Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

Bendera Indonesia “Hilang” Pada Prototaip Pesawat KF-21 “Boramae”. Mengapa?

“Kehilangan” bendera Indonesia pada prototaip pesawat KF-21 "Boramae" yang kelima itu, berkemungkinan disebabkan kerana kegagalan negara itu melunaskan bayaran yang sepatut dibuatnya sebagai rakan kerjasama Korea Selatan untuk program pembangunan pesawat pejuang itu.

6,663

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Baru-baru ini, Presiden Korea Selatan Yoon-seuk Yul telah melakukan lawatan ke kemudahan syarikat Korea Aerospace Industries (KAI) dan memberikan ucapan di hadapan prototaip kelima pesawat pejuang KF-21 “Boramae”.

Namun apa yang menarik perhatian pemerhati adalah “kehilangan” bendera Indonesia pada prototaip pesawat KF-21 yang kelima itu, yang berkemungkinan disebabkan kegagalan negara itu melunaskan bayaran yang sepatut dibuatnya sebagai rakan kerjasama Korea Selatan untuk program pembangunan pesawat pejuang itu.

Berbanding pada prototaip pesawat KF-21 pertama hingga keempat, bendera Merah Putih Indonesia sentiasa berada di sebelah bendera Korea Selatan, menandakan kerjasama di antara kedua-dua negara dalam pembangunan pesawat pejuang generasi 4.5  itu.

Indonesia dan Korea Selatan telah menandatangani perjanjian pada 2010 untuk bekerjasama di dalam program pembangunan pesawat pejuang itu, dengan Jakarta dikatakan akan menerima prototaip pesawat KF-21 yang kelima itu.

Sebagai rakan kerjasama bagi program pembangunan pesawat KF-21,Jakarta bersetuju untuk membayar 20 peratus daripada keseluruhan kos pembangunan pesawat pejuang itu yang dianggarkan berjumlah US$6.67 bilion (RM26.7 bilion).

KF-21

Ia adalah sebagai pertukaran untuk membina sejumlah pesawat KF-21 itu di Indonesia serta pemindahan teknologi.

Kegagalan Indonesia menjelaskan bayarannya telah menimbulkan ketidakpuasan hati beberapa pihak di Korea Selatan yang meminta kerajaan negara itu supaya membatalkan penyertaan Indonesia dan meneruskan program pembangunan pesawat pejuang KF-21 bersendirian.

Menurut ketua bagi agensi Defense Acquisition Program Administration (DAPA) Korea Selatan Eom Dong Hwan,  kali terakhir Indonesia melakukan bayaran bagi penyertaannya dalam program pembangunan pesawat pejuang KF-21 itu adalah pada 2017, iaitu kira-kira lima tahun yang lalu.

KF-21

DAPA dan Korea Aerospace Industries (KAI) bertanggungjawab membangunkan pesawat pejuang itu yang berjaya melakukan penerbangan sulungnya pada Jun lepas.

Menurut Eom, Indonesia hanya telah menjelaskan kira-kira 30 peratus daripada bayaran yang perlu dibuatnya kepada Korea Selatan.

Media Korea Selatan mendakwa Indonesia telah gagal melunaskan bayaran sebanyak US$671 juta (RM2.7 bilion) daripada US$1.3 bilion (RM5.3 bilion) bayaran keseluruhan terhadap program pesawat yang dijanjikannya, dengan menjadikan masalah kewangan negara itu sebagai alasan utamanya. 

apps

JOM!!!!! TEKAN DI SINI UNTUK MUAT-TURUN APPS DEFENCE  SECURITY ASIA DI GOOGLE PLAY STORE

 

Bagaimanapun laporan oleh portal pertahanan Janes pada bulan ini mengatakan bahawa Indonesia telah mula melakukan pembayaran semula selepas tiga tahun.

Portal itu mengatakan bahawa pada 1 Nov lepas, Indonesia telah melakukan pembayaran sebanyak US$6.63 juta (RM26.52 juta). — DSA

Jom!!!! follow TwitterTelegramFacebook dan download Apps Defence Security Asia di Google Playstore

 

Comments are closed.