Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

Laporan: Pesawat Kombat Amerika Kurang Diselenggara, Tahap Siaga Rendah

Laporan oleh Government Accountability Office (GAO) Amerika Syarikat yang berfungsi seperti Jabatan Audit Negara di Malaysia itu menggemparkan dan membimbangkan Tentera Udara dan Tentera Laut negara itu terutamanya berkenaan tahap kesiapsiagaan pesawat-pesawat kombat yang rendah serta tahap penyelenggarannya.

0 2,061

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Laporan yang dikeluarkan oleh sebuah agensi pemantau kongres Amerika Syarikat, Government Accountability Office (GAO) baru-baru ini menunjukkan bahawa pesawat-pesawat kombat milik Tentera Udara dan Tentera Laut negara itu mempunyai masalah penyelenggaran yang amat serius.

Bertajuk “Actions Needed to Address Persistent Sustainment Risks”, laporan oleh GAO itu melihat kepada lapan jenis pesawat milik Tentera Udara dan Tentera Laut Amerika Syarikat terdiri daripada pengebom, pejuang, pengisi minyak dan pemantau (surveillance).

Kesimpulan yang diperolehi daripada laporan oleh GAO yang berfungsi seperti Jabatan Audit Negara di Malaysia itu menggemparkan dan membimbangkan pegawai-pegawai kanan Tentera Udara dan Tentera Laut negara itu terutamanya berkenaan tahap kesiapsiagaan pesawat-pesawat kombat mereka untuk melaksanakan operasi serta tahap penyelenggarannya.

Banyak daripada pesawat-pesawat milik kedua-dua cabang angkatan tentera Amerika Syarikat tidak bersedia untuk “terbang (beroperasi)” melaksanakan apa-apa misi, dengan kebanyakkan daripada aset-aset itu “tersadai” akibat beberapa sebab membabitkan asapek penyelenggaran dan kekurangan alat ganti.

Satu daripada intipati paling menggemparkan didapati daripada laporan itu membabitkan pesawat pejuang air dominance generasi kelima negara itu, F-22 Raptor.

F-22
F-22 Raptor

 

Laporan itu mengatakan bahawa daripada 186 buah pesawat F-22 yang dimiliki oleh Tentera Udara Amerika Syarikat ketika ini, hanya 93 buah pesawat boleh digunakan untuk operasi manakala selebihnya tidak bersedia berikutan beberaoa masalah yang dihadapinya.

Selain pesawat F-22 Raptor yang memiliki rekod penyelenggaran yang buruk, sebuah lagi pesawat pejuang yang berhadapan dengan masalah yang sama adalah F/A-18E/F Super Hornet milik Tentera Laut Amerika Syarikat yang hanya memiliki tahap kesiapsiagaan (readiness) pada kadar 51 peratus.

Tahap kesiapsiagaan sebanyak 51 peratus bagi pesawat Super Hornet Tentera Laut Amerika Syarikat itu adalah amat rendah berbanding 75 peratus yang disasarkan oleh angkatan itu.

Pada ketika ini, Tentera Laut negara itu memiliki 530 pesawat Super Hornet tetapi laporan oleh GAO yang bernaung di bawah Kongres Amerika Syarikat menunjukkan hanya 267 buah pesawat itu berada di tahap siap-siaga yang tinggi untuk melaksanakan apa-apa misi apabila diarahkan pada bila-bila masa.

Super Hornet
Pesawat Super Hornet ketika menjalani ujian dengan kapal pengangkut pesawat USS Gerald Ford.

 

Yang lainnya, jika hendak dikerah untuk melaksanakan operasi pada bila-bila masa, pesawat terbabit perlu dimasukkan ke “hospital” (penyelenggaraan) terlebih dahulu sebelum boleh terbang untuk operasi.

Kedua-dua pesawat, F-22 Raptor dan F/A-18 E/F Super Hornet mempunyai masalah besar di dalam aspek kesiapsiagaan (readiness) dengan tahap siap-siaga mereka pada ketika ini adalah sub-par, sebagaimana dikatakan oleh laporan itu.

Laporan oleh GAO itu turut menunjukkan pesawat-pesawat pengangkut C-130T dan KC-130T milik Tentera Laut Amerika Syarikat mempunyai tahap “kesiapsiagaan” (readiness) pesawat yang paling rendah iaitu hanya pada 36.5 peratus dan 32.4 peratus.

Hanya satu pertiga pesawat pengangkut itu boleh dikerah untuk operasi pada bila-bila masa.

KC-130T
Pesawat KC-130T Tentera Laut Amerika

 

Pihak GAO memberi amaran bahawa Tentera Udara dan Tentera Laut Amerika Syarikat pada ketika ini tidak mempunyai pelan mitigasi untuk mengatasi masalah berkenaan penyelenggaran pesawat mereka atau soal kesiapsiagaan untuk “terbang” melaksanakan misi apabila ia diarahkan.

Laporan oleh GAO itu juga mengatakan bahawa ia telah menerbitkan pelbagai laporan berkenaan soal-soal kesiapsiagaan dan penyelenggaraan pesawat-pesawat milik Tentera Udara dan Tentera Laut ,tetapi, laporan itu dipandang enteng atau sepi oleh Tentera Udara dan Tentera Laut Amerika Syarikat.

Malah kata pihak GAO,  Jabatan Pertahanan dan pihak kongress Amerika Syarikat juga memandang sepi laporan yang dikemukakannya itu. — DSA

apps

JOM!!!!! TEKAN DI SINI UNTUK MUAT-TURUN APPS DEFENCE  SECURITY ASIA DI GOOGLE PLAY STORE

 

 

Comments
Loading...