Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

[TERKINI] 12 Tentera Amerika Dilapor Terbunuh Dalam Serangan Berani Mati Di Kabul

Jurucakap Jabatan Pertahanan Amerika John Kirby mengesahkan "beberapa" anggota tentera Amerika Syarikat terbunuh dalam serangan berani mati di Lapangan Terbang Kabul itu, tetapi media-media negara Uncle Sam itu termasuk Fox News dan Associated Press (AP)  yang memetik sumber Pentagon mendakwa 12 anggota tentera negara itu disahkan terbunuh dalam serangan berani mati.

0 1,293

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Sehingga 12 anggota tentera Amerika dilapor terbunuh dalam dua kejadian serangan berani mati di luar Lapangan Terbang Antarabangsa Kabul ketika anggota tentera Amerika Syarikat dan antarabangsa sedang berusaha membawa keluar ribuan rakyat mereka dan warga Afghanistan yang pernah bekerja dengan mereka sebelum tarikh akhir ditetapkan Taliban pada 31 Ogos.

Jurucakap Jabatan Pertahanan Amerika John Kirby mengesahkan “beberapa” anggota tentera Amerika Syarikat terbunuh dalam serangan berani mati di Lapangan Terbang Kabul itu, tetapi media-media negara Uncle Sam itu termasuk Fox News dan Associated Press (AP)  yang memetik sumber Pentagon mendakwa 12 anggota tentera negara itu disahkan terbunuh dalam serangan berani mati.

12 anggota tentera Amerika yang terbunuh itu dikatakan terdiri daripada 11 anggota tentera Marines manakala seorang anggota perubatan Tentera Laut Amerika Syarikat.

U.S Central Command mengatakan 15 anggota tenteranya cedera dalam serangan berani mati di lapangan terbang itu.

Sumber-sumber  juga berkata terdapat kemungkinan bilangan tentera Amerika yang maut atau cedera akan meningkat kerana serangan berani mati di Lapangan Terbang Kabul itu masih berlaku, dengan penduduk tempatan mendakwa berlakunya letupan ketiga di kawasan lapangan terbang itu.

Sementara itu laporan oleh Taliban beberapa jam lalu mengatakan 13 orang terbunuh termasuk kanak-kanak dan wanita dalam serangan itu, tetapi media-media tempatan Afghanistan mengatakan bilangan mereka yang terbunuh dalam serangan berani mati itu telah meningkat kepada 40 orang dan ia kemungkinan akan meningkat.

Kirby

BBC dalam laporan terkininya mengatakan 60 orang telah terbunuh dalam serangan berani mati itu manakala 140 orang lain cedera,

“Kami boleh mengesahkan bahawa insiden letupan yang berlaku di Abbey Gate adalah hasil serangan yang kompleks yang menyebabkan kematian/kecederaan. Kami juga mengesahkan bahawa satu lagi letupan berlaku berhampiran Baron Hotel, tidak jauh daripada Abbey Gate,” menurut jurucakap Jabatan Pertahanan Amerika, John Kirby dalam ciapannya di dalam akaun Twitter rasminya beberapa jam sebelum ini.

Sebaik sahaja letupan berlaku, kedengaran bunyi tembakan bertalu-talu.

Mangsa-mangsa yang cedera dibawa menaiki ambulan ke hospital.

Menurut seorang lagi pegawai tentera Amerika, maklumat awal diterimanya mengatakan letupan bom itu berpunca daripada serangan berani mati.

Sebaik sahaja kejadian letupan itu berlaku, kedutaan Amerika di Kabul telah mengeluarkan kenyataan melarang mana-mana rakyat negara itu daripada pergi ke Lapangan Terbang Kabul.

Kejadian serangan berani mati di Lapangan Terbang Kabul itu bakal menyebabkan Amerika Syarikat dan negara-negara lain menamatkan operasi pemindahan rakyatnya dan warga Afghanistan ditamatkan lebih awal sebelum tarikh akhir 31 Ogos ini.

Terdapat ribuan lagi rakyat Amerika Syarikat masih berada di Kabul pada ketika ini sedang menunggu untuk dibawak keluar.

Kabul

Kabul

Kejadian letupan bom di Lapangan Terbang Kabul itu berlaku beberapa hari selepas pihak tentera Amerika Syarikat mengeluarkan amaran tentang kemungkinan serangan pengganas terhadap lapangan terbang yang kini menempatkan ribuan anggota tentera dan warga Afghanistan yang cuba keluar daripada negara itu.

Pihak keselamatan Amerika mendakwa  cabang kumpulan pengganas Islamic State (IS) iaitu Islamic State Khorasan Province (ISKP) sedang merancang untuk melakukan serangan terhadap anggota tentera antarabangsa yang berada di Lapangan Terbang Kabul itu.

Bagaimanapun sehingga artikel ini ditulis, tiada kenyataan pengakuan daripada ISKP mengatakan pihaknya bertanggungjawab dengan serangan itu.

Awal hari jurucakap Taliban, Zabiullah Mujahid juga mendakwa IS sedang merancang untuk melakukan serangan terhadap Lapangan Terbang Kabul.

DEFENCE SECURITY ASIA

Comments
Loading...