The news is by your side.

Serang Hendap di Ulu Legong Papar Kekejaman Komunis…

0

 

Inilah kenderaan tentera yg di tembak oleh pengganas komunis di Ulu Legong pada tahun 1982 yang mengakibatkan 9 anggota terbunuh.

Perut mereka ditoreh, isi perut sengaja diburaikan, kemaluan dipotong, mata dicungkil, kepala hancur dek peluru yang bersarang, jenazah dilentangkan di atas jalan, diikat pada wiper kereta dan lain-lain.

Tujuh orang perajurit terkorban dan jenazah mereka dizalimi sezalim-zalimnya.

Serangan hendap ini menjawab persoalan siapakah sebenarnya pengganas komunis?

Adakah mereka ini pejuang kemerdekaan atau manusia berhati iblis dan berperilaku binatang?

Seperti diceritakan dalam buku Serang Hendap Ulu Legong oleh Lt. Kol Mohd Radzi Abd Hamid;

Anggota pertama iaitu Prebet Md Merdeka [pemandu trak] Volvo Mortar 2 tan, mayatnya telah dibogelkan dan diikat pada pengelap cermin trak.

Telinganya pula dipotong dan dijadikan kalung rantai dengan menggunakan tali akar pohon letup-letup.

Manakala kemaluannya dipotong dan dimasukkan ke dalam mulut seperti orang sedang menghisap cerut.

Kejam! Mayat kedua, Lans Kopral Hashim [ketua kumpulan], badannya bersarang dengan hampir 25 butir peluru. Ketika diangkat, badannya boleh dilipat dua seakan-akan tidak ada pinggang. Kepalanya hancur di sebelah kiri akibat tembakan yang bertubi-tubi.

Otaknya berterabur di atas jalan. Kedua-dua matanya dicungkil dan dibuang hilang entah ke mana.

Mayatnya juga dibogelkan lalu diletakkan terlentang di atas jalan. Kemaluannya juga dikerat dan dua telur kemaluan diletakkan di atas mata kiri dan kanannya.

Zalim! Mayat ketiga iaitu Prebet Jamil TK terperosok di dalam parit yang penuh dengan semak pokok senduduk; terlungkup dan seluarnya dilondehkan.

Mayatnya disula dengan ranting-ranting pohon senduduk. Kedua-dua belah daging punggungnya hancur dek tembakan bertubi-tubi.

Darah masih menitis perlahan-lahan ke tanah ketika jenazahnya diturunkan. Itu pun ada lagi yang mengatakan komunis juga pejuang kemerdekaan!!!

— Kredit Page Angkatan Tentera Malaysia, yang disiarkan pada 18 Jun 2020

Leave A Reply

Your email address will not be published.