Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

Ukraine Lengkapkan Leopard 2A4 Miliknya Dengan Armor ERA “Kontakt-1” Zaman Soviet

Melengkapkan kereta kebal Leopard 2A4 dioperasi tentera Ukraine dengan armor ERA "Kontakt-1" buatan Kesatuan Soviet itu adalah satu lagi usaha oleh Kiev untuk memastikan kereta-kereta kebal yang dibekalkan oleh Barat itu mampu berhadapan dengan peluru berpandu anti-kereta kebal, IED dan senjata anti-kereta kebal Russia yang lain.

0 1,226

(DEFENCE SECURITY) – Baru-baru ini, video di media-media sosial menunjukkan sebuah kereta kebal Leopard 2A4 dioperasikan oleh tentera Ukraine telah dilengkapi dengan Kontakt-1 Explosive Reactive Armor (ERA) yang telah direkabentuk ketika zaman Kesatuan Soviet masih lagi wujud.

Ia adalah satu lagi usaha oleh tentera Ukraine untuk memastikan kereta-kereta kebal yang dibekalkan oleh Barat itu mampu berhadapan dengan peluru berpandu anti-kereta kebal, IED dan senjata anti-kereta kebal Russia yang lain.

Kereta kebal Leopard 2A4 yang telah dipasang dengan armor ERA Kontakt-1 dipercayai berasal daripada Kanada yang telah mendermakan sebanyak lapan buah kereta kebal buatan Jerman itu untuk digunakan oleh tentera Ukraine.

Kontakt
Leopard 2A4 Ukraine dengan armor ERA “Kontakt-1”

 

Perletakan blok-blok armor ERA yang mengandungi bahan letupan merupakan cubaan untuk mempertahankan badan kereta kebal daripada ditembusi oleh peluru senjata anti-kereta kebal dengan cara ia meletup apabila terkena tembakan.

Letupan blok armor ERA itu akan menjejaskan peluru itu atau memusnahkannya sama sekali, sekaligus memastikan peluru itu tidak mengenai badan kereta kebal itu.

Kereta kebal Leopard 2A4 sudah pun memiliki armor yang baik, namun armor ERA Kontakt-1 yang juga dikenali dengan panggilan “Mad Max” itu meningkatkan lagi sistem pertahanan armor kereta kebal itu daripada serangan peluru berpandu anti-kereta kebal dan roket seperti RPG daripada jarak dekat.

Armor ERA Kontakt-1 adalah daripada generasi pertama dan dibangunkan ketika Kesatuan Soviet masih lagi wujud.

Kontakt
Kereta kebal T-72 dilengkapi dengan blok-blok armor ERA “Kontakt-1”

 

Setiap satu blok armor ERA Kontakt-1 adalah seberat 5.7 kg.

Pada ketika ini, kereta-kereta kebal utama Russia seperti T-72B dan T-90 menggunakan armor ERA generasi ketiga dipanggil “Relikt” yang dikatakan jauh lebih baik berbanding Kontakt-1, namun tiada sistem pertahanan yang boleh melindungi 100 peratus survivalbiliti kereta kebal itu di medan peperangan.

Sistem armor ERA “Relikt” mula diperkenalkan pada 2006.

T-14 Armata
Kereta kebal T-14 Armata menggunakan armor ERA generasi ke-empat dipanggil “Malachit.”

 

Untuk kereta kebal utara terbaru Russia, T-14 “Armata”, ia telah dilengkapi dengan armor ERA generasi keempat yang dipanggil “Malachit”, tetapi komposisinya masih dirahsia dengan ketat oleh pihak tentera negara itu.

Memandangkan Russia tidak mengerahkan kereta kebal T-14 “Armata” ke Ukraine, maka sukar untuk pihak Barat mengetahui kemampuan armor ERA “Malachit” apabila ia dibedil oleh peluru-peluru berpandu anti-kereta kebal seperti “Javelin” dan lain-lain.  — DSA

DOWNLOAD APPS DEFENCE  SECURITY ASIA

 

Sebarang pertanyaan tentang pengiklanan, boleh hubungi admin di/To advertise can contact admin at: haikalhamas73@gmail.com

 

 

Comments
Loading...