Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

Dua Rakyat M’sia Dihukum Penjara Mahkamah Amerika Syarikat Kerana Eksport Senjata Ke Hong Kong

Kedua-dua rakyat Malaysia itu dikenali dengan nama Lionel Chan, 36, dari Brighton di Massachusets dijatuhkan hukuman penjara selama lapan bulan, tiga tahun supervised released dan denda US$10,000 oleh Hakim Mark I.Wolf.

0 1,495

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Dua rakyat Malaysia dijatuhkan hukuman oleh sebuah mahkamah di Boston kerana berkonspirasi untuk mengeksport alatan senjata api daripada Amerika Syarikat ke Hong Kong.

Kedua-dua rakyat Malaysia itu dikenali dengan nama Lionel Chan, 36, dari Brighton di Massachusets dijatuhkan hukuman penjara selama lapan bulan, tiga tahun supervised released dan denda US$10,000 oleh Hakim Mark I.Wolf.

Hakim terbabit juga juga menjatuhkan hukuman terhadap seorang lagi rakyat Malaysia dikenali dengan nama Muhammad Mohd Radzi, 27, daripada Brooklyn, New York dikenakan hukuman probation selama lima tahun dengan syarat beliau perlu meninggal negara itu pada atau sebelum 15 Jun dan tidak kembali ke Amerika Syarikat selama lima tahun serta denda sebanyak US$10,000.

Menurut kenyataan oleh Jabatan Keadilan Amerika Syarikat, kedua-dua rakyat itu telah mengaku bersalah pada Januari 22 tahun ini berkonspirasi untuk melanggar Arms Export Control Act negara itu.

Ia mengatakan sekitar Mac,2018, Chan mula membeli secara online pelbagai peralatan senjata yang digunakan untuk memasang raifal AR-15 dan pistol 9mm untuk pembeli yang menginap di Hong Kong.

 

DOJ

Banyak daripada peralatan senjata yang dibeli oleh Chan dan dieksport ke Hong Kong adalah item kawalan yang tidak dibenarkan dieksport daripada Amerika Syarikat tanpa lessen atau kebenaran daripada kerajaan negara itu.

Rakyat Malaysia itu menghantar peralatan senjata itu menggunakan Federal Express kepada pembeli di Hong Kong tanpa memperolehi terlebih dahulu lessen export daripada pihak berkuasa Amerika Syarikat.

Beliau juga cuba mengaburi pihak Federal Express dengan memberikan maklumat palsu tentang barangan dikirimnya .

Di antara Mac hingga Mei 2018, Chan menghantar sekurang-kurangnya 12 pakej mengandungi peralatan senjata itu daripada Brighton ke pembelinya di Hong Kong.

DOJ

Sekitar April 2018, Radzi menyertai konspirasi itu dan mula mengeksport peralatan senjata daripada Amerika Syarikat kepada Hong Kong .

Antara Mei hingga Oktober 2018,beliau menghantar 21 pakej daripada Brooklyn kepada pembeli di Hong Kong tetapi pada Oktober tahun ini, dua daripada pakej itu berjaya dipintas oleh pihak berkuasa Hong Kong yang menemui peralatan senjata tersebut.

Antara peralatan senjata itu termasuklah firing pin, gun sight, pistol grips yang merupakan barangan kawalan dimana Radzi gagal mendapatkan lesen eksport.

DEFENCE SECURITY ASIA

Comments
Loading...