Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

Polis Pulau Pinang Bertindak Terhadap Restoran “Komunisme”

0 889

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Polis Pulau Pinang telah memulakan siasatan terhadap pemilik dua buah restoran di Pulau Pinang kerana menghiasi restoran-restorannya dengan wallpaper bertemakan perjuangan Komunisme.

Imej-imej pemimpin komunis China Mao Zedong serta elemen perjuangan yang dipaparkan di restoran-restoran mereka di Juru dan Pulau Tikus telah viral pada media social dan dikongsi secara meluas dalam Facebook.

Komunis
Antara wallpaper di restoran di Pulau Pinang itu. (kredit FB)

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Polis Pulau Pinang SAC Rahimi Ra’ais sebagaimana dipetik oleh Bernama berkata,  kedua-dua restoran itu dimiliki oleh seorang lelaki berusia 40-an.

“Polis telah mengambil keterangan daripada beberapa individu, termasuk pekerja-pekerja di kedua-dua buah restoran itu tetapi tidak pemiliknya yang sedang menjalani kuarantin selama dua minggu akibat COVID-19,” kata beliau. Anggota polis telah pun menanggalkan wallpaper yang memaparkan pemimpin Komunis serta elemen perjuangan mereka.

komunis
Antara wallpaper di restoran di Pulau Pinang itu. (kredit FB)

Siasatan polis menunjukkan restoran di Pulau Tikus itu telah mula beroperasi pada 2016 manakala di Juru pula telah memulakan operasi pada 2019, tetapi wallpaper yang menunjukkan imej pemimpin dan perjuangan Komunis itu hanya dipasang baru-baru ini.

Mao Zedong yang juga dipanggil Chairman Mao adalah revolusioner Komunis China dan adalah orang yang bertanggungjawab menubuhkan Republik Rakyat China (PRC).

Menurut Rahimi berkata kertas hiasan dinding di dua buah kafe berkenaan diturunkan malam tadi, dan polis telah membuka kertas siasatan, bagi menyiasat kes itu mengikut Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan, dan Seksyen 47 Akta Pertubuhan 1966 berkaitan penerbitan propaganda pertubuhan haram.

komunis
Mao Zedong atau Chairman Mao, orang yang bertanggungjawab menubuhkan Republik Rakyat China (PRC).

Kedua-dua buah premis makanan Pulau Pinang itu telah menjadikan ‘Revolusi Kebudayaan China’ atau Cultural Revolution sebagai konsep kedai dan hiasan pada dinding premis.

Apa itu Revolusi Kebudayaan China? Revolusi Kebudayaan di Tanah Besar China antara tahun 1966 dan 1976 merupakan salah satu momentum penting pada masa kejayaan pemimpin agung Parti Komunis China, Mao Zedong.

Komunis
Antara wallpaper di restoran di Pulau Pinang itu. (kredit FB)

Revolusi yang dikategorikan sebagai salah satu yang terbesar di dunia itu ditandai dengan dibentuknya Pasukan Merah iaitu kumpulan mahasiswa pendukung Mao beserta ajaran-ajarannya.

Disebalik nama sebagai Revolusi Kebudayaan, pergerakan tidak hanya dilakukan sebatas kebudayaan saja, tapi juga meliputi sejumlah aspek penting lainnya termasuk pada lembaga kemasyarakatan.

Apa motif restoran menjadikan Revolusi Kebudayaan sebagai konsep kedai dan hiasan wallpapernya, Adakah ini tindakan halus untuk menyuburkan ideologi Komunisme di negara ini?

— DEFENCE SECURITY ASIA

 

Comments
Loading...