Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

(VIDEO) Hwasong-18, Bukti Perkongsian Teknologi Peluru Berpandu Ballistik Korea Utara-Russia

(VIDEO) Para penganalisis menyatakan kejayaan Pyongyang melancarkan peluru berpandu ballistik Hwasong-18 yang menggunakan bahan api pepejal itu adalah hasil kerjasama dan perkongsian teknologi peluru berpandu di antara Korea Utara dan Russia.

0 6,340

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Beberapa hari lalu, Korea Utara telah berjaya melancarkan peluru berpandu ballistik antara benua (Inter Continental Ballistic Missile – ICBM) dinamakan “Hwasong-18.”

Ujian pelancaran terbaru itu adalah yang ketiga dilakukan oleh Pyongyang terhadap Hwasong-18, selepas ujian sama pada 13 April dan 12 Julai lalu.

Kekerapan ujian pelancaran itu menunjukkan Korea Utara mahu mengoperasikan peluru berpandu terbarunya itu secepat mungkin.

Ketiga-tiga ujian pelancaran menurut Korea Utara, disifatkan berjaya dan rejim itu kini memiliki satu lagi jenis peluru berpandu ballistik jarak jauh yang boleh digunakan untuk membedil mana-mana lokasi di Amerika Syarikat sekiranya konflik tercetus di antara kedua-dua negara itu.

Berbeza dengan peluru-peluru berpandu ballistik milik Korea Utara sebelum ini, Hwasong-18 adalah peluru berpandu ballistik pertama milik negara itu yang menggunakan bahan api pepejal (solid-propellant).

Hwasong

Peluru-peluru berpandu ballistik Korea Utara sebelum ini hanya menggunakan bahan api cecair (liquid propellant).

Sebenarnya, peluru berpandu ballistik antara benua Hwasong-18 merupakan pencapaian bersejarah bagi Pyongyang dan penguasaan teknologi yang tidak pernah ia miliki sebelum ini.

Para penganalisis menyatakan kejayaan Pyongyang melancarkan peluru berpandu ballistik Hwasong-18 yang menggunakan bahan api pepejal itu adalah hasil kerjasama dan perkongsian teknologi peluru berpandu di antara Korea Utara dan Russia.

Ia adalah bukti jelas tentang kerjasama yang lebih erat di antara kedua-dua negara berkenaan pembangunan peluru berpandu ballistik antara benua yang lebih canggih dan lebih berbahaya.

Hubungan yang lebih erat di antara Moscow dan Pyongyang akhir-akhirnya ini telah menyaksikan Menteri Pertahanan Russia Sergey Shoigu melakukan lawatan ke Korea Utara manakala pemimpin Kim Jong-un pula berkunjung ke Russia.

Penganalisis menyatakan bahawa peluru berpandu ballistik, Hwasong-18 adalah “hampir sama” dengan peluru berpandu ballistik antara benua,  Topol-M buatan Russia.

Terdapat spekulasi menyatakan bahawa Moscow telah memindahkan teknologi peluru berpandu ballistik antara benua Topol-M yang berkemampuan membedil sasaran sejauh 11,000km kepada Korea Utara.

“Saiz fizikal dan trajektori penerbangan peluru berpandu Hwasong-18 itu adalah hampir sama dengan peluru berpandu ballistik antara benua milik Russia, Topol-M ICBM (SS-27 Mod 2.”

“Peluru berpandu itu dilengkapi untuk mengatasi sistem pertahanan anti-ballistik Amerika Syarikat untuk melancarkan peledak thermonuclear ke tanah besar negara kuasa besar itu.”

Topol
Topol-M

 

Jika benar Korea Utara dan Russia terlibat dalam kerjasama dan permindahan teknologi peluru berpandu ballistik antara benua, maka ia telah melanggar protokol tidak tertulis yang melarang pemindahan teknologi serangan peluru berpandu nuklear itu.

Kerjasama dan permindahan teknologi peluru berpandu ballistik antara benua di antara Moscow dan Pyongyang itu dikhutiri akan membawa rantau Indo-Pasifik ke tahap baru yang lebih berbahaya pada masa depan. — DSA

DEFENCE  SECURITY ASIA APPS

To advertise contact: lulwabyadah@gmail.com

Comments
Loading...