Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

Kos Operasi Sebuah Kapal LMS TLDM RM28,000 Sehari, RM1,200 Sejam

Malaysia memperolehi empat buah kapal LMS yang dibina secara bersama antara Boustead Naval Shipyard (BNS) dan China Shipbuilding and Offshore Corporation (CSOC) di Wuchang Shipyard di Qidong, China dalam kontrak perolehan yang melebihi RM1 billion.

0 4,736

(DEFENCE SECURITY ASIA) — Anggaran kos operasi sehari bagi sebuah kapal Littoral Mission Ship (LMS) milik Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) adalah RM1,200 sejam atau RM28,800 sehari, sebagaimana yang dimaklumkan di dalam Dewan Rakyat Julai lepas.

Pada 2017, TLDM telah memuktamadkan perolehan kapal kelas LMS Batch Pertama dengan pembinaan empat buah kapal di China.

Kesemua kapal tersebut iaitu KD KERIS, KD SUNDANG, KD BADIK dan KD RENCONG dan telah memasuki inventori TLDM secara berperingkat mulai Januari 2020 hingga Disember 2021.

Kesemua kapal itu beroperasi sepenuhnya daripada Pangkalan TLDM Kota Kinabalu, Sabah mempertahankan perairan negara di timur Sabah dan Laut China Selatan daripada pencerobohan.

Malaysia memperolehi empat buah kapal LMS yang dibina secara bersama antara Boustead Naval Shipyard (BNS) dan China Shipbuilding and Offshore Corporation (CSOC) di Wuchang Shipyard di Qidong, China dalam kontrak perolehan yang melebihi RM1 billion.

LMS
Kapal LMS TLDM yang keempat dan terakhir, “KD Rencong” di Pangkalan TLDM Kota Kinabalu. (TLDM)

 

“Manakala bagi kos pengoperasian kapal LMS, ianya merujuk kepada kos selenggaraan, kos alat ganti, kos bahan bakar dan kos rangsum. “

“Berdasarkan dapatan data pengoperasian kapal LMS dalam tempoh setahun iaitu dari 1 Julai 2021 hingga 30 Jun 2022, anggaran kos pengoperasian bagi sebuah kapal LMS ini adalah RM 1,200.00 sejam atau RM 28,800.00 sehari bagi sebuah kapal,” menurut jawapan lisan Kementerian Pertahanan di dalam Dewan Rakyat itu.

Tahap kesiagaan kapal LMS Batch Pertama berada di tahap yang baik di mana kesemua kapal berstatus beroperasi penuh dan kapal mampu melaksanakan penugasan operasi dengan berkesan apabila diatur gerak.

“Setakat ini tiada masalah besar yang dihadapi dalam pengoperasian kerana setiap perkara yang berlaku mampu dibaiki oleh anggota teknikal kapal sendiri di laut atau bantuan dari pihak depot setiba kapal di pangkalan.”

Program Transformasi Armada TLDM 15 ke5 telah diperkenalkan pada November 2017 untuk mewujudkan pengurusan keupayaan Armada TLDM yang kredibel, dinamik dan ekonomikal.

LMS
Kapal LMS ketiga TLDM dinamakan “KD Badik.” (gambar kredit TLDM)

 

Selepas membekalkan empat buah kapal Littoral Mission Ship (LMS) kelas-Keris kepada Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), syarikat pembuat kapal China Shipbuilding and Offshore International Company (CSOC) turut melihat peluang untuk memperolehi lebih banyak peluang di Malaysia.

Di atas rekod baiknya itu, syarikat CSOC daripada China itu kini bercita-cita pula untuk cuba menarik minat Kementerian Pertahanan dan TLDM untuk turut serta di dalam program pembinaan kapal LMS Batch Kedua pula dan Multi Role Support Ship (MRSS).

Pelan jangka panjang sehingga tahun 2050 ini dijangka akan dapat mengatasi cabaran dan kekangan yang dihadapi oleh TLDM dalam pengurusan aset yang usang melalui pengurangan 15 kelas kapal kepada hanya lima kelas kapal sahaja.

Lima kelas kapal TLDM itu adalah Littoral Combatant Ship (LCS), Littoral Mission Ship (LMS) Batch Kedua, Multi Role Support Ship (MRSS), New Generation Patrol Vessel. — LCS

apps

JOM!!!!! TEKAN DI SINI UNTUK MUAT-TURUN APPS DEFENCE  SECURITY ASIA DI GOOGLE PLAY STORE

 

 

 

Comments
Loading...