Korea Utara Berang British Mahu Letak Dua Kapal Perangnya Di Asia Pasifik
“Ia adalah suatu provokasi terhadap kami (Korea Utara) oleh Britain, yang telah meningkatkan ketegangan dengan mengerah kapal-kapal perangnya ke rantau Asia Pasifik dengan menjadikan kami sebagai ancaman.”
(DEFENCE SECURITY ASIA) – Tindakan British menempatkan dua buah kapal perangnya secara tetap di rantau Asia-Pasifik turut menerima kecaman daripada kerajaan Korea Utara pimpinan pemimpin ulungnya Kim Jong-un yang memanggil penempatan kapal perang itu sebagai suatu “provokasi.”
“Ia adalah suatu provokasi terhadap kami (Korea Utara) oleh Britain, yang telah meningkatkan ketegangan dengan mengerah kapal-kapal perangnya ke rantau Asia Pasifik dengan menjadikan kami sebagai ancaman,” menurut seorang pegawai Kementerian Luar Korea Utara dalam laman webnya.
Kemarahan Pyongyang terhadap tindakan British itu adalah sama seperti yang disuarakan oleh China.
Kementerian Luar Korea Utara berkata kehadiran kapal-kapal perang British itu akan hanya menyebabkan tentangan daripada negara-negara tempatan dan ketegangan di rantau yang sememangnya sudah sensitif dengan pelbagai perkara.
Kenyataan daripada Pyongyang itu muncul sebagai reaksi terhadap komen Menteri Pertahanan Britain Ben Wallace bahawa Korea Utara dan China sedang cuba “mengasingkan” (isolate) Jepun dan Korea Utara.
Beliau juga menuduh Pyongyang dan Beijing cuba mengancam kebebasan pelayaran di Indo-Pacific.
Baru-baru ini, Kementerian Pertahanan British telah mengenalpasti dua buah kapal perondanya, HMS Tamar (P233) dan HMS Spey (P234) untuk ditempatkan di perairan di Indo-Pasifik secara tetap.
Tindakan itu adalah untuk mencabar tindakan haram China yang mendakwa 90 peratus daripada Laut China Selatan adalah miliknya.
Keputusan Britain menempatkan dua buah kapal perangnya secara tetap di Indo-Pasifik ini adalah selaras dengan dasar negara itu yang mahu meningkatkan peranannya di rantau itu bagi menangani sikap agresif Beijing.
“HMS Tamar dan HMS Spey akan dikerahkan ke Indo-Pasifik pada akhir Ogos ini dan akan dibantu oleh rakan-rakan kami semasa operasi mereka termasuk Australia, Jepun dan Singapura,” menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Kementerian Pertahanan British.
Sebelum ini, Britain juga mengumumkan bahawa ia akan menempatkan satu unit anggota tentera dipanggil “Littoral Response Group” di Indo-Pasifik pada masa akan datang untuk misi-misi evacuation dan anti-terrorisme.
Keanggotaan unit khas ini mungkin akan datang daripada SAS, SBS atau Marines.
Comments are closed.