Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

Nilai Kontrak Pembinaan 5 Buah Kapal LCS Kini RM11.2 Bilion

Kontrak sebelum ini antara Boustead Naval Shipyard (BNS),  yang merupakan syarikat bersekutu BHIC dengan Kementerian Pertahanan telah ditandatangani pada 17 Julai 2014 melibatkan pembinaan enam buah kapal LCS pada kos RM9 bilion.

0 4,594

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Dalam satu pengumuman kepada Bursa Malaysia hari ini, syarikat Boustead Heavy Industrties Corporation Berhad (BHIC) menyatakan bahawa nilai keseluruhan kontrak pembinaan lima buah kapal Littoral Combat Ship (LCS) telah berubah kepada RM11.2 bilion berbanding RM9 bilion sebelum ini.

Kontrak sebelum ini antara Boustead Naval Shipyard (BNS),  yang merupakan syarikat bersekutu BHIC dengan Kementerian Pertahanan telah ditandatangani pada 17 Julai 2014 melibatkan pembinaan enam buah kapal LCS pada kos RM9 bilion.

Pengumuman kepada Bursa oleh BHIC hari ini menyatakan bahawa perubahan nilai keseluruhan kontrak itu disebabkan antaranya persetujuan berkenaan perubahan spesifikasi dan lanjutan masa. (Baca pengumuman kepada Bursa Malaysia)

LCS

Ia juga berkata bahawa kapal LCS yang pertama akan diserahkan kepada kerajaan selepas dilaksanakan segala ujian pada Ogos 2026 manakala kapal kelima dan terakhir pula diserahkan pada April 2029.

Kerja-kerja pembinaan kapal-kapal LCS itu bermula selepas BNS dan Kementerian Pertahanan menandatangani Supplemental Agreement (SA) yang keenam pada hari ini.

Terma-terma pembayaran juga adalah pelbagai daripada “milestone activity” kepada “progress of works” yang menggambarkan kepada pelbagai elemen dalam kontrak.

Sementara itu dalam laporan oleh agensi berita nasional, Bernama hari ini, Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamad Hasan ketika ditemui pemberita di LIMA ’23 di Langkawi hari ini menyatakan bahawa Kementerian Kewangan (MOF) telah menubuhkan syarikat bertujuan khas (SPV) bagi mengambil alih syarikat yang bertanggungjawab terhadap pembinaan LCS iaitu BNS.

Pelaksanaan projek LCS itu katanya tetap akan dipantau menerusi Jawatankuasa Pemantauan Projek (PMC) yang dipengerusikan bersama oleh Ketua Setiausaha Perbendaharaan dan Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan.

LCS

Beliau juga berkata bahawa laporan berkala kepada Jemaah Menteri akan disediakan sebagiaman syarat-syarat disediakan Ketua Audit Negara.

 Pelaporan berkala kepada Parlimen melalui Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) juga akan dilakukan sekurang-kurangnya tiga bulan sekali supaya kemajuan projek ini dapat dipantau bersama oleh semua pihak.

“Ini perlu untuk kita memastikan supaya hasrat kita untuk meneruskan pembinaan LCS ini dapat dicapai dan berjaya sepertimana yang dikehendaki oleh Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dan Angkatan Tentera Malaysia,” katanya beliau. — DSA

apps

DOWNLOAD APPS DEFENCE  SECURITY ASIA

 

Sebarang pertanyaan tentang pengiklanan, boleh hubungi admin di/To advertise can contact admin at: haikalhamas73@gmail.com

 

 

Comments
Loading...