Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

Kedaulatan Beijing Terhadap Laut China Selatan “Tidak Boleh Dipertikaikan”

Kenyataan itu dikeluarkan oleh jurucakap Kementerian Pertahanannya Tan Kefei dalam sidang media bulanan yang diadakan semalam di Beijing.

0 1,489

(DEFENCE SECURITY ASIA) – China menyatakan bahawa kedaulatan negara itu terhadap kesemua pulau-pulau dan ciri-ciri maritim yang terdapat di Laut China Selatan sebagai “tidak lagi boleh dipertikaikan” (indisputable).

Kenyataan itu dikeluarkan oleh jurucakap Kementerian Pertahanannya Tan Kefei dalam sidang media bulanan yang diadakan semalam di Beijing.

“China mempunyai kedaulatan yang tidak boleh dipertikaikan pulau-pulau di Laut China Selatan dan perairan-perairan yang berhampiran dengannya.”

“Kami komited untuk menyelesaikan segala pertikaian menerusi rundingan dengan negara-negara terlibat di atas dasar menghormati fakta-fakta sejarah dan undang-undang antarabangsa,” kata beliau yang ditujukan kepada Naib Presiden Amerika Syarikat Kamala Harris ketika beliau melakukan lawatan ke beberapa negara di Asia Tenggara.

Kamala Harris melawat Singapura dan Vietnam baru-baru ini.

Kamala Haris

Ketika dalam ucapannya di Singapura dan Vietnam itu, Harris mengatakan Beijng terus menggunakan pendekatan intimidasi dengan mendakwa bahawa kuasa Asia itu memiliki sebahagian besar daripada perairan Laut China Selatan itu yang amat penting untuk perdagangan dunia.

“Tindakan Beijing telah mengenepikan orde yang berasaskan kepada undang-undang antarabangsa dan mengancam kedaulatan negara-negara lain. Amerika Syarikat berdiri bersama-sama sekutu dan rakan-rakan kami dalam berhadapan dengan ancaman ini (daripada China),” katanya.

Di Hanoi, Harris berkata, Amerika Syarikat dan rakan-rakanya perlu mencari jalan untuk memberi tekanan dan meningkatkannya supaya Beijing mematuhi UNCLOS (United Nations Convention on the Law of the Sea) dan menentang tindakannya yang suka membuli (negara-negara jirannya).

Laut China Selatan

Dalam reaksi balasnya, jurucakap Kementerian Pertahanan China itu mendakwa bahawa Amerika Syarikat merupakan penyumbang utama kepada ketegangan di rantau ini terutamanya di kawasan-kawasan perairan yang dipertikaikan.

“Sebagai negara bukan daripada rantau ini, Amerika Syarikat tidak mempedulikan undang-undang antarabangsa dan norma biasa di dalam hubungan antarabangsa, kerap menunjukkan kekuatan tenteranya dengan berselindung di bawah “FONOP” (Freedom of Navigation) untuk memprovokasi, menganggu dan menidakkan usaha negara-negara serantau dalam mengekalkan keamanan dan kestabilan di Laut China Selatan,” katanya.

 

DEFENCE SECURITY ASIA

 

 

 

Comments
Loading...