Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

Pakistan Uji Peluru Berpandu Ballistik “Ghauri/Hatf-v”, Mampu Bedil Sasaran 1,500km Jauh

Peluru berpandu ballistik “Ghauri/Hatf-v” telah berada di dalam simpanan tentera Pakistan sejak puluhan tahun lepas dan ia merupakan aset strategik bagi negara itu dalam memastikan ia mampu menangani ancaman terhadapnya terutama daripada musuh tradisinya yang ia pernah berperang beberapa kali, India.

0 3,738

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Beberapa hari lepas, Pakistan telah melaksanakan ujian pelancaran peluru berpandu ballistik jarak sederhana “Ghauri”, yang berkemampuan membedil sasaran sejauh 1,500km.

Peluru berpandu ballistik  yang mula berada di dalam pegangan tentera Pakistan pada 1998 itu boleh dilengkapkan dengan kepala peledak konvensional dan nuklear.

Ia juga menandakan ujian pelancaran peluru berpandu yang dilaksanakan oleh tentera Pakistan dalam tempoh 10 hari.

Peluru berpandu ballistik “Ghauri/Hatf-v” telah berada di dalam simpanan tentera Pakistan sejak puluhan tahun lepas dan ia merupakan aset strategik bagi negara itu dalam memastikan ia mampu menangani ancaman terhadapnya terutama daripada musuh tradisinya yang ia pernah berperang beberapa kali, India.

Dengan radius operasi peluru berpandu ballistik “Ghauri” sejauh 1,500km, ia membolehkan Pakistan membedil sasaran yang terletak jauh daripada sempadannnya.

Ghauri

“Tujuan utama ujian pelancaran itu adalah untuk menguji persediaan operasional dan teknikal Pemerintahan Angkatan Strategik Tentera Darat Pakistan,” menurut kenyataan oleh Tentera Darat Pakistan.

Ujian pelancaran peluru berpandu ballistik “Ghauri” itu telah disaksikan oleh pegawai-pegawai kanan Tentera Pakistan, saintis dan jurutera-jurutera pertahanan negara itu.

Pelancaran itu juga menandakan sebahagian daripada usaha berterusan Pakistan untuk meningkatkan kemampuan teknologi ketenteraanna dan memastikan angkatan tenteranya sentiasa dalam keadaan bersiap-sedia.

Ia juga menunjukkan komitmen Pakistan dalam mengekalkan kekuatan tenteranya.Ghauri

Walaupun perincian mengenai ujian pelancaran peluru berpandu ballistik itu terhad, tetapi ia membuktikan usaha berterusan Pakistann untuk meningkatkan kemampuan angkatan tenteranya.

Kejayaan ujian pelancaran peluru berpandu ballistik “Ghauri”mengesahkan lagi kemampuan Pakistan dalam mempertahankan kepentingan keselamatannya dan mengekang sebarang ancaman berpotensi terhadapnya.

Peluru berpandu ballistik “Ghauri” adalah satu-satunya peluru berpandu liquid-fuelled yang dimiliki oleh tentera Pakistan pada masa ini dan ia memerlukan persiapan yang rapi sebelum boleh dilancarkan.

Tentera Pakistan telah mengambil langkah untuk menggantikan peluru berpandu ballistik “Shaheen” yang merupakan peluru berpandu solid-fuelled yang lebih mudah untuk dilancarkan. — DSA

DEFENCE  SECURITY ASIA APPS

 

To advertise contact admin: haikalhamas73@gmail.com

 

 

Comments
Loading...