Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

LCS 1 “Maharaja Lela” Berjaya Diluncur Ke Permukaan Air, TLDM Jangka Terima Kapal Pertama Ogos 2026

Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, kapal pertama LCS yang pertama , “Maharaja Lela” itu dijangka diserahkan kepada TLDM pada Ogos 2026, selepas selesainya ujian di pelabuhan Harbour Acceptance Test (HAT) dan ujian di lautan Sea Acceptance Test (SAT) itu seleasi dilaksanakan.

0 3,139

(DEFENCE SECURITY ASIA) —  Kapal Littoral Combat Ship (LCS) kelas-Maharaja Lela yang pertama milik Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) telah berjaya diluncurkan ke permukaan air pada 23 Mei lalu, kata Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin hari ini.

Beliau berkata, selepas berjaya diluncurkan ke permukaan air pada 23 Mei lalu, kapal LCS yang pertama dinamakan “Maharaja Lela” itu akan melalui proses Harbour Acceptance Test (HAT) and Sea Acceptance Test (SAT) pula yang akan bermula akhir tahun ini.

Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, kapal pertama LCS yang pertama , “Maharaja Lela” itu dijangka diserahkan kepada TLDM pada Ogos 2026, selepas selesainya HAT dan SAT itu dilaksanakan.

Setakat ini, proses pembinaan kapal LCS1 “Maharaja Lela” berjalan mengikut jadual dengan peluncurannya ke permukaan air telah pun berlaku pada bulan lalu sebagaimana yang telah ditetapkan sebelum ini.

Menteri Pertahanan itu berkata, peluncuran “Maharaja Lela” ke permukaan air pada 23 Mei yang lalu telah mendapat persetujuan daripada pihak yang membuat reka bentuk, pihak mengawal kualiti pembinaan dan pengguna akhir iaitu pihak TLDM sendiri, bagi menguji kestabilan dan keutuhan kapal.

LCS 1
Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin sedang meninjau pembinaan LCS 1. (FB Khaled Nordin)

 

“Jadi ia telah melalui proses itu dan sekarang ini ialah untuk membuat kerja memasang peralatan, perkakas atas kapal, ada yang dah dipasang, ada terus dipasang.

 Ia akan ambil masa sehingga tahun depan, pemasangan, ujian pemasangan dan sebagainya, bermakna sama ada enjin, combat system, sistem komunikasi, semua itu termasuk peralatan seperti meriam dan sebagainya.

“Selepas itu barulah dalam Disember akan dilakukan ujian di pelabuhan dan selepas semua perkakas dipasang maka akan dilakukan ujian di laut. Dan kalau ikut perancangan, kapal pertama akan diserahkan kepada pihak TLDM pada Ogos Tahun 2026,” katanya sebagaimana dipetik oleh media tempatan hari ini.

Beliau sebelum itu meninjau pelaksanaan pembinaan “Maharaja Lela” di Limbungan Lumut Naval Shipyard Sdn Bhd (LUNAS).

 Katanya, pembinaan empat lagi baki kapal LCS juga berjalan dengan baik dan mengikut perancangan ditetapkan setakat ini.

LCS

“Manakala bagi LCS Kedua hingga Kelima, kemajuan kerja pembinaan bagi kapal-kapal tersebut juga mengikut jadual dan dijangka diserahkan mengikut tempoh yang ditetapkan, iaitu yang terakhir pada tahun 2029.”

“Terima kasih dan tahniah saya ucapkan kepada semua pihak yang terlibat bagi memastikan projek ini disiapkan mengikut ‘milestones’ baharu yang ditetapkan. Kesemua ini dilaksanakan bagi memastikan TLDM kita dapat terus ditingkatkan kesiagaannya, demi kedaulatan tanah air,” kata Menteri Pertahanan.

Pada masa sama, beliau menjelaskan sesebuah kapal itu perlu melalui empat proses iaitu reka bentuk, pembinaan, pemasangan peralatan dan ujian, sebelum ia berstatus siap dan sedia digunakan secara rasmi.

 Panglima TLDM  Laksamana Tan Sri Abdul Rahman Ayob sebelum ini menyatakan bahawa fasa ujian pelabuhan dan laut itu akan memakan masa sehingga 22 bulan untuk diselesaikan, sebelum kapal LCS pertama itu boleh ditauliahkan ke dalam  TLDM.

Panglima TLDM berkata, kejayaan pembinaan kapal LCS yang pertama adalah amat kritikal dalam menentukan kesinambungan projek, khususnya untuk kapal ke-2 sehinggalah kapal ke-5.

 

Dalam satu pengumuman kepada Bursa Malaysia bulan lepas, syarikat Boustead Heavy Industries Corporation Berhad (BHIC) menyatakan bahawa nilai keseluruhan kontrak pembinaan lima buah kapal Littoral Combat Ship (LCS) telah berubah kepada RM11.2 bilion berbanding RM9 bilion sebelum ini.

Kontrak sebelum ini antara Boustead Naval Shipyard (BNS),  yang merupakan syarikat bersekutu BHIC dengan Kementerian Pertahanan telah ditandatangani pada 17 Julai 2014 melibatkan pembinaan enam buah kapal LCS pada kos RM9 bilion.

Kapal LCS kelas-Maharaja Lela TLDM apabila siap dibina kelak memiliki panjang 111 meter dan membawa kira-kira 118 orang krew kapal daripada pegawai sehinggalah kepada anak-anak kapalnya.

Dengan jenis propulsion CODAD (Combined Diesel and Diesel), kapal LCS TLDM itu memiliki kelajuan 28 knots ++ dan jarak operasi sehingga 5,000 batu nautika (pada kelajuan 15 knots).

Kapal-kapal LCS TLDM ini mampu beroperasi lebih jauh dan lebih lama . — DSA

Comments
Loading...