8th Fighter Wing di Wonju, Gangwo-do.

“Fasa penilaian fizikal (pesawat FA-50) telah selesai dan bermula minggu depan mereka (pasukan penilaian fizikal TUDM) akan melaksanakan penilaian penerbangan di Wonju,” kata sumber itu kepada Defence Security Asia.

Dalam penilaian penerbangan itu, pegawai TUDM akan turut menaiki pesawat FA-50 milik Tentera Udara Korea Selatan.

Apps

JOM!!!!! TEKAN DI SINI UNTUK MUAT-TURUN APPS DEFENCE  SECURITY ASIA DI GOOGLE PLAY STORE

 

Fasa penilaian penerbangan itu akan menggunakan pesawat FA-50 Block 10 milik ROKAF memandangkan pesawat FA-50 Block 20 itu masih dibangunkan oleh KAI dengan Poland sebagai pengguna pertamanya.

Jika Malaysia memilih FA-50 Block 20, ia akan menjadi pengguna kedua varian pesawat pejuang ringan itu selepas Poland. — DSA

Jom!!!! follow TwitterTelegramFacebook dan download Apps Defence Security Asia di Google Playstore
Comments
Loading...