Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

PENGKALAN TENTERA CHINA DI THAILAND?

0 617

Apakah Thailand akan membenarkan China membuka pos tentera di negara Asia Tenggara itu sebagaimana didakwa Pentagon dalam satu laporan kepada Kongres negara itu baru-baru ini?

Menurut laporan oleh Pentagon itu, Beijing didakwa bercadang mewujudkan jaringan logistik bagi tenteranya di luar negara seperti di Thailand dan negara-negara Asia yang lain.

Thailand termasuk di kalangan beberapa negara yang dijangka oleh Pentagon sebagai berpotensi untuk muncul sebagai penempatan pos tentera China, selain Myanmar Indonesia, Pakistan dan beberapa negara Asia Tengah.

Dalam laporan Pentagon itu, Singapura dan negara Afrika turut disenaraikan, walaupun admin menjangkakan kemungkinan negara di selatan tanahair itu menjadi pengkalan China adalah amat tipis sekali.

Kewujudan pengkalan-pengkalan lojistik tentera China di serata dunia akan membolehkan Beijing meluaskan lagi kekuasaan tenteranya.

“Jaringan lojistik tentera China boleh menjejaskan operasi tentera Amerika Syarikat dan memberikannya fleksibiliti untuk menyokong operasi offensif terhadap Washington,” menurut laporan itu.

Bagaimanapun laporan dan analisis Pentagon itu telah dinafikan oleh jurucakap Kementerian Pertahanan Thailand serta kedutaan China di Bangkok.

” Kita tidak mempunyai dasar untuk membenarkan tentera asing untuk mewujudkan pengkalan tentera di Thailand,” kata Mej Gen Kongcheep Tantavanich.

Pada ketika ini, China telah memiliki pengkalan tentera di luar negara seperti di Djibouti dan Pakistan.

Terdapat dakwaan Beijing sedang cuba memujuk negara asing untuk membenarkannya mewujudkan pengkalan tentera seperti di Sri Lanka, Kemboja dan Iran.

Walaupun Thailand menafikan laporan oleh Pentagon itu, namun pada kemuncak Perang Dingin, Amerika telah melancarkan serangan udara ke kedudukan tentera Vietnam Utara daripada tujuh pengkalan udara di Thailand.

Lebih daripada 27,000 anggota tentera Amerika dan 300 pesawat diletakkan di Thailand sehingga 1976.

Media Amerika juga mendakwa kerajaan Thai membenarkan CIA melaksanakan pusat “black ops” di Thailand.

Ia merujuk kepada penangkapan Riduan Isamuddin aka “Osama bin Laden Asia Tenggara” pada 2003 oleh pasukan khas Thailand dan Amerika.

Selepas ditangkap, Riduan atau lebih dikenali sebagai “Hambali” telah dibawa ke pusat “Black Ops” CIA di Kem Ramasun di timur Thailand untuk disiasat dan kemungkinan diseksa. Hanya selepas itu, beliau diterbangkan ke Guantanamo Bay., Cuba.

-- DEFENCE SECURITY ASIA
Comments
Loading...