Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

KF-21 “Boramae” Lengkapkan 1,000 Penerbangan, Antara Pesawat Pejuang Paling Selamat

Sejak melakukan penerbangan sulungnya pada Julai 2022, pesawat pejuang KF-21 "Boramae" itu telah menjalani pelbagai siri penilaian yang ketat, termasuk ujian kelajuan supersonik, manuver altitud tinggi dan ujian avionik.

0 4,272
(DEFENCE SECURITY ASIA) — Pesawat pejuang generasi 4.5 KF-21 “Boramae” telah berjaya melengkapkan penerbangan ujian ke-1000 pada 29 November lalu tanpa mengalami sebarang kemalangan, menjadikannya antara pesawat pejuang paling selamat.
Kejayaan melengkapkan 1,000 penerbangan ujian itu merupakan suatu detik penting bagi syarikat Korea Aerospace Industries (KAI) dan pesawat pejuang yang sedang dibangunkannya terutamanya dalam menunjukkan standard keselamatannya yang tinggi,  kebolehpercayaan dan kesiapsiagaannya ketika menjalani ujian intensif untuk memenuhi penanda aras operasi yang ketat.
KAI kini perlu melengkapkan 1,000 lagi penerbangan ujian bagi melengkapkan 2,000 penerbangan ujian yang dirancang sebelum ini.
Sejak melakukan penerbangan sulungnya pada Julai 2022, pesawat pejuang KF-21 “Boramae” itu telah menjalani pelbagai siri penilaian yang ketat, termasuk ujian kelajuan supersonik, manuver altitud tinggi dan ujian avionik.
Usaha ini mengukuhkan peranan penting program tersebut dalam memperkasakan keupayaan pertahanan Korea Selatan serta meningkatkan kebergantungan sendiri dalam teknologi ketenteraan.
“Mencapai 1,000 penerbangan tanpa kemalangan bukan sahaja membuktikan keselamatan pesawat tersebut, malah turut mencerminkan kepakaran teknikal pasukan kejuruteraan dan ujian KAI. Pencapaian ini menunjukkan komitmen Korea Selatan terhadap jaminan kualiti yang ketat serta pembangunan pesawat tentera bertaraf dunia.”

KF-21

Ringkasan Padat:

Pesawat pejuang generasi 4.5 KF-21 “Boramae” berjaya melengkapkan penerbangan ujian ke-1,000 pada 29 November tanpa kemalangan, menonjolkan keselamatan dan kebolehpercayaan tinggi. Pencapaian ini merupakan detik penting bagi Korea Aerospace Industries (KAI), dengan matlamat melengkapkan 2,000 penerbangan ujian. Dilancarkan pada 2015 dengan kos AS$6.59 bilion, KF-21 sedang menjalani ujian intensif termasuk integrasi senjata dan penilaian operasi.

KAI merancang penghantaran 20 pesawat Block 1 untuk misi udara-ke-udara pada 2026, diikuti 80 Block 2 untuk misi udara-ke-darat. Tentera Udara Korea Selatan (ROKAF) bercadang mengoperasikan 100-120 pesawat menjelang 2032. Pesawat ini juga disasarkan untuk eksport dengan harga kompetitif AS$65 juta seunit.

Hanwha Aerospace turut memperoleh kontrak besar bagi komponen utama dan enjin KF-21, menjamin sokongan pengeluaran sehingga 2028. Program KF-21 memainkan peranan penting dalam meningkatkan keupayaan pertahanan Korea Selatan dan kerjasama keselamatan serantau.

Ketika KF-21 memasuki fasa ujian seterusnya, termasuk integrasi senjata dan penilaian operasi, pesawat pejuang generasi 4.5 itu kekal sebagai simbol aspirasi Korea Selatan untuk menerajui teknologi pesawat pejuang.
Kemajuan program pembangunan pesawat pejuang KF-21 “Boramane” itu mengukuhkan keyakinan KAI dalam menghasilkan pesawat canggih yang mampu memenuhi cabaran pertahanan moden sambil memperkukuh kerjasama keselamatan serantau dan antarabangsa.
Dilancarkan pada 2015, program pembangunan pesawat KF-21 itu dianggar menelan belanja US$6.59 bilion (RM26.36 bilion).
KAI merancang untuk membekalkan 20 buah pesawat KF-21 Block 1 yang direkabentuk untuk misi udara-ke-udara pada tahun 2026, diikuti oleh 80 buah pesawat Block 2 itu untuk misi udara-ke-darat pada fasa seterusnya.
Kontrak pembinaan 20 buah pesawat pejuang KF-21 Block 10 bernilai USD$1.41 bilion (RM6.65 billion) itu telah ditandatangani di antara KAI dengan agensi kerajaan Korea Selatan, DAPA.
“Dibawah perjanjian itu, KAI akan menghasilkan 20 unit pesawat pejuang itu dan menyediakan bantuan lojistik, manual teknikal dan latihan. Pesawat-pesawat pejuang itu akan berkhidmat untuk Tentera Udara Korea Selatan (ROKAF) pada akhir tahun 2026,” menurut laporan media Korea Selatan.
KF-21
KF-21 “Boramae”
ROKAF bercadang mengoperasikan sehingga 100 hingga 120 buah pesawat pejuang KF-21 “Boramae” menjelang tahun 2032 untuk menggantikan pesawat-pesawat pejuang berusianya, F-4 “Phantom” dan F-5 yang masih digunakan oleh tentera udara negara itu.
Korea Selatan bercadang menjadikan pesawat pejuang KF-21 “Boramae” itu sebagai “tulang belakang” ROKAF, yang akan memainkan peranan penting sekiranya berlaku peperangan di Semenananjung Korea.
Gergasi aeroangkasa Korea Selatan itu juga dilaporkan berhasrat untuk mula mengeksport pesawat pejuang KF-21 “Boramae” kepada pelanggan-pelanggan yang berminat.
KAI telah pun mensasarkan beberapa buah negara sebagai pelanggan berpotensi bagi
pesawat pejuang KF-21 terutamanya negara-negara yang telah pun menggunakan pesawat pejuang ringan FA-50/T-50 seperti Thailand, Filipina dan Poland serta Malaysia.
Dengan anggaran harga per-unit pada US$65 juta (RM306 juta) sebagaimana yang dilaporkan oleh media-media pertahanan antarabangsa, harga KF-21 (mungkin Block 10) adalah lebih rendah berbanding pesawat-pesawat generasi 4.5 yang lain seperti Rafale dan Eurofighter Typhoon. 
KF-21
KF-21 “Boramae”
Sementara itu, syarikat Hanwha Aerospace beberapa hari lalu mengumumkan bahawa ia telah memperoleh kontrak bernilai US$336.9 juta daripada Korea Aerospace Industries (KAI) untuk membekalkan komponen bagi pesawat pejuang generasi 4.5 buatan tempatan KF-21 “Boramae”.
Di bawah perjanjian ini, Hanwha Aerospace akan membekalkan komponen utama, termasuk unit kuasa tambahan (auxiliary power unit), serta komponen sistem pendorongan (propulsion), pendaratan (landing), drive dan komponen sistem bahan api untuk kumpulan pengeluaran awal pesawat-pesawat KF-21 sehingga tahun 2028.
Pada bulan Jun lalu, Hanwha Aerospace turut menandatangani kontrak dengan Defense Acquisition Program Administration (DAPA), untuk membekalkan enjin bagi KF-21. — DSA
Comments
Loading...