Dron Berkuasa Jet “Karrar” Milik Iran Dilengkapi Peluru Berpandu Udara-Ke-Udara
Sebagaimana dinyatakan oleh Ketua Unit Anti-Udara tentera Iran Brig Jen Alireza Sabahifard, peluru berpandu udara-ke-udara “Majid” yang diadaptasi untuk dibawa oleh dron “Karrar” Iran itu boleh membedil sasaran sejauh 8km hingga 16km menggunakan pengesan haba (heat-seeking).
(DEFENCE SECURITY ASIA) — Iran mengumumkan bahawa ia telah berjaya melengkapkan dron pemintas (interceptor) berkuasa jet, “Karrar” dengan peluru berpandu udara-ke-udara buatan tempatan, menjadikan dron itu satu lagi aset pertahanan udara untuk negara Parsi itu.
Tidak banyak dron dipasaran yang berkemampuan membawa peluru berpandu udara-ke-udara untuk membedil sasaran udara.
Sebagaimana dinyatakan oleh Ketua Unit Anti-Udara tentera Iran Brig Jen Alireza Sabahifard, peluru berpandu udara-ke-udara “Majid” yang diadaptasi untuk dibawa oleh dron “Karrar” Iran itu boleh membedil sasaran sejauh 8km hingga 16km menggunakan pengesan haba (heat-seeking).
Dilengkapi dengan kepala peledak khas, peluru berpandu udara-ke-udara “Majid” itu berkemampuan menembak jatuh pelbagai jenis sasaran udara daripada dron sendiri kepada pesawat pejuang dan helikopter.
Kejayaan mengadaptasi peluru berpandu udara-ke-udara “Majid” ke dron “Karrar” itu adalah hasil penyelidikan dan pembangunan selama dua tahun, yang menyaksikan peluru berpandu “Majid” itu diubahsuai daripada peluru berpandu darat-ke-udara kepada peluru berpandu udara-ke-udara.
Iran memang merekabentuk dron berkuasa jet “Karrar” itu untuk memusnahkan sasaran udara.
Menurut laporan media Iran, peluru berpandu udara-ke-udara “Majid” yang melengkapi dron berkuasa jet “Karrar” itu dilengkapi dengan peledak khas bagi membolehkan ia memusnahkan pelbagai sasaran udara.
Iran mula mendedahkan tentang kewujudan dron berkuasa jet jarak jauh “Karrar” pada tahun 2010, malah terdapat laporan menyatakan bahawa Iran telah “mengeksport” dron “Karrar” itu kepada beberapa negara kumpulan bersenjata yang pro kepadanya di rantau itu termasuk Hezbollah.
Berkemampuan terbang sejauh 1,000km, ia juga adalah dron pertama Iran yang berjaya terbang pada ketinggian 47,000 kaki.
Selain peluru berpandu udara-ke-udara “Majid”, dron berkuasa jet “Karrar” itu juga berkemampuan membawa dua butir bom seberat 115kg masing-masing dan bom pintar (precision guided munition) seberar 227kg.
Sebelum ini, tentera Iran menggunakan dron berkuasa jet “Karrar” itu sebagai dron “pemberi amaran” kepada pesawat-pesawat asing yang berada hampir dengan kawasan perairan negara itu dan juga Flight Information Region (FIR).
Pada tahun 2021, dalam satu latihan tentera Iran telah menunjukkan bagaimana dron berkuasa jet “Karrar” itu membedil sasaran udara menggunakan peluru berpandu udara-ke-udara “Azarakhsh” buatan tempatan.
Sasaran ditembak oleh dron “Karrar” itu berkemampuan terbang pada altitude tinggi dan memiliki Radar Cross Section (RCS) yang amat rendah, menunjukkan kemampuan dron itu untuk terbang pada altitud yang tinggi serta mengesan sasaran yang hampir halimunan.
Terdapat juga laporan mengatakan Iran telah mengeksport dron berkuasa jet “Karrar” itu ke Lubnan sejak 2014 dan terdapat kemungkinan dron berkuasa jet itu akan digunakan oleh pejuang Hezbollah bagi menentang pencerohohan tentera Israel pada masa terdekat ini. — DSA
DEFENCE SECURITY ASIA APPS
To advertise contact admin: [email protected]
Comments are closed.