Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

[VIDEO] Taliban Serang Rumah Menteri Pertahanan Afghanistan

Bagaimanapun Menteri Pertahanan Afghanistan Bismillah Khan Mohammadi terselamat dalam serangan itu kerana tidak berada di rumah manakala keluarganya berjaya dipindahkan ke kawasan yang lebih selamat.

0 1,332

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Sekumpulan anggota Taliban telah melancarkan serangan berani mati terhadap kediaman rasmi Menteri Pertahanan Afghanistan di ibu negara, Kabul menyebabkan di antara lapan hingga 12 orang terbunuh termasuk empat anggota kumpulan militan itu.

Bagaimanapun Menteri Pertahanan Afghanistan Bismillah Khan Mohammadi terselamat dalam serangan itu kerana tidak berada di rumah manakala keluarganya berjaya dipindahkan ke kawasan yang lebih selamat.

Rumah menteri itu berada di dalam kawasan Zon Hijau yang sepatutnya dikawal ketat oleh anggota tentera Afghanistan.

Taliban mengaku bahawa ia bertanggungjawab terhadap serangan itu dan memberi amaran bahawa ia akan melancarkan lebih banyak serangan terhadap kedudukan kerajaan Afghanistan.

Lebih daripada 20 orang tercedera dalam serangan terhadap kediaman Menteri Pertahanan Afghanistan itu.

Menurut pasukan keselamatan negara itu, empat daripada lima penyerang itu terbunuh dalam serangan yang melibatkan penyerang-penyerang berani mati.

Penyerang terbabit telah berjaya memasuki kediaman Menteri Pertahanan itu sebelum dibunuh.

Pasukan keselamatan negara itu telah mengerahkan unit komandonya ke kediaman Menteri Pertahanan itu dan telah berlaku pertempuran selama tiga jam yang pada akhirnya menyaksikan empat daripada lima penyerang itu maut.

Selepas daripada kejadian itu, penduduk-penduduk di Kabul telah keluar beramai-ramai dijalanraya mengutuk serangan yang dilakukan oleh pengganas Taliban itu.

Bagaimanapun, serangan terhadap kediaman Menteri Pertahanan itu menunjukkan bahawa pengganas Taliban boleh menembusi mana-mana kawasan yang dikawal oleh pasukan keselamatan Afghanistan termasuk di pusat pentadbiran negara itu.

Anggota Komando Afghanistan menyelamatkan salah seorang penduduk tempatan.

 

DEFENCE SECURITY ASIA

Comments
Loading...