Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

KONTRAKTOR ECRL PEMBINA PULAU BUATAN CHINA DI SPRATLY?

0 673

China Communication Construction Company (CCCC) merupakan syarikat pembinaan besar China dan telah membina pelbagai projek yang besar di negara itu serta seluruh dunia.

Bagaimanapun pada 26 Ogos lepas, syarikat itu telah disenaraihitamkan oleh Amerika Syarikat kerana lima daripada anak syarikatnya terlibat dalam projek-projek penambakan, pembinaan dan usaha-usaha ketenteraan di pulau-pulau buatan manusia yang diduduki secara haram oleh China di Kepulauan Spratly dan Kepulauan Paracel, Laut China Selatan.

CCCC memiliki 34 anak syarikat tetapi daripada mereka telah disenaraihitamkan oleh Washington bersama-sama dua dozen syarikat China yang lain atas tindakannya di Laut China Selatan.

Syarikat CCCC di dakwa bertanggungjawab membantu Beijing meluaskan lagi cengkaman ketenteraannya di Laut China Selatan.

Selain itu syarikat multi-billion dollar milik China itu turut membantu menjayakan Belt and Road Inisiatif yang melaksanakan pelbagai projek infrastruktur di negara-negara membangun menggunakan skim pembiayaan yang mencurigakan.

Pada akhirnya, negara-negara yang terlibat dengan projek Belt and Road Inisiatif kerapkali dibebani hutang yang melampau sehingga mereka terpaksa melepaskan hak terhadap pengurusan projek itu kepada syarikat China.

Beberapa hari lepas, admin ada menulis artikel mengenai beban hutang yang terpaksa ditanggung oleh Laos berikutan perlaksanaan projek pembinaan empangan hidro menggunakan dana pembiayaan bank-bank China.

Laos kini berhadapan dengan kemungkinan diisytihar bankrap selepas tidak lagi mampu membayar hutang-hutang yang dipinjamnya daripada bank-bank China.

Selepas disenaraihitam menerusi peraturan yang dipanggil sebagai “Entity List”, mana-mana eksekutif daripada syarikat-syarikat terbabit itu termasuk lima anak syarikat CCCC tidak lagi dibenarkan memasuki Amerika Syarikat.

Selain aktiviti pembinaannya di pulau-pulau buatan manusia di Laut China Selatan,  anak-anak syarikat CCCC juga di dakwa terlibat dalam pemberian rasuah serta melayan pekerja-pekerja mereka dengan amat buruk.

Pada 2008, syarikat CCCC yang disokong oleh Parti Komunis China telah diharamkan daripada terlibat dengan apa-apa projek Bank Dunia selama lapan tahun selepas didapati menipu dalam projek di Filipina.

Anak-anak syarikat CCCC ini didakwa dalam pelbagai kegiatan meragukan di beberapa negara termasuk di Bangladesh, Kenya, Sri Lanka dan negara lain.

Di Malaysia pula, syarikat CCCC ini pula merupakan kontraktor utama bagi projek East Coast Rail Link (ECRL) bernilai RM44 billion.

— DEFENCE SECURITY ASIA

 

 

 

Comments
Loading...