Dua Tahun Bercerita Nak Beli Hornet Kuwait, Tapi Tak Pernah Adakan Rundingan
Sudah dua tahun kita bercerita tentang hasrat mendapatkan pesawat pejuang F/A-18C/D Hornet milik Tentera Udara Kuwait, tetapi apa yang berlaku adalah kita tidak pernah mengadakan sebarang rundingan dengan negara Timur Tengah. Nak beli tapi tak pernah berunding dengan Kuwait.
(DEFENCE SECURITY ASIA) – Jika Malaysia dan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) benar-benar mahu mendapatkan pesawat F/A-18C/D Hornet Kuwait yang telah dilucutkan tauliah, maka ia perlu bersaing dengan Tunisia yang juga berminat mendapatkannya.
Negara Afrika Utara itu berminat mendapatkan pesawat Hornet Kuwait itu untuk menggantikan pesawat F-5E yang digunakannya pada ketika ini.
Laporan media sebelum ini mengatakan kerajaan Kuwait sedang berunding dengan Tunisia untuk menjual pesawat-pesawat F/A-18C/D kepada negara Afrika itu pada harga yang amat murah iaitu hanya US$1 juta sebuah.
Amerika Syarikat (sebagai negara yang membuat pesawat itu) pun nampaknya berminat untuk melihat Kuwait menjual pesawat-pesawat Hornet itu kepada Tunisia.
Laporan mengatakan Amerika Syarikat mahu proses pembelian oleh Tunisia itu direalisasikan kerana ia bermakna Washington dapat mengurangkan bantuan ketenteraan kepada negara Afrika Utara itu.
Bagaimanapun kos bagi segala usaha-usaha menaiktaraf pesawat itu yang akan dilakukan di Amerika Syarikat perlu ditanggung sendiri oleh kerajaan Tunisia.
Terdapat laporan terkini mengatakan bahawa Panglima Tentera Udara Tunisia telah pun membatalkan hasratnya untuk memperolehi pesawat F/A-18C/D itu, bagaimanapun ia tidak dapat disahkan.
Laporan daripada portal berita berbayar African Intelligence Report mengatakan Panglima Tentera Udara Tunisia Mohamed Hajjem telah membatalkan hasratnya untuk mendapatkan pesawat Hornet Kuwait itu.
Nampaknya, ini yang menjadi masalah kepada Tunisia kerana laporan media mengatakan dengan belanjawan pertahanan yang kecil ia berkemungkinan tidak akan mampu untuk membiayai kos menaiktaraf pesawat Hornet Kuwait itu.
Sekiranya laporan mengenai pembatalan hasrat Tunisia itu, benar, maka ia meningkatkan lagi peluang untuk kita mendapatkan pesawat-pesawat Hornet itu (itu pun jika kita benar-benar mahukannya).
Admin pun tak faham dengan kerajaan apabila pada minggu lepas ia mengatakan bahawa ia memang berhasrat mendapatkan 33 buah pesawat Hornet Tentera Udara Kuwait itu “lock, stock and barrel” tetapi tidak pernah mengadakan rundingan lagi dengan Kuwait lagi.
Admin pun terperanjat apabila mengetahui kita tidak pernah mengadakan rundingan Kuwait lagi, sedangkan berita mengenai hasrat kita untuk memperolehi pesawat Hornet Kuwait itu telah disuarakan oleh TUDM dan kerajaan sejak dua tahun lepas.
Jeneral Tan Sri Affendi Buang ketika beliau masih menjawat jawatan sebagai Panglima TUDM telah pun bercakap mengenainya dua tahun lepas, tetapi minggu lepas Timbalan Menteri Pertahanan di Dewan Negara mengatakan rundingan belum bermula lagi.
Tentera Kuwait juga mengatakan tiada rundingan antara negara itu dengan Malaysia berkenaan pesawat-pesawat Hornet itu.
Itu yang admin tak faham, sejak dua tahun lepas kita berdegar-degar bercakap tentang hasrat untuk membeli pesawat Hornet Kuwait yang dilucut tauliah itu tetapi apa yang sebenarnya berlaku adalah kita tidak pernah initiate some sort of official negotiations dengan negara Timur Tengah itu.
“Habuk pun tarak la kalau macam ni.”
Patutlah, Tentera Kuwait dalam kenyataan dalam akaun Twitternya beberapa hari lepas seolah-olah terperanjat dengan laporan media mengatakan Malaysia sedang berunding dengannya untuk mendapatkan pesawat Hornet itu.
Sebenarnya selama dua tahun kita bercakap tentang hasrat mendapatkan pesawat Hornet Kuwait itu, kerajaan tidak pernah pun mengadakan rundingan dengan negara Timur Tengah itu.
Dua tahun kita bercakap benda ini, tapi sebenarnya tak de apa-apa pun, perabih boreh je.
Comments are closed.